Bernardo Silva Salahkan Pengadil Punca City Kalah Dan Bagi Ceramah Kepengadilan

Bernardo Silva menyekolahkan pengadil agar menjadi lebih konsisten. Dia turut memberikan ceramah kepengadilan yang sangat berguna kepada anak anak muda yang berminat menceburi bidang itu paa suatu hari nanti.

Siapa sangka Bernardo Silva bukan sahaja pandai bermain bola sepak. Malah memiliki ilmu kepengadilan yang luar biasa.

Dengan kepakarannya yang ada, Bernardo Silva tidak fikir Manchester City sepatutnya dibatalkan gol dalam kekalahan kepada Liverpool Ahad lalu. Sebab itulah pemain tengah itu mengkritik pengadil Anthony Taylor kerana kurang konsisten.

Silva menyalahkan pengadil sebagai punca kenapa Manchester City kalah di Anfield.

City mengalami kekalahan liga pertama musim ini apabila mereka tewas 1-0 di Anfield, dengan Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan cemerlang pada separuh masa kedua.

Sebelum itu, Phil Foden mempunyai satu jaringan yang dibatalkan berikutan semakan VAR, dengan pengadil Taylor digesa untuk menonton ulangan di monitor tepi padang – di mana Erling Haaland menarik baju Fabinho dalam pembentukan gol tersebut dan pengadil membatalkannya.

Bernardo Silva tak puas hati dengan pengadil

Itu akhirnya menyebabkan juara bertahan dan kelab terbaik di Manchester itu kehilangan mata, dan Silva amat tidak berpuas hati dengan keputusan Taylor memandangkan bagaimana dia telah mengadili perlawanan sehingga saat itu.

Wawancara selepas perlawanan menjadi menarik. Apabila Bernardo Silva berkongsi ilmu pengadilan dengan dunia. Dia memberikan pelajaran berguna di hadapan tv untuk semua yang menonton.

Dia memberitahu Sky Sports: “Apa yang kami harapkan daripada pengadil ialah konsistensi dalam keputusan.”

“Apabila anda tidak meniup wisel untuk sentuhan sedikit sepanjang permainan, anda perlu mengekalkan keputusan itu dan teruskan seperti itu.”

“Jika anda mahu meniup wisel untuk kesemua sentuha, tiuplah kesemuanya, tetapi jika dari awal permainan anda tidak meniup wisel semua kesalahan kecil, dan kita melihat dalam permainan ini pengadil membenarkan kami terus bermain, itu bagus, itu baiklah.”

“Kemudian, jika ada gol, anda tidak boleh meniup wisel untuk kekasaran yang lembut itu.”

“Jika anda mahukan konsistensi daripada pengadil, anda tidak boleh berubah hanya kerana ada gol dan hanya kerana ia adalah keputusan yang sukar.”

“Anda perlu membuat keputusan yang sukar dan mengekalkan gol itu pada pendapat saya.”

Mungkin ada sebab Bernardo Silva tak berpuas hati. Kalau Erling Haaland dikatakan melakukan kekasaran ke atas Fabinho, kenapa pula pengadil tidak menghukumnya ketika dia berpaut pada Mohamed Salah dengan menarik jersi Sang Raja Mesir itu.

Dia menggunakan jurus Rey Mysterio ketika itu.

Walaupun kalah Manchester City tetap menang di hati peminat.

BACA:  Silva: Hanya Empat Pasukan Mampu Gugat Manchester City