Bertahan Bukanlah Satu Jenayah – Jose Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah menyelar para pengkritik gaya bola sepaknya dengan mengatakan bahawa sistem pertahanan yang kukuh bukanlah satu jenayah.

Manchester United mengekalkan clean sheet kesembilan dalam 13 perlawanan pada musim ini selepas menumpulkan jentera serangan Benfica dalam pertemuan kedua-dua pasukan semalam.

Empat hari lalu ketika menentang Liverpool di Anfield, Mourinho turut menggunakan taktik tidak mahu menjaringkan gol dan ini telah mengundang kritikkan mengatakan bahawa pasukan Mourinho bermain bola sepak negatif.

“Aku tak baca sangat pun, tapi kadang-kadang aku baca surat khabar, bukan sahaja dalam Bahasa Inggeris tetapi juga dalam Bahasa Portugis. Aku nampak kadang-kadang orang anggap bertahan dengan rapi adalah satu jenayah tapi sebenarnya bukan tau,” kata Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.

Mourinho di sidang media | Gambar : Daily Mirror

“Sebab tu lah kami kuasai permainan sebab kami bertahan dengan betul dan gol tersebut pula tidaklah melawan arus permainan.

“Kami menamatkan perlawanan dengan kemenangan dan kami sudah hampir layak ke pusingan berikutnya. So, you nak apa lagi daripada I nyah?” ujar Mourinho lagi separa bengang, sambil mengepit pehanya.

Marcus Rashford telah menjaringkan satu gol aneh, persis tendangan Faiz Subri, apabila penjaga gol muda, Mile Svilar, terbawa bola ke dalam gol.

Keputusan ini meletakkan United dalam zon selesa untuk layak ke pusingan kalah mati dan hanya perlu menang dalam pertemuan menentang Benfia di tempat sendiri nanti.

“Kau ingat kami tak punyai alasan untuk bahagia?” tambah Mourinho lagi, seolah-olah tidak berpuas hati.

“Kami gembira tau. Kami ada sembilan mata, menang perlawanan, tidak lobos, perlawanan pula berlangsung tenang, pasukan pula padu.

“Aku rasa satu mata sudah cukup nak layak tau, dan kemenangan akan menjamin kedudukan juara kumpulan. Senang cerita, semuanya dalam keadaan baik,” kata Mourinho.

Satu-satunya isu yang mungkin menjejaskan kegembiraan Mourinho adalah Marcus Rashford dilihat memasuki bilik persalinan dalam keadaan terhincut-hincut namun pengurus United tersebut yakin itu adalah kecederaan yang tidak serius.

Sumber berita : ESPN FC

Baca Juga

Baca Juga