Besar Halimi bukanlah satu nama besar dalam bola sepak walaupun namanya besar namun Besar Halimi berjaya menjaringkan satu gol yang sangat padu dari tengah padang dalam perlawanan menentang Sepanyol.
Siapa Besar Halimi? Besar Halimi dilahirkan di Jerman dan pernah bermain dengan pasukan Jerman bawah 18 dan 19 sebelum memilih Kosovo sebagai pasukan kebangsaan seniornya melalui darah ibu bapanya.
Gol dijaringkan oleh Besar Halimi ini berpunca daripada kesilapan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon sendiri yang terlalu bar-bar tanpa otak dan lupa beliau penjaga gol je.
🇽🇰 Besar Halimi ⚽️#WCQ pic.twitter.com/H8rbTwjsYG
— European Qualifiers (@EURO2020) March 31, 2021
Unai Simon menjadi penjaga gol utama Sepanyol untuk ketiga-tiga perlawanan dalam minggu ini dan mengetepikan David De Gea di bangku simpanan.
Dengan harapan Unai Simon tidak bolos dalam perlawanan ini selepas bolos dalam perlawanan menentang Greece dan Georgia sebelum ini.
Mungkin yakin dengan Sepanyol mendahului Kosovo 2-0, penjaga gol Atletic Bilbao ini terlebih yakin yang menyebabkan pasukan Sepanyol berada dalam bahaya.
What a goal, what a finish. Besar Halimi scores a sensational goal for #KOSOVO 🇽🇰 vs spain. pic.twitter.com/0kah3nfIJL
— Xhemajl Rexha (@xhemajl_rexha) March 31, 2021
Con este golazo de Besar Halimi cobramos nuestro #funbet en este arroba 🤑💰
Halimi, kosovar de 26 años, aprovechó el error de Unai Simón al 70’ para el 2-1 🇽🇰🔥pic.twitter.com/q7Pn9g2ASi
— Ocean’s 7🍀 (Apuestas Deportivas) (@Oceans7SI) March 31, 2021
Penjaga gol berusia 23 tahun itu telah keluar dari kotak pada minit ke-70 untuk mendapatkan bola yang tiba namun first ballnya sangat teruk dan kelaut.
Bola menuju kembali ke tengah padang, Unai Simon membuat keputusan untuk mengejar bola berbanding kembali ke kawasannya.
Besar Hakimi lebih laju dan berjaya merampas bola ketika Unai Simon terbabas ketika cuba mendapatkan bola.
What a beauty from Besar Halimi! 😍#Kosova 🇽🇰 pic.twitter.com/xYHgsuhg6g
— urim (@hajdarajurim) March 31, 2021
Melihat gawang tidak dikawal, Besar Hakimi melihat satu peluang yang besar dan berbesar hati Besar Hakimi terus melakukan percubaan dari jarak jauh.
Bola menggelembung buaya terus menjunam betul-betul ke tengah gawang untuk gol pertama Kosovo yang merupakan satu-satunya percubaan tepat Kosovo dalam perlawanan ini.
Gerrard Moreno menjaringkan gol ketiga Sepanyol lima minit selepas gol Besar Hakimi terhasil kerana kesilapan Unai Simon.
🆚2022 Dünya Kupası Elemeleri | Grup B
🇪🇸 İspanya 3 – 1 KOSOVA 🇽🇰
34' Dani Olmo
36' Ferran Torres
75' Moreno🇽🇰⚽️70' Besar Halimi
1⃣ İspanya – 7 puan
5⃣ KOSOVA – 0 puan pic.twitter.com/YEX5jR3fB8— Fotomaç (@fotomac) March 31, 2021
Gol itu nyata melegakan buat Sepanyol dan tiada lagi gol ditambah, kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Sepanyol memperoleh dua gol pada separuh masa pertama dalam tempoh dua minit hasil jaringan Daniel Olmo pada minit ke-34 dan Ferran Torres dua minit kemudian.
Gol Daniel Olmo juga sangat indah dengan satu lencongan dicelahan pemain yang menyaksikan bola melengkung masuk kepenjuru gawang.
No player created more chances than Dani Olmo in the first half against Kosovo (3).
He also had three shots and scored the opening goal. pic.twitter.com/GP3HuwKBAR
— Squawka Football (@Squawka) March 31, 2021
Selepas tiga perlawanan, Sepanyol mendahului saingan kumpulan B di pusingan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri.
Namun kedudukan itu boleh dipintas Sweden bila-bila masa yang baru bermain dua perlawanan.
Sepanyol: Unai Simon, Jordi Alba, Inigo Martinez, Eric Garcia, Marcos Llorente, Koke, Sergio Busquets, Pedri, Daniel Olmo, Alvaro Morata, Ferran Torres.
Subs: David De Gea, Robert Sanchez, Pedro Porro, Diego Llorente, Sergio Canales, Sergio Canales, Thiago Alcantara, Jose Gaya, Sergio Ramos, Rodri, Fabian, Mikel Oyarzabal
Kosovo: Samir Ujkani, Mergim Vojvoda, Ibrahim Dresevic, Fidan Aliti, Florent Hadergjonaj, Besar Halimi, Hekuran Kryeziu, Benjamin Kololli, Bersant Celina, Milot Rashica, Vedat Muriqi.
Subs: Betim Halimi, Visar Bekaj, Idriz Voca, Lirim Kastrati, Arber Zeneli, Elbasan Rashani, Lirim Kastrati, Betim Fazliji, Leart Paqarada, Atdhe Nuhiu, Edon Zhegrova, Florent Hasani