Beto Digantung Kerana Berlakon, Htet Aung Dengan Perlakuan Berbaur Politik Juga Digantung

Pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau lebih dikenali sebagai Beto telah digantung begitu juga dengan pemain Selangor FC 2, Hein Htet Aung turut digantung kerana perlakuan berbaur politik.

Hukuman penggantungan yang diterima oleh Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dan Hein Htet Aung ini merupakan hukuman yang tidak boleh dirayu.

Sementara itu dua lagi pemain, Jack Raymond Hindle dari Kelantan FC dan pemain Melaka United FC – Alex Dos Santos Goncalves yang mengasari pengadil hanya dikenakan tindakan amaran keras sahaja.

Keputusan ini dicapai dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM Kali Pertama Bagi Penggal 2021-2025 yang bersidan pada hari rabu, 24 Mac 2022.

Melalui laman muka buku rasa FAM telah mengumumkan keputusan ini melibatkan empat pemain yang melakukan kesalahan berserta hukuman yang diterima.

1. Jack Raymond Hindle (Kelantan FC) – Tolak Pengadil

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier 2021, Kelantan FC lwn Perak FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 6 Mac 2021

Penyerang import Kelantan FC, Jack Raymond Hindle dengan selamba dan tanpa bersalah telah menolak pengadil ketika perlawanan berlangsung.

Kejadian tidak diingini itu terjadi dalam perlawanan pertama Liga Perdana 2021 antara pasukan Kelantan FC menentang Perak FC II.

Satu cutback dilakukan kepada Jack Hindle namun malangnya dalam usaha Jack Hindle merebut bola ada pengadil dihadapan.

Mungkin geram dengan kehadiran pengadil yang menutup peluangnya Jack Hindle terus menolak pengadil hingga jatuh ke tanah.

Hukuman: Diberikan amaran keras supaya tidak melakukan perbuatan ini lagi dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

2. Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United FC) – Baling Bola Kepada Pengadil

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super 2021, PJ City FC lwn Melaka United FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 10 Mac 2021.

Tidak dinyatakan secara jelas kesalah yang dilakukan oleh pemain Melaka United FC, Alex Dos Santos Goncalves namun disabitkan dengan kelakuan yang tidak bersemangat sukan ketika perlawanan.

Menurut wartawan nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam Alex Dos Santos Goncalves telah membaling bola hingga terkena pengadil ketika Melaka United FC menentang PJ City FC.

Hukuman: Diberikan amaran keras supaya tidak melakukan perbuatan ini lagi dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

3. Beto (PJ City FC) – Berlakon

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super 2021, PJ City FC lwn Melaka United FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 10 Mac 2021.

Lakonan pemain Petaling Jaya City, Beto yang jelas satu simulasi jatuhan bebas menyaksikan pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti dan menjadi bahan bualan ramai.

Beto disini adalah Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri bukannya Beto Kusyairy yang berlakon dalam cerita KL Gangster Underworld I&11 yang membawa watak Ayahanda Shah.

Lakonan Beto yang merupakan seorang pemain bola sepak sangat teruk dan jelas benor menipu, namun pengadil tetap dengan keputusan beliau memberikan sepakan penalti.

Hukuman: Digantung dua perlawanan iaitu PJ City FC bertemu Terengganu FC (2 April 2021) dan Kuala Lumpur City FC (7 April 2021) akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila terjatuh di dalam kotak penalti dan memegang kaki seolah-olah telah dikasari oleh pemain lawan walaupun tiada pemain pihak lawan yang menyentuhnya dan ini telah mewujudkan situasi “simulation”.

Pemain turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu.

4. Hein Htet Aung (Selangor FC 2) – Perlakuan berbaur Politik

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier 2021, PDRM FC lwn Selangor FC 2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 6 Mac 2021.

Kesalahan yang dilakukan oleh pemain Selangor FC 2 dari Myanmar, Hein Htet Aung agak unik dan jarang terjadi dalam bola sepak Malaysia dengan perlakuan berbaur politik.

Hein Htet Aung telah meraikan jaringan dengan simbol ‘Three Finger Salute Sign’ untuk mepamerkan sokongan dengan apa yang terjadi di Myanmar ketika ini.

Namun aksi menunjukkan isyart berbaur politik itu tidak mempamerkan semangat kesukanan dan menjadi kesalah.

Hukuman: Digantung satu perlawanan iaitu Perak FC II melawan Selangor FC 2 (2 April 2021) akibat daripada tindakannya yang didapati berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila mempamerkan simbol yang berbaur politik semasa perlawanan menentang PDRM FC itu.

Pemain turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu.

Baca Juga

Baca Juga