Betul Ke Pengadil Lupa Membawa Kad Kuning? Bukan ‘Dosa Besar’ Pun

Betul ke pengadil perlawanan antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC lupa untuk membawa kad kuning ketika perlawanan? Ya kad kuning, bukan bisnes kad atau kad kahwin ye sedara-sedara sekalian.

Liga Malaysia meneruskan beberapa DNA kelakarnya di dalam padang. Tapi memang bola sepak kena ada elemen hiburan. Cuma kali ini hiburan dia semacam sikit – Di mana pengadil dalam aksi Selangor dan Kedah terlupa membawa kad.

Pengadil bertugas telah menghadiahkan Kedah sepakan penalti pada minit ke-75 perlawanan. Ini selepas ayam tambatan Kedah, Kpah Sherman dijatuhkan oleh Tim Heubach.

Pengadil perlawanan menerima protes daripada pemain pemain Selangor. Di mana kapten Selangor, Brendan Gan dengan jelas menyatakan bahawa insiden itu di luar kotak penalti.

Pengadil yang merasakan Khairul Azhan melebih lebih dalam memprotes telah memutuskan untuk memberikan kad kuning kepada pemain tersebut. Namun usahanya mengambil masa beberapa minit.

Ini kerana pengadil perlawanan tidak menjumpa kad dalam poketnya dan mula menggelabah.

Pengadil meraba raba dirinya sendiri di atas padang dalam siaran langsung bukan untuk kepuasan diri tapi untuk mencari sekeping kad yang akan memberi keadilan.

Dan ketika pemain pemain sedang memprotes dan meminta pembantu pengadil campur tangan, pengadil utama berlari ke tepi padang dipercayai untuk mengambil kad.

Lalu beliau dengan wajah berketerampilan tinggi masuk ke padang dan melayangkan kad kuning. Ini kerana Yan sebenarnya dilihat menyepak bola tanda protes.

Mungkin itu sebabnya pengadil melayangkan kad kuning. Penalti diberikan dan disempurnakan sendiri oleh Kpah Sherman. Kedah berjaya mencatatkan kemenangan dengan kebangkitan dari ketinggalan 1 gol.

Gol kedua Kedah hadir beberapa minit selepas penalti tersebut. Di mana Kipre menerima hantaran Azamuddin Akil dan tenang menewaskan Khairul Azhan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh yang merupakan pengadil legenda di Malaysia telah menyifatkan pengadil lupa membawa kad bukan satu ‘dosa besar’.

Itulah yang diutarakan Subkhiddin Mohd Salleh ketika ditanya oleh Berita Harian dan beliau menjelaskan pengadil mungkin terlupa selepas melakukan semakan pada separuh masa pertama.

Subkhiddin Mohd Salleh juga berharap insiden ini tidak dijadikan isu kerana tidak mencerminkan kualiti pengadilan dan kelemahan pengadil mengendalikan perlawanan.

Kedah Bangkit Benam Selangor

Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC turun beraksi dalam stadium berpenyokong buat pertama kali. Kedau dua pasukan pastinya sedar bahawa, ini adalah perlawanan besar dalam kalendar bola sepak mereka.

Perlawanan ini menyaksikan kebangkitan yang sensasi daripada Kedah Darul Aman FC dengan dua gol dalam tempoh 6 minit selepas ketinggalan satu gol kepada Selangor FC yang berDNA Jerman gais.

Selangor di hadapan menerusi Oliver Buff yang mengambil kesempatan daripada situasi kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan Kedah. Buff menghulurkan kakinya menewaskan Shahril Saari.

Selangor memiliki beberapa peluang keemasan dalam separuh masa pertama namun tidak dapat disudahkan. Kredit juga kepada Shahril Saari yang berjaya beraksi cemerlang ketika mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol utama, Ifwat Akmal.

Pada separuh masa kedua, Kedah mencipta kebangkitan. Bermula daripada gol pertama oleh Kpah Sherman. Yang diperoleh menerusi sepakan penalti. Kpah yang berlari menyusup masuk ke dalam kotak penalti telah dijatuhkan.

Kpah Sherman tiada masalah langsung menewaskan Khairul Azhan dengan satu penalti yang sangat tenang dan berkeyakinan tinggi – dengan meleretkan sahaja bola.

Tidak lama selepas itu, Kedah melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol oleh Kipre. Ianya bermula daripada kesilapan pemain Selangor yang hilang bola di dalam defensive third mereka, dalam kotak penalti.

Kedah mengitar terus bola itu menerusi Azamuddin Akil. Beliau dengan tangkasnya memintas bola dan melakukan sentuhan penting untuk menewaskan pertahana. Azamuddin Akil aka Alex berjaya menjelmakan kreativitinya dengan melorongkan bola kepada Kipre.

Kredit kepada Kipre yang kembali ke posisi onside untuk menerima bola. Ini merupakan kekalahan ketiga Selangor musim ini. Dan mereka berada di tangga ke-7.

Kedah terus berada di belakang JDT dengan kemenangan penting dari gelanggang lawan ini.

Baca Juga

Baca Juga