Beza Layanan Penyokong Malaysia dan Indonesia

Perseteruan antara pasukan Malaysia dan Indonesia dalam apa jua bidang dan acara tidak pernah sejuk, panas memanjang terutamanya dalam sepak bola namun perbezaan layanan antara penyokong Malaysia dan Indonesia seperti langit dan bumi.

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat yang pemurah, baik hati serta mempunyai sikap toleransi yang tinggi sejajar dengan salah satu prinsip rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Kerap kali kedengaran penyokong Malaysia akan berdepan dengan ancaman dan bahaya jika hadir ke perlawanan bola sepak jika perlawanan itu berlangsung di Indonesia, malah para pemain juga tidak terkecuali mendapat kesan yang sama.

Namun apabila mereka bertandang ke Malaysia tiada ancaman seperti balingan batu, pembelasahan atau balingan air kecing yang perlu penyokong Indonesia perlu hadapi, malah mereka diraikan dan boleh menyanyi dengan tenang.

Berikut merupakan antara rangkuman layanan yang diterima oleh penyokong dan pemain Malaysia dipelbagai peringkat usia ketika bertandang ke Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

1. Pasukan Malaysia B19 Menghadapi Hujan Botol Di Indonesia

Keganasan penyokong Indonesia tidak berkurang selepas 7 tahun peristiwa menaiki Barracuda terjadi. Kali ini pasukan Malaysia bawah 19 tahun menjadi mangsa.

Pemain muda Malaysia terpaksa menunggu giliran dan berlari sambil menutup kepala untuk masuk ke bilik persalinan. Ingatkan duk main Kabadi.

Semoga tiada benda buruk terjadi dan semua pemain serta pegawai pasukan Malaysia selamat.

Page Suporter Militan Indonesia telah memuat naik video keganasan penyokong Indonesia selepas tewas kepada Malaysia di separuh akhir AFF U-19 melalui tendangan penalti.

Dalam kapsyennya itu Page Suporter Militan Indonesia nyata malu dengan sikap ganas penyokong Indonesia itu.

“Detik-detik hujan botol saat pemain Malaysia masuk lorong stadion Delta”

“Malu bro.. malu”

Polis Indonesia juga menggunakan perisai untuk membentuk terowong bagi melindungi kepala pemain Malaysia yang mahu masuk ke bilik persalinan.

Penyokong Timnas Indonesia diharap membuat claim seperti biasa bahawa ini adalah kesalahan mereka.

Video ini memaparkan dengan lebih jelas apa yang terjadi selepas perlawanan di stadion Delta.

2. Pemain Futsal Malaysia Di Boo Dihina Oleh Penyokong Indonesia

Ketika Vietnam menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki kurang seminit, Vietnam menerima sorakan gemuruh dari penyokong mereka.

Namun itu bukanlah penyokong Vietnam tetapi penyokong Indonesia yang menyokong Vietnam kerana mahu melihat Malaysia tewas dan gagal ke final.

Mereka melakukan provokasi bagi menganggu fokus dan pemain Malaysia di boo teruk ketika mahu melakukan sepakan di penentuan sepakan penalti.

Perkara yang seringkali terjadi dalam perlawanan melibatkan Malaysia di bumi Indonesia.

Ternyata mental pemain futsal Malaysia kuat dan tidak terpengaruh dengan segala provokasi yang dilemparkan.

3. Penyokong Indonesia Memekak Ketika Lagu Negaraku Berkumandang

Sudah ditakdirkan pasukan Malaysia bawah 16 tahun bertemu di Indonesia bawah 16 tahun di separuh akhir kejohanan AFF U16 Championship 2018 yang berlangsung di Indonesia.

Perseteruan antara Indonesia dan Malaysia berterusan sejak dahulu lagi dan sekali lagi lagu Negaraku dihina mereka sebelum anak-anak muda ini memulakan aksi.

Penyokong Indonesia yang tidak bertamadunan memekan dan menjerit ketika lagu Negaraku berkumandang. Sangat biadap, kurang ajar dan dasar anjing.

Ya Ampun berdegup kencang jantung ku.

4. Penyokong Malaysia Di Gelora Bung Karno Disambut Dengan Balingan Batu

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan Indonesia tidak kira peringkat umur daripada skuad bawah 15 tahun sehingga skuad senior sentiasa panas.

Jika permainan berlangsung di Indonesia kepanasan tersebut boleh membahayakan penyokong Malaysia kerana penyokong Indonesia sangat agresif dan ganas.

Masihkah anda ingat? Pasukan bola sepak Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 pada November 2011.

Langkah ini terpaksa diambil kerana keselamatan pemain adalah lebih penting. Inilah yang terjadi 8 tahun lalu. Adakah akan berulang lagi?

Keganasan penyokong Indonesia tidak berkurang selepas 7 tahun peristiwa menaiki Barracuda terjadi. Tahun lalu pasukan Malaysia bawah 19 tahun menjadi mangsa.

Pemain muda Malaysia terpaksa menunggu giliran dan berlari sambil menutup kepala untuk masuk ke bilik persalinan. Ingatkan duk main Kabadi. Namun semua selamat.

Dalam kejadian terkini, penyokong Malaysia yang hadir ke Stadium Gelora Bung Karno telah disambut dengan balingan batu daripada penyokong Indonesia yang tidak bertamadun.

Malaysia dan Indonesia akan bertemu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

“Depa baling batu dan macam-macam dekat kami.”

“Tahukah anda penyokong Malaysia dah sampai ke Gelora Bung Karno sebentar tadi dan mereka di sambut dengan balingan batu. Aman? ???”

5. Penyokong Malaysia Cedera Diserang Dan Perlawanan Dihentikan

Selain gemar membuat ‘claim’ yang bukan-bukan dan tak masuk akal, keganasan dan penyokong bola sepak Indonesia tidak dapat dipisahkan lagi di zaman serba maju dan canggih ini.

Selepas Syafiq Ahmad menjaringkan gol penyamaan buat Malaysia selepas ketinggalan 2-1, penyokong Indonesia mula naik gila dan menyerang penyokong Malaysia.

Mereka berlari memasuki balapan dan menuju ke tempat duduk yang dikhaskan untuk 3 ribu penyokong Harimau Malaya tanpa berhati perut.

Mereka juga seperti hilang akal dan tidak bertamadun telah membaling suar ke tempat penyokong Malaysia.

Mental yang lemah dan berasa berani kerana mereka ramai menyebabkan penyokong Indonesia mengalami kekoyakan mental yang teruk.

Serangan daripada penyokong Indonesia bukan sahaja menyebabkan perlawanan dihentikan malah telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Harimau Malaya.

Semoga penyokong Malaysia tidak mengalami kecederaan serius dan selamat.

Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 ini Malaysia menang 3-2 selepas mencipta kebangkitan luar biasa walaupun berdepan provokasi melampau penyokong Garuda.

Dua gol daripada Mohamadou Sumareh dan satu dari Syafiq Ahmad memastikan kemenangan Malaysia.

6. Harimau Malaya Naik Barracuda Lagi

Pasukan bola sepak Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 pada November 2011 dan kejadian ini berulang lagi.

Demi keselamatan pemain dan staf pasukan Harimau Malaya 4 buah Barracuda telah disediakan pihak keselamatan Indonesia ekoran kebodohan yang dipamerkan oleh penyokong pasukan Garuda yang tidak bertamadun.

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe selamat tiba di hotel penginapan, jam 11.22 malam tadi (5 September 2019) selepas 6 minit perjalanan menaiki 4 buah Barracuda dari Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta

Aksi sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia menyaksikan Malaysia menang 3-2 dalam perlawanan yang sungguh dramatik dengan aksi kebangkitan membuatkan penyokong Indonesia menjadi gila babi.

7. Pemain Indonesia Melindungi Pemain Malaysia Dari Balingan Botol

Pemain Pelajar Indonesia bawah 18 tahun, Cristian Robertus Rumbaik telah menunjukkan aksi terpuji apabila melindungi pemain pasukan pelajar Malaysia Bawah 18 tahun selepas dilontar dengan balingan botol oleh penyokong tidak bertamadun.

Cristian Robertus Rumbaik merupakan penjaring gol pendahuluan pasukan pelajar Indonesia pada minit ke-37 selepas M Supriadi menembusi pertahanan sisi kanan Malaysia.

M Supriadi membuat hantaran kepada Araihan yang kemudiannya menghantar kepada Cristian Robertus Rumbaik yang melakukan tendangan yang berbuah gol.

Menurut laporan portal Indonesia, gol Cristian Robertus Rumbaik adalah hasil keberkatan dukungan 40,000 penyokong Indonesia yang hadir di Stadium Batakan Balik Papan, Indonesia.

Namun keberkatan itu hilang apabila penyokong Indonesia itu menggila dengan agresifnya membaling botol kepada pemain Malaysia yang membuatkan beberapa kali permainan terhenti.

Namun satu detik indah lagi sangat positif dalam bola sepak telah dihadirkan oleh Cristian Robertus Rumbaik ketika satu stadium diselubungi aura negatif yang penuh dengan kebencian dan dendam kesumat.

Cristian Robertus Rumbaik telah menjatuhkan pemain Malaysia ketika dalam satu perebutan bola, melihat situasi itu penyokong Indonesia menggila dan memulakan balingan botol tanpa batasan.

Tindak balas Cristian Robertus Rumbaik ketika berdepan situasi ini sangat terpuji melambangkan seorang pelajar yang berakal lagi berakhlak tinggi.

Cristian Robertus Rumbaik telah melindungi pemain Malaysia yang terbaring dari balingan botol dan meminta ara penyokong supaya menghentikan balingan tersebut.

Ternyata tindakan Cristian Robertus Rumbaik menjadi tular dan mendapat pujian dari peminat bola sepak Malaysia.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti walaupun terpaksa bermain 10 pemain selepas mengutip kad merah.

Panenka lemah yang gagal total pelajar U-18 Indonesia mengundang padah dan bertukar menjadi kelakar beraras tinggi lagi tidak bersempadan menyaksikan Indonesia tewas lagi di kaki Malaysia.

Malaysia bertemu Thailand di perlawanan akhir bagi penentuan juara 47th Asian Schools Football Championship(ASFC).

Apa Balasan penyokong Malaysia kepada Penyokong Indonesia ketika bertandang?

Ketika penyokong Indonesia bertandang ke Malaysia mereka telah menerima layanan yang baik dan kedudukan mereka sebagai tetamu sangat dialu-alukan tanpa sebarang bahaya dan ancaman yang menunggu.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas sekali pada perlawanan Separuh Akhir Sukan SEA 2017 dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Mereka bebas berkeliaran.

Penyokong Indonesia dan Malaysia bersatu di perkarangan stadium Shah Alam untuk perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2017. Malaysia dan Indonesia bakal bertemu di separuh akhir selepas kedua pasukan lolos di saingan kumpulan.

“Indonesia dan Malaysia bersatu!”

“Indonesia bisa! Malaysia bisa!”

Aman aja Youtuber mereka merakam Vlog perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2017.

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Malaysia lawan Indonesia, malam ini pintu masuk stadium telah pun dibuka pada jam 4 petang tadi untuk para penyokong masuk mula masuk ke stadium.

Peruntukan tiket untuk penyokong Indonesia untuk perlawanan paling agung di dalam sejarah bola sepak dunia hanya sebanyak 4,500 keping sahaja dan dijual melalui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI).

Boleh disaksikan dalam video dibawah gelagat penyokong Indonesia yang bersorak dan menari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan aman damai, tenang dan tanpa provokasi nyata mereka gembira dan penyokong Malaysia menikmati nyanian mereka.

Ada antara penyokong Indonesia memegang kuntuman bunga di tangan tidak pasti samada itu satu hadiah daripada penyokong Malaysia atau mereka membawanya sendiri.

Dalam kalangan penyokong Indonesia ada juga membawa sepanduk yang memprotes Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) yang dikatakan menjadi punca kemerosotan Timnas Indonesia.

Baca Juga

Baca Juga