“Biasanya Anda Akan Mendapat Hadiah Apabila Masuk Ke Rumah Baru” Jurgen Klopp

Paris: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp ‘mula merasai masalah’ kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dibimbingnya selepas seri 1-1 menentang Rubin Kazan di Anfield dalam Liga Europa awal pagi tadi.

Biarpun Kazan beraksi 10 pemain selama 54 minit selepas Oleg Kuzmin dibuang padang namun Liverpool gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri mencipta kejayaan.

Emre Can menyamakan kedudukan buat Reds selepas kelab Russia itu berada di depan menerusi jaringan Marko Devic.

Christian Benteke kembali cergas masuk sebagai pemain gantian babak kedua tetapi percubaan terkena tiang gol.

Ia keputusan seri ketiga Liverpool dalam perlawanan Kumpulan B dan keputusan seri kedua dicatat Klopp selepas 0-0 di Tottenham Hotspur, minggu lalu.

“Biasanya anda akan mendapat hadiah apabila masuk ke rumah baru kali pertama,” kata Klopp.

“Saya tidak gembira dengan hadiah malam ini (pagi tadi) tetapi ia kali pertama dan saya akan datang kembali. Mungkin lebih baik.”

Satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham tewas 2-1 kepada kelab Belgium, Anderlecht.- AFP

Baca Juga

Baca Juga