Bibi Ramjani Presiden Baru KAFA Penggal 2017-2021

Bibi Ramjani Ilias Khan secara sah telah dipilih sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63 yang berlangsung di Perdana Resort, Kelantan.

Perlantikan usahawan wanita ini mencipta satu sejarah apabila menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA selepas 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Bibi Ramjani yang tidak menyangka dengan kemenangan itu nekad mahu membawa perubahan kepada The Red Warriors (TRW).

Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang tewas dalam perebutan jawatan Presiden KAFA akur dengan keputusan yang dibuat PBJ dan berharap TRW menjadi sebuah pasukan yang profesional serta berdaya saing dengan kembali cemerlang musim hadapan.

Datuk Seri Afandi Hamzah berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas menewaskan Datuk Rosmadi Ismail. Tiga calon baru memenangi jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.

Barisan Kepimpinan KAFA Penggal 2017-2021

Berikut merupakan senarai kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 sebagaimana yang dipilih oleh 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ).

Presiden

Bibi Ramjani – 32 undi

Timb Presiden

Datuk Seri Afandi Hamzah – 29 undi

Naib Presiden

1. Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali – 39 undi
2. Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir – 27 Undi
3. Datuk Nik Izani Nik Ibrahim – 21 Undi

Ahli Eksekutif (EXCO)

1. Datuk Mohd Rowi Dollah – 31 Undi
2. Wan Rakemi Wan Zahari – 42 Undi
3. Nubli Ab Latif – 40 Undi
4. Datuk Shaari Husin – 37 Undi
5. Zulkifli Omar – 37 Undi
6. Akmal Ahmad Tabarani – 33 Undi
7. Mohd Ausri Husin – 29 Undi
8. Azrul Mohd Zawawi – 28 Undi
9. Mohamed Fareez Nor Amran – 26 Undi
10. Datuk Azman Ismail – 37 Undi

Baca Juga

Baca Juga