Richard Keys dengan sensasinya telah mendakwa yang Chelsea mahu membina semula skuad mereka berdasarkan kekuatan Inggeris.
Dek kerana itulah mereka dikatakan kini menyasarkan bintang-bintang England seperti Harry Maguire, Declan Rice dan Harry Kane sebagai calon pemain yang mahu ditandatangani.
The Blues dijangka akan diambil alih oleh ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Todd Boehly dalam masa terdekat ini, seterusnya mengakhiri 19 tahun era Roman Abramovich di Stamford Bridge.
Richard Keys makes bold claim Chelsea will look to bolster their squad with Harry Maguire, Harry Kane and Declan Rice https://t.co/bxwmcKtOyZ
— MailOnline Sport (@MailSport) May 10, 2022
Dijangka akan ada perubahan dan objektif yang baru di Stamford Bridge dengan penyampai beIN SPORTS, Richard Keys telah mendengar satu kisah yang sangat menarik untuk dikongsikan.
Menulis di laman rasmi miliknya sendiri:
“Sini ada sesuatu yang kini kena pantau. Apa yang akan saya katakan tentu akan timbulkan percanggahan. Sudah berapa kali benda macam tu terbukti di blog ini?”
“Saya sentiasa dengar yang Chelsea mahu bersinar lagi, dan mereka kini mahu membina skuad berlandaskan kekuatan Inggeris dalam skuad mereka. Pemilik baru akan keluarkan kenyataan dan ia mungkin tentang itu.”
Keys kemudiannya menyebut beberapa nama termasuk nama Harry Kane, Declan Rice dan Harry Maguire sebagai nama pemain yang Chelsea mahu sasarkan.
Maguire pada ketika ini merupakan ketua pasukan Manchester United namun jelas sekali beliau sedang melalui musim yang sangat mengecewakan pada musim ini.
STANDARD Chelsea: Richard Keys moots Harry Maguire, Harry Kane and Declan Rice as post-takeover transfer targets
Richard Keys claims he keeps “hearing” Chelsea want to “build an English spine” under new ownership this summer.https://t.co/Aq1Qt23wrb
— Chelsea FC RSS Feeds (@CFCrss) May 9, 2022
Bukan hanya beliau, bahkan seluruh kem United turut merasakan hal yang sama dengan mereka jelas sekali sedang berada di era kejatuhan setan merah.
Manchester United gagal untuk layak ke saingan Champions League dengan Harry Maguire antara pemain paling teruk dihentam oleh peminat.
Maguire walau bagaimanapun pernah tampil dan mengeluarkan kenyataan padu dengan menganggap beliau sebenarnya masih bagus dan kerana itulah beliau sentiasa menjadi pilihan pengurus.
Man Utd mencatatkan kekalahan 4-0 bertemu Liverpool dan sejak dari itu Harry Maguire tidak lagi diturunkan dalam kesebelasan utama skuad.
Chelsea sementara itu akan kehilangan Antonio Rudiger dan Andreas Christensen dan ia bermaksud skuad The Blues sangat terdesak mahukan pemain pertahanan yang baru.
Keys kemudiannya menambah lagi kenyataan beliau dengan menyatakan:
“Mereka perlukan centre-back. Harry Maguire? Berapa nilai dia? £40/50 juta? Saya yakin dia sendiri akan sangat mahu berpindah dari Old Trafford.”
#mufc #ManUtd https://t.co/olBkVhCd0H
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) May 9, 2022
Pemain seterusnya adalah Declan Rice yang kini terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama West Ham United.
Kontrak Declan Rice akan tamat pada 2024 nanti dan beliau dilaporkan telah menolak tiga tawaran berbeza dari The Hammers dalam usahanya mahu memburu kejuaraan bersama pasukan lain.
Pemain berusia 23 tahun itu pernah beraksi bersama skuad akademi Chelsea dan Keys percaya beliau bersedia untuk kembali semula ke Stamford Bridge andai khidmatnya diperlukan.
“Antara yang paling nyata di posisi midfield adalah Declan Rice.”
Jelas Keys.
“Kante ada segalanya tapi dia sudah terlalu penat untuk bertahan. Rice jelas sekali akan jadi pengganti yang sempurna. Adakah West Ham akan jual dia? Sudah tentu mereka akan jual jika kena dengan harga.”
“Saya bagi £150 juta untuk dia, tapi jika Rice paksa kelab untuk lepaskan dia saya rasa nilai dia tak akan setinggi itu.”
Pemain Inggeris terakhir yang dikaitkan dengan Chelsea adalah Harry Kane yang dianggap sebagai pemain penyerang paling prolifik dalam sejarah bola sepak Inggeris.
Rice 🔵
Kane 🔵
Maguire 🔵Richard Keys believes Chelsea's hunt for an English spine should lead them to these names 👇 https://t.co/eTkrowD8Rl
— Standard Sport (@standardsport) May 9, 2022
Thomas Tuchel pada musim panas lalu telah menandatangani Romelu Lukaku dalam skuadnya pada musim panas lalu, namun pemain kebangsaan Belgium itu sepertinya sukar untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Stamford Bridge.
Lukaku menjaringkan dua gol ketika aksi seri 2-2 bertemu Wolves sebelum ini dan gol yang beliau jaringkan dalam perlawanan itu merupakan gol pertamanya dalam saingan liga untuk tahun 2022 ini.
Sementara Kane masih kekal dianggap sebagai pemain penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak dan beliau kini sedang kembali menikmati karier cemerlangnya di bawah kendalian Antonio Conte.
Keys menjelaskan:
“Tuchel tentu mahu singkirkan Lukaku, itu sudah sangat jelas. Tapi ke mana? Siapa yang boleh dapatkan yang terbaik dari Lukaku sepanjang karier dia? Betul, individu itu ada di Tottenham.”
“Jadi jika Conte boleh diyakinkan untuk kekal dan dia boleh bekerjasama semula dengan Lukaku, apa Spurs perlu lakukan untuk dapatkan dia?
“Mereka tentu tidak mahu membayar apa-apa seperti apa Chelsea lakukan untuk dapatkan Lukaku. Tapi macam mana pula dengan pertukaran pemain? Dua-dua pemain memiliki nilai yang hampir sama kan?”
Richard Keys makes VERY bold claim Chelsea want to sign Harry Maguire, Harry Kane AND Declan Rice: The Blues are on the cusp of being taken over by US tycoon and billionaire Todd Boehly, who could instigate a massive transfer rebuild at Stamford Bridge… https://t.co/Q0LPwVJ4MN pic.twitter.com/fsqMk2QHub
— ChelseaFC_MP (@ChelseaFC_MP) May 9, 2022
“Kekuatan berdasarkan pemain Inggeris, jadi mereka tak mungkin akan berminat dengan menukar Lukaku kepada Son Heung-min atau Dejan Kulusevski.”
“Ia meninggalkan satu pilihan. Ya, pemain bernombor 9 England. Mari kita lihat.”
Beliau kemudiannya mengakhiri kenyataannya dengan menyatakan:
“Perpindahan era modern adalah sedikit sukar, tapi untuk dapatkan tiga pemain itu dalam satu jendela perpindahan akan menjadi satu hal yang sungguh menakjubkan. Saya dah dengar hal ini jadi kerana itu saya berkongsi dengan kamu semua.”
Masih tak jelas tentang apa yang mahu dirancang oleh Chelsea selepas ini dan andai benar dakwaan yang dilakukan oleh Keys, agak menarik untuk melihat bagaimana Maguire membuktikan kepada peminat tentang siapa beliau yang sebenarnya.
Richard Keys makes VERY bold claim Chelsea want to sign Harry Maguire, Harry Kane AND Declan Rice https://t.co/bjHqHBSshx
— Mega Bounce Nation (@bouncenationke) May 10, 2022
Ia juga bakal menjadi satu hal yang baik untuk skuad England kerana kebanyakan pemain utama mereka akan beraksi dalam satu kelab yang sama dan bakal membina keserasian yang lebih erat lagi.
Sumber: SPORTbible