Bintang Barca Dikecam Kerana Minta Naik Gaji Walau Sumbangan Tak Seberapa

Rundingan antara Barcelona dengan Ousmane Dembele berkait tawaran kontrak baru sepertinya semakin sulit dan menarik untuk disaksikan pada ketika ini.

Pemain yang menjadikan hospital sebagai rumah keduanya itu kini meminta Barcelona untuk memberi beliau gaji baru yang jauh lebih tinggi dari gajinya sekarang.

Seandainya Barcelona menolak permintaan beliau itu, Dembele memutuskan untuk tidak mahu menandatangani kontrak baru.

Menurut sumber laporan dari penulis, Gerard Romero, pemain kebangsaan Perancis itu meminta gaji bernilai €40 juta setahun dari Barcelona, dengan bonus kontrak baru bernilai €20 juta.

Kontrak asal pemain berusia 24 tahun itu sepatutnya akan tamat pada Jun tahun hadapan, dan Barcelona pada ketika ini sepertinya sudah kesuntukkan masa untuk menamatkan rundingan dengan beliau.

Sebaik jendela perpindahan Januari dibuka nanti, Dembele sudah akan dibenarkan untuk berunding dengan kelab lain dan turut dibolehkan untuk beliau menandatangani pra kontrak bersama mana-mana pasukan di luar Sepanyol.

Manusia paling dipercayai dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano turut mengeluarkan kenyataan berkait hal tersebut, dengan beliau mendedahkan Barcelona sebenarnya ada dana yang cukup untuk memenuhi permintaan Ousmane Dembele.

Beliau menyatakan yang kemampuan Barcelona menandatangani Ferran Torres dari Manchester City baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan yang mereka ada kemampuan.

Barcelona bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai €55 juta pada hujung minggu lalu, dan turut meletakkan klausa perpindahan bernilai €1 billion dalam kontraknya.

Dembele kini mahu membuktikan kepada kelab, yang beliau juga memiliki nilai yang sama seperti Ferran Torres dan kontroversi saga perpindahan antara pemain dan kelab ini sepertinya akan terus berlanjutan.

Peminat turut mengecam permintaan Dembele kerana merasakan beliau sebelum ini sudah terlalu banyak membebankan pihak kelab.

Masalah kecederaan lutut dan hamstring sahaja sudah menyebabkan Dembele terlepas begitu banyak perlawanan dan sudah tentu ramai yang bengang ketika beliau berani-beraninya meminta kenaikan gaji yang tinggi.

Bayangkan saja para peminat turut menganggap hospital merupakan rumah kedua Dembele, ia cukup untuk membuktikan yang beliau lebih banyak menghabiskan kariernya di bilik rawatan berbanding beraksi di atas padang.

Ousmane Dembele mungkin meletakkan syarat tersebut kepada Barcelona kerana beliau percaya kelab akan menuruti permintaan beliau andai mereka benar-benar terdesak.

Dembele juga pada ketika ini sedang diintai oleh Newcastle United yang sangat berminat untuk menandatangani beliau pada jendela perpindahan Januari ini.

Memandangkan Newcastle merupakan kelab paling kaya dalam dunia bola sepak hari ini, maka tiada masalah untuk mereka membayar berapa sahaja yang Dembele mahukan.

Walau bagaimanapun, dek kerana Newcastle mungkin akan tersingkir dan Dembele tidak mahu beraksi dalam saingan Championship, maka beliau mencuba nasib meletakkan syarat kenaikan gaji kepada Barcelona.

Seandainya kelab terima, maka ia umpama satu bonus untuk beliau dan sudah tentu Dembele akan sangat gembira untuk meneruskan kariernya di Nou Camp.

Namun seandainya kelab menolak, maka beliau mungkin akan mempertimbangkan untuk menyertai Newcastle pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Sejujurnya agak rugi andai Barca mahu menerima syarat dari Dembele, ia kerana tiada jaminan untuk melihat beliau bakal terus beraksi tanpa dibelenggu masalah kecederaan selepas ini.

Beliau pada musim ini baru membuat lapan penampilan dalam saingan La Liga dan Champions League, namun masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Beliau walau bagaimanapun turut berjaya mencatatkan dua assists dari dua perlawanan terakhir Barcelona bertemu Elche dan Sevilla.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu akan kembali turun beraksi selepas ini untuk bertemu Real Mallorca dalam saingan La Liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gundogan Terkejut Reaksi 'Buat Dek' Pemain Barcelona Selepas Tewas El Klasiko