Bintang Chelsea yang juga merupakan pemain left back utama mereka, Marcos Alonso mengetik tanda suka ke atas muat naik petition yang meminta pengadil, Anthony Taylor digantung dari dunia pengadilan.
Taylor merupakan pengadil yang mengadili perlawanan Liverpool bertemu Chelsea di Anfield hujung minggu lalu.
Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1 itu turut menyajikan insiden kontroversi yang mana Taylor melayangkan kad merah pada Reece James di penghujung aksi babak pertama permainan.
It's crazy how many examples there are 🤔 https://t.co/HaWBrWNyEw
— SPORTbible (@sportbible) August 28, 2021
James ketika itu menghalang rembatan padu dari Sadio Mane di atas garisan gol dengan menggunakan tangan, dan kerana pengadil tidak nampak insiden itu, maka pemain Liverpool membantah keputusannya.
Beliau kemudiannya merujuk VAR dan selepas selesai rujukan, Taylor menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool dan turut melayangkan kad merah pada James.
Mo Salah tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut, seterusnya mengikat kedudukan menjadi 1-1 sebelum masuk ke bilik persalinan.
Walau bagaimanapun, penyokong Chelsea sama sekali tidak gembira dengan keputusan itu, dan turut menandatangani satu petition yang meminta Anthony Taylor digantung.
Furious Chelsea fans slam Anthony Taylor for his 'shameless refereeing' after he spent just TWO SECONDS checking VAR monitor before sending off Reece James… with almost 40,000 signing petitions to stop him officiating more of their games. pic.twitter.com/YbKxSqjP8X
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) August 29, 2021
Seramai lebih 70,000 yang sudah tandatangani petition tersebut dengan mereka merasakan Taylor ada agenda tersendiri untuk menjatuhkan mereka.
“Ia adalah sangat jelas yang dia ada agenda yang sangat kuat untuk menjatuhkan Chelsea.”
Tulis penyokong Chelsea yang memuat naik petition tersebut.
“Sebagai contoh, dia telah melayangkan kad merah pada pemain tanpa alasan dan turut mengancam keputusan perlawanan kita.”
“Kami sangat percaya yang hal ini sepatutnya disiasat dan Anthony sepatutnya diharamkan dari mengadili mana-mana perlawanan Chelsea.”
So Anthony Taylor keeps trending after barely 24hrs of his awful decision. Should Chelsea make an appeal it’s likely his decision will be void and the red rescinded as he did not watch video, he looked at an image. It’s called VIDEO assistant referee. Not IAR. pic.twitter.com/BjIIfUmibO
— Oscar (@MensahOscar) August 29, 2021
Alonso yang turut bermain dalam perlawanan tersebut dilaporkan turut mengetik butang suka pada muat naik petition tersebut.
Ia jelas menunjukkan yang beliau menyokong keputusan para penyokong Chelsea dan beliau juga tidak gembira dengan tindakan Anthony Taylor.
Pengurus pasukan, Thomas Tuchel merasakan yang pengadil mengambil masa yang terlalu cepat ketika merujuk VAR, dan pada pandangan beliau, itulah punca mengapa Taylor gagal membuat keputusan yang tepat.
“Saya sudah tak tahu apa yang berlaku dan apa yang tidak berlaku. Kita cuma sedikit bimbang yang dia hanya melihat gambar dan gambar itu pula memberi bayangan jelas pada dia untuk kad merah dan penalti.”
A hard-fought battle and an important point on the road. 👏 #LIVCHE pic.twitter.com/Nt7kuJkUms
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 28, 2021
Jelas Tuchel kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut.
“Bagi saya ia terlalu pantas, saya harap dia semak lebih lama lagi dan lihat situasi sepenuhnya, yang mana bola itu sebenarnya terbias.”
“Saya boleh ingat pengadil jelaskan pada kami, ia adalah biasan dan posisi tangan dia juga berada di tempat yang betul, jadi ia bukan penalti.”
Walau bagaimanapun, melihat kepada rakaman gerak perlahan insiden tersebut, jelas sekali James mengangkat tangan sebelum bola terbias dan beliau menghalang percubaan untuk menjaringkan gol dengan tangan, maka layak dilayangkan dengan layangan kad merah.
A man with bad intentions towards Chelsea FC, but nevertheless, we showed Liverpool what it's meant to be a Champion
Anthony Taylor | Chelsea | Liverpool pic.twitter.com/jGnnKJy0oY
— Adewumi Prayer 🇳🇬 (@Adewumi20) August 29, 2021
Walau pergerakan dan sentuhan yang sedikit, yang salah tetap salah dan nasib tidak menyebelahi dirinya kerana Taylor memutuskan untuk menghukumnya dengan layangan kad merah.
Apa-apa pun, Thomas Tuchel boleh dipuji kerana memutuskan untuk menukar taktikal beliau dalam perlawanan tersebut, yang mana beliau bermain dengan lebih bertahan.
Pemain Chelsea bertahan dengan sangat bagus dan sempurna sepanjang 45 minit aksi babak kedua permainan, hingga menyebabkan jentera serangan Liverpool mati kutu untuk menyerang.
Furious Chelsea fans slam Anthony Taylor for his 'shameless refereeing' as 40,000 sign petition to STOP him officiating their games https://t.co/opa30u2YQh
— MailOnline Sport (@MailSport) August 29, 2021
Walau perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-1, namun tidak dinafikan kedua-dua pasukan telah mempamerkan persembahan yang sungguh menakjubkan dan menghiburkan.
Sumber: SB