Bintang Juventus Pujuk Pogba Kembali Ke Turin

Bekas rakan sepasukan Paul Pogba menegaskan yang bintang Perancis itu sepatutnya kembali sertai Juventus selepas kontraknya bersama United tamat musim panas akan datang.

Juan Cuadrado percaya, Paul Pogba seharusnya kembali ke Turin musim hadapan, memandangkan kontraknya bersama setan merah akan tamat pada musim panas akan datang.

Pemain sayap Colombia itu meninggalkan komen di laman instagram Paul Pogba, menjelang aksi sepak mula Perancis bertemu Belgium dalam saingan UEFA Nations League awal pagi tadi.

Beliau meninggalkan komen yang meminta agar Paul Pogba kekal di rumah, memandangkan perlawanan tersebut dilangsungkan di Turin.

Ia jelas sekali seolah-olah menambah lagi spekulasi berkait masa depan Pogba yang sehingga kini sepertinya masih belum jelas.

Terdapat terlalu banyak rumours berkait masa depan pemain berusia 28 tahun itu, dan ramai yang percaya beliau bakal meninggalkan England pada penghujung musim nanti.

Real Madrid dan Paris Saint Germain merupakan antara dua pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis itu.

Walau bagaimanapun, manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano menegaskan yang pemenang Piala Dunia itu sepertinya bakal terus kekal di Old Trafford.

Fabrizio Romano menegaskan yang Pogba mungkin akan tergoda dengan tawaran yang ditawarkan oleh United untuk memastikan beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Ketika ditanya tentang situasi pemain midfield itu pada musim panas nanti, Solskjaer menafikan sepenuhnya segala dakwaan yang mengatakan bekas bintang Juventus itu akan meninggalkan Old Trafford.

“Sudah kerap kali dibahas dan ditulis tentang ini, namun setiap perbincangan antara saya dengan Paul (Pogba), ia akan berakhir dengan hal yang positif.”

Jelas Solskjaer kepada Sky Sports.

“Dia tahu apa yang kami mahu dan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan Paul bersama kami akan dapat kata sepakat.”

“Situasi ini akan terus kekal seperti ini, kerana Paul, dia ada magnet yang menarik media.”

Paul Pogba telah menikmati karier empat tahun yang sungguh menakjubkan di Turin, dengan beliau berjaya membantu Juventus menjuarai empat gelaran Serie A dan dua gelaran Coppa Italia.

Andai beliau kembali, Pogba akan kembali bekerjasama dengan bekas pengurusnya, Massimiliano Allegri yang kini kembali menjadi pengurus The Old Lady.

Massimiliano Allegri pada tahun 2019 lalu pernah mengakui yang beliau langsung tidak yakin Pogba akan kembali ke Turin.

“Saya rasa kepulangan semula Pogba untuk sertai Juventus adalah sangat, sangat mustahil.”

Jelas Allegri, menurut Sky Sports.

“Saya tak nak tipu diri sendiri, tapi memang sukar untuk kita semua lihat Pogba kembali ke sini.”

Walau bagaimanapun, dengan komen Cuadrado, mungkin boleh menghidupkan semula keyakinan Allegri untuk memujuk Pogba kembali ke Turin pada musim panas akan datang.

Memandangkan Pogba masih belum menandatangani kontrak baru, maka masa depan beliau masih terus akan menimbulkan persoalan.

Satu hal yang menarik mungkin berlaku, dengan Pogba bakal menjadi pemain free ejen pada musim hadapan, tidak mustahil untuk Newcastle yang kini dimiliki oleh Syarikat Konsortium Arab Saudi untuk mendapatkan khidmatnya.

Untuk menaikkan kelab, dan dengan dana mewah yang dimiliki, pemain free ejen seperti Pogba jelas merupakan ciri-ciri pemain yang diperlukan oleh Newcastle dalam usaha mereka untuk mula mencipta nama.

Paul Pogba dan Kylian Mbappe kedua-duanya bakal menjadi pemain berstatus free ejen pada musim panas akan datang, jadi tidak hairanlah andai Newcastle mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat kedua-dua mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Media Sepanyol Dedah Man Utd Diam-Diam Risik Ancelotti Ganti Ten Hag