Bintang Man Utd Ini Teruk Dihentam Penyokong Kerana Pamer Aksi Hambar Bertemu Wolves

Bintang Manchester United, Aaron Wan-Bissaka teruk dihentam oleh para peminat di media sosial selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang mendukacitakan bertemu Wolves.

Bermacam caci maki yang para peminat lemparkan kepada Aaron Wan-Bissaka, bahkan ada yang turut menganggap beliau bukan pemain bola sepak, tetapi sekadar badut di tengah padang.

​Manchester United dikejutkan dengan kekalahan tipis 1-0 di tangan anak-anak buah Bruno Lage di Old Trafford awal pagi tadi.

Joao Moutinho meledak gol kemenangan untuk Wolves pada minit ke-82 permainan, seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk pasukan pelawat.

Dari kesemua pemain yang beraksi, pemain right back United itu yang teruk menjadi sasaran para peminat, kerana ramai yang percaya beliau antara yang paling tidak berfungsi.

Kelemahan Aaron Wan-Bissaka dalam membantu jentera serangan menjadi penyebab utama mengapa beliau paling teruk dihentam peminat.

Pada aksi babak kedua dalam perlawanan ini, ketika Cristiano Ronaldo bijak menghantar bola kepadanya, namun beliau gagal untuk melakukan sesuatu dari pergerakan itu, telah menambahkan lagi kemarahan para peminat terhadapnya.

Man Utd didominasi sejak dari awal sepak mula perlawanan ini lagi, dan sejak dari itu jugalah Wan Bissaka sudah mula menjadi mangsa caci maki para penyokong di media sosial.

Selain hambar ketika membantu jentera serangan, beliau turut kerap membuat clearance merapu, tak berani buat hantaran silang, positioning bersepah dan kerap melakukan kesilapan ketika membuat hantaran.

Para peminat di media sosial benar-benar bengang dengan persembahan yang dipersembahkan oleh Aaron Wan-Bissaka dalam perlawanan ini.

“Apa fungsi dia di atas padang? Kenapa masih berharap pada dia? Saya rasa dia tak pernah tunjuk yang dia main kerana mahu kelab berjaya, dia sekadar main sebab tu kerja dia.”

“Ketika dia berada di atas padang, saya jampak macam ada 10 pemain kita sedang beraksi bersama seorang peminat. Dia tak nampak macam pemain bola sepak.”

“Wan Bissaka dan Harry Maguire ni sebenarnya beban paling besar kelab kena pikul. Gaji mereka seolah-olah mereka bintang, tapi corak permainan mereka menunjukkan yang mereka tak layak dapat gaji.”

“Kenapa kalau pemain itu kita beli dengan harga mahal mesti dia akan hasilkan sesuatu yang buruk macam ini? Lepas Maguire sekarang Bissaka. Saya harap lepas ni bukan Varane dan Sancho.”

Wan Bissaka akhirnya dikeluarkan oleh Ralf Rangnick pada minit ke-84 permainan, dan digantikan oleh Anthony Elanga.

Wolves pada ketika itu sudah berjaya mendahului permainan hasil jaringan cantik dari Moutinho.

Kekalahan 1-0 di halaman sendiri ini memperlihatkan setan merah kini kekal di kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga, dengan mereka kini dua mata dibelakang Tottenham Hotspur yang berada di kedudukan keenam.

Pada ketika ini juga, Manchester United sedang berada empat mata di belakang Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan liga.

Agak bahaya kedudukan United pada ketika ini, dengan mereka berpotensi untuk terlepas dari kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga pada penghujung musim nanti.

Wolves sementara itu berjaya memintas Brighton untuk berada di kedudukan kelapan dalam carta saingan Premier League, dengan mengumpul 28 mata.

Man Utd perlu konsisten dan mengelak untuk hilang mata lagi selepas ini, kerana tiga pasukan di belakang mereka berpotensi besar untuk memintas mereka.

Tugas berat menanti Ralf Rangnick selepas ini, dengan beliau perlu memastikan United menang baki perlawanan dalam saingan Premier League, untuk memastikan mereka dapat tempat di kedudukan empat teratas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bintang Man Utd Ditawarkan Ke Kelab Lain Tanpa Pengetahuan Erik Ten Hag