Bintang Man Utd Mahu Gajinya Dinaikkan Setaraf Dengan Gaji Pogba Dan Martial

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dilaporkan mahu meminta kenaikan gaji dalam kontrak barunya, dan beliau mahu jumlah gaji yang sama dengan Anthony Martial dan Paul Pogba.

Fernandes hanya akan tandatangani kontrak baru bersama kelab, seandainya mereka sanggup menaikkan gajinya satu kali ganda dari yang beliau terima sekarang.

Pemain midfield Portugal yang kini berusia 27 tahun itu merupakan antara bintang terbaik dan yang paling berprestasi dalam kem United.

Sejak dari awal beliau ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £47 juta dari Sporting CP, Fernandes berjaya menjadi pemain terpenting kelab.

Walau bagaimanapun, aksi dan persembahan beliau dilihat sedikit merosot sepanjang musim ini dan ramai peminat yang sudah mula bimbang.

Namun begitu, beliau kemarin berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Man Utd mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Aston Villa.

Pemain kebangsaan Portugal itu pada awalnya hanya menerima gaji bernilai £50,000 seminggu, dan selepas pamer aksi cemerlang pada musim pertamanya, maka pihak kelab sudah menaikkan gajinya satu kali ganda.

Walau bagaimanapun, kini sudah ada laporan yang mendedahkan bahawa beliau mahu menuntut keadilan dengan meminta gaji yang sama seperti penerima gaji tertinggi kelab.

United sejak dari November 2020 lagi mereka sudah memulakan langkah untuk mengikat Fernandes dengan menawarkan kontrak baru

Walau bagaimanapun, bekas pemain Sporting CP itu masih lagi belum menyatakan persetujuan beliau untuk tandatangani kontrak baru tersebut.

The Athletic kini melaporkan yang United masih tenang berdepan dengan situasi pada ketika ini, dengan mereka juga tidak terlalu terdesak untuk tandatangani Fernandes dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun juga, Fernandes dilaporkan berminat untuk tandatangani kontrak baru dan beliau bersetuju dengan tawaran gaji bernilai £200 ribu seminggu.

Ia sememangnya angkat yang Fernandes mahu dan pemain-pemain seperti Martial, Pogba, Raphael Varane, Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Edinson Cavani turut membawa pulang gaji yang sama seperti itu.

Athletic juga turut melaporkan yang ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire dan Luke Shaw juga ketika ini semakin hampir untuk ditawarkan gaji £200 ribu seminggu.

Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi kelab pada ketika ini, dengan beliau menerima £385 ribu seminggu.

Sejak beliau ditandatangani semula oleh pihak kelab pada musim panas lalu, pihak kelab telah bersetuju untuk memberi bintang Portugal itu gaji setinggi itu.

David De Gea pula merupakan penerima gaji kedua tertinggi kelab di belakang pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu dengan beliau menerima £375 ribu seminggu.

Fernandes pada ketika ini juga masih dalam kontrak bersama Man United dan ia hanya akan tamat pada 2025 nanti, namun setan merah sudah berhasrat untuk segera mengikat Fernandes untuk memastikan beliau kekal lebih lama bersama kelab.

Walau bagaimanapun, United dan wakil Fernandes dijangka akan kembali berunding pada Mei nanti, ketika kedua-dua pihak jelas dengan situasi kelab pada musim hadapan.

Martial yang kini berusia 26 tahun itu pula sudah mendedahkan kepada Ralf Rangnick yang beliau tidak gembira di Old Trafford dan mahu segera meninggalkan kelab.

Masa depan Pogba turut sama masih tak jelas dengan pemain kebangsaan Perancis itu pada ketika ini sudah dibenarkan untuk berunding dan menandatangani pra kontrak bersama pasukan dari luar England.

Kontrak asal pemain berusia 28 tahun itu akan tamat pada penghujung musim ini, dan beliau telah dikaitkan dengan bakal menyertai Paris Saint Germain, Juventus dan Real Madrid.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lindelof Panggil Bruno Fernandes Nokharom Selepas Gol Kedua Sevilla