Bintang Manchester United Dilihat Berkunjung ke Hotel Penginapan Pasukan PSG

Paris Saint Germain mungkin tidak wujud di peta bola sepak dunia 10 tahun lalu, namun sejak duit mencurah-curah masuk dari Qatar, tiba-tiba PSG muncul antara pasukan terkuat eropah. Pemain demi pemain dibelinya, sampaikan harga pemain mengalami inflasi yang menggila – sama seperti liga Malaysia.

Memandangkan pasukan biru merah Perancis ini mempunyai kuasa wang yang cukup kuat, maka pemain-pemain juga mudah tertarik untuk menyertai mereka.

Terbaharu, bintang Manchester United, Marouanne Fellaini dilihat telah berkungjung ke hotel penginapan PSG di Belgium, menjelang pertemuan pasukan tersebut menentang Anderlecht dalam kempen Liga Juara-juara.

Fellaini akan berusia 30 tahun bulan depan, dan kontraknya bersama United bakal tamat pada musim panas nanti. Setakat ini dia masih belum mendapat sebarang tawaran kontrak daripada para pembesar kelab.

Mengikut polisi United, pemain yang berusia 30 tahun ke atas hanya akan menerima kontrak semusim demi semusim.

Sekarang Fellaini sedang menerima rawatan kecederaan lututnya di klinik di Antwerp, dan dia telah dirakam mengunjungi hotel penginapan PSG dengan memandu sebuah kereta pintar.

Muat pula Fellaini naik kereta pintar ini | Gambar : The Sun

Fellaini dapat dicam oleh paparazzi meskipun cuba menyembunyikan rambutnya dengan memakai topi. Ketika dia berjalan keluar dari hotel, para paparazzi sempat menyerbunya dan bertanya soalan yang bermain di minda mereka – apa yang Fellaini buat di hotel PSG?

Fellaini | Gambar : The Sun

Fellaini bagaimanapun enggan memberi sebarang jawapan dan meninggalkan para wartawan tercegang dan penasaran.

Berita ini pasti akan mendebarkan para penyokong United tambahan pula PSG dikatakan sedang mencari pemain tengah untuk memperkuatkan lagi pasukan.

Fellaini tampil cukup cemerlang pada musim ini, selepas tiga musim dibenci. Dalam bahasa mudah, Fellaini yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu ditendang sekarang dia disayang.

Lagu di bawah adalah gambaran kisah hidup Fellaini di Old Trafford.

Sumber berita : The Sun

Baca Juga

Baca Juga