Bintang Premier League Kantoi Sanggup Tempah Bilik Hotel Sebab Nak ‘Kipas’ Pengurus Baru Kelab

Salah seorang bintang Premier League terkantoi sengaja merancang mahu sewa hotel, dalam usahanya untuk ‘kipas’ pengurus baru kelab.

Beliau sengaja menyewa hotel yang sama dengan hotel yang bakal diduduki oleh pengurus barunya, dan semuanya dilakukan kerana mahu mencari muka.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, pemain dari saingan Premier League itu cuba melakukan hal yang sungguh menakjubkan selepas beliau mengetahui lokasi hotel yang bakal diduduki oleh pengurus barunya.

Nama, data peribadi dan kelab pemain tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu, dengan ia hanya mendedahkan bahawa pemain itu merupakan pemain dari saingan Premier League.

Pemain tersebut dikatakan telah menempah sebuah bilik di hotel yang sama yang diduduki oleh pengurus barunya.

Beliau merancang untuk bertemu dengan pengurus barunya itu secara tak sengaja, dalam usahanya mahu membina hubungan baik dengan pengurus baru kelabnya itu.

Beliau mahu menjadi individu pertama yang bertemu dengan pengurus barunya itu berbanding kesemua rakan sepasukannya yang lain.

Walau bagaimanapun, rakan sepasukannya dilaporkan sedar dan sangat tidak gembira dengan taktik kotor yang mahu beliau lakukan itu.

Tiada laporan lebih lanjut tentang hal tersebut, sama ada pemain yang mahu kipas pengurus baharu itu dimaki oleh rakan sepasukannya, dipulaukan, atau dibelasah masih belum dapat dipastikan.

Laporan tersebut hanya mendedahkan yang beliau merancang taktik kotor tersebut untuk mengipas pengurus baharunya sahaja.

Kisah ini sebenarnya mengingatkan peminat kepada kisah yang melibatkan bekas rakan sepasukan Peter Crouch yang digelar ‘Parched’.

Crouch pernah mendedahkan yang Parched suka mengampu pengurus kelab dan barisan kejurulatihan dengan berbual bersama mereka ketika rehat di setiap sesi latihan.

Crouch mendedahkan kisah tentang Parched ketika bercakap di BBC That Peter Crouch Podcast, dan beliau pada ketika itu membuka ruang kepada para pendengar untuk meneka siapa pemain yang beliau maksudkan.

“Ada seorang pemain yang masih saya rahsiakan nama dia, saya tidak akan sebut kelab mana, ketika saya terus rahsiakan, ramai yang mahu mencari tahu siapa dia. Kami memutuskan untuk memanggil dia Parched.”

Jelas Crouch.

“Ketika kami menjalani sesi latihan pra musim bersama, ia sebenarnya sangat mencabar, sangat sengit dan selepas kamu selepas berlari atau berlatih, semua orang akan pergi berehat minum air, rehatkan badan, minum banyak air. Cuaca sangat panas, kamu baru selesai melakukan kerja yang berat.”

“Ketika kami lihat sekeliling dan Parched akan asa duduk bersama barisan kejurulatihan. Dia langsung tak minum air.”

“Setiap kali rehat minum air, dia akan habiskan masa duduk bersama pengurus, berborak dengan pengurus tentang taktik atau sekadar duduk disebelahnya.”

Crouch walau bagaimanapun kemudiannya tampil mendedahkan siapa pengampu yang beliau maksudkan itu dan orangnya adalah Charlie Adam.

Peter Crouch dan Charlie Adam pernah beraksi bersama Stoke City selama tujuh musim sebelum bekas bintang Liverpool itu meninggalkan kelab dan menyertai Burnley pada tahun 2019 yang lalu.

Isu melibatkan pemain kipas pengurus ini sudah boleh dianggap perkara biasa dalam dunia bola sepak, sudah tentu mereka akan mencuba mencari muka, dalam usaha mahu menjadi anak emas pengurus.

Terlalu banyak kelebihan yang akan mereka dapat seandainya berjaya menjadi anak emas pengurus kelab, dan yang paling penting, minit permainan sudah terjamin.

Sama lah macam kawan-kawan korang yang rajin kipas boss tu, kan banyak kelebihan dia dapat berbanding korang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2020/21: Everton 4-2 Brighton