Boateng Malu Ketika Ditanya Perasaanya Diaibkan Messi Lima Tahun Lalu

Jerome Boateng menjadi bahan tawa masyarakat di Twitter selepas salah seorang peminat beliau bertanya soalan yang agak memalukan beliau.

Boateng mengisi masa lapang ketika musim cuti ini dengan membuat sesi soal jawab bersama peminatnya di laman Twitter.

Apa yang lucunya salah seorang peminat bertanya apa yang bermain difikiran beliau sewaktu di malukan oleh Messi ketika satu perlawanan di Liga Juara-juara tahun 2015.

Pemain pertahanan Jerman berusia 31 tahun itu telah turun untuk menghadapi Messi dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-juara tahun 2015.

Perlawanan antara Barcelona menentang Bayern Munich itu telah dilangsungkan di Nou Camp.

Barcelona memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-0 dan dalam perlawanan sama, Messi telah mengayam-ayam kan Boateng lalu berjaya menjaringkan gol.

Pemain Argentina berusia 32 tahun itu dilihat begitu sukar untuk dikawal oleh Boateng hingga dirinya diaibkan oleh Messi dalam perlawanan itu.

Ketika sesi soal jawab di Twitter itu, salah seorang peminat dengan tidak berkias serta berlapik terus bertanya kepada Boateng berkaitan insiden memalukan itu.

“Apa yang ada di fikiran kamu ketika Messi memperlakukan hal sebegitu kepada kamu. Ya kamu pasti tahu apa yang saya maksudkan.”

Tanya dari seorang pengguna Twitter bernama Mr Moody.

” Sangat menarik untuk melihat setiap dari kamu cuba bertahan ketika Messi menyerang”.

Itu sahaja yang mampu dijawab oleh Boateng selepas ditanya tentang insiden itu.

Para peminat kemudian menzahirkan rasa simpati kepada Boateng selepas ada peminat yang mengusik memorinya tentang peristiwa pahit dalam saingan Liga Juara-juara itu.

“Bang, Messi tu antara pemain yang boleh mengubah gerakkan dia sepantas cahaya. Tak ada apa yang boleh dilakukan pada ketika itu, dan insiden itu tidak sedikit pon meragui bertapa hebatnya persembahan kamu sepanjang perlawanan malam itu.”

Pujuk seorang peminat yang bernama Zach Farver.

“Kamu bermain dengan cukup baik sehingga Messi terpaksa menukar arah gerakkannya, sekiranya kamu tidak jatuh ia pasti tidak akan menjadi moment yang memalukan.”

Kata seorang lagi pengguna Twitter memujuk Boateng.

“Kamu sudah berjaya mengawal dan mematikan setiap langkah dia sepanjang perlawanan itu sampailah kepada berlakunya insiden itu”.

“Tidak ada apa yang kamu boleh lakukan jika berada dalam situasi itu”.

Begitulah antara kata-kata semangat yang Boateng terima selepas di malukan dengan soalan begitu.

Messi menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 3-0 itu dan mereka membawa bekalan tiga gol itu ke Allianz Arena untuk perlawanan separuh akhir kedua.

Bayern Munich memenangi perlawanan kedua di halaman mereka dengan keputusan 3-2 dan Barcelona layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara musim itu lalu muncul Juara menewaskan Juventus 3-1.

BACA:  Messi: Piala Dunia 2018 Peluang Terakhir Untuk Menjulang Trofi Bersama Argentina