Bola Sepak Tempatan Akan Kembali Bersambung

Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal akan mula dibenarkan bermula 15 Julai 2020 begitu juga pengajuran kejohanan dan pertandingan tanpa penonton juga dibenarkan.

Kejohanan bola sepak tempatan akan dibenarkan meneruskan aksi bermula 15 Ogos 2020 tanpa kehadiran penonton.

Dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada 9
Julai 2020 telah membincangkan dan bersetuju dengan beberapa
cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk pembukaan sektor sukan
dan rekreasi fasa 3 dan fasa 4.

Berita gembira untuk peminat sukan ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI BERSENTUHAN FIZIKAL(contact sports activity)

Sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola
keranjang, skuasy dan sukan tempur – karate, silat, taekwondo, dsb boleh dimainkan bermula Rabu, 15 Julai
2020.

Serentak dengan itu, pengusaha-pengusaha
padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi juga dibenarkan beroperasi semula
bermula 15 Julai 2020

PENGANJURAN KEJOHANAN & PERTANDINGAN
TEMPATAN TANPA PENONTON (local competition and tournament without spectator)

Menurut apa yang diumumkan, kebenaran ini tertakluk kepada:

1. Sukan tiada bersentuhan fizikal (non-contact sports)

Kejohanan dan pertandinga Sukan tiada sentuhan fizikal ini seperti permotoran dan sukan individu dibenarkan bermula pada Rabu, 15 Julai 2020.

Ini termasuklah Perlumbaan Permotoran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan
litar-litar tempatan yang lain, Kejohanan Badminton Perseorangan, Kejohanan Catur, dsb.

(b) Sukan bersentuhan fizikal (contact sports)

Kejohanan dan pertandingan Sukan bersentuhan fizikal pula seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola keranjang, skuasy dibenarkan bermula Sabtu, 15 Ogos 2020.

Contoh kejohanan / pertandingan
sukan berpasukan seperti Liga Super & Liga Premier bola sepak (MFL), Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki (MHL), Liga Ragbi (MRL), dll.

Dua bulan lalu, ketika jangkitan wabak mula menurun banyak aktiviti mula dibenarkan namun bola sepak dan beberapa aktiviti sukan serta rekreasi masih diharamkan.

Pada ketika itu, Majlis keselamatan Negara(MKN) tidak membenarkan aktiviti bola sepak dijalankan selepas Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Ini kerana aktiviti bola sepak melibatkan aktiviti berkumpulan dan berkumpulan ditambah dengan pergerakan yang menyebabkan berlakunya sentuhan.

Kini atas disiplin tinggi warga Malaysia dalam melawan wabak dengan mengamalkan norma baru dan mengikut SOP yang disediakan maka kemenangan hampir pasti.

Bola sepak tempatan juga akan dapat dinikmati semula oleh semua dalam sedikit masa lagi tanpa kehadiran penonton di tempat perlawanan berlangsung.

Baca Juga

Baca Juga