Bookie Letakkan Salah di Belakang Welbeck, Benteke dan Charlie Austin Untuk Jadi Penjaring Terbanyak Musim Lalu

Kehadiran Mohammed Salah dari AS Roma ke Liverpool pada awal musim lalu pada tanda harga £35 juta dianggap hanya biasa-biasa saja cuma sekadar satu pembelian The Reds untuk menghadapi musim baru.

Pada mulanya Salah lebih dikenali sebagai pemain yang gagal mendapat tempat di Chelsea ketika rejim Mourinho lalu dijual ke Roma. Namun kehadiran Salah ke Liverpool menjadikan beliau sebagai pemain disayangi samada kau peminat Liverpool atau sekadar heaters.

Keperibadian dan kehebatan Salah di dalam dan luar padang menjadikan membuatkan semua menyengangi beliau lalu menimbulkan rasa hormat.

Jarang-jarang orang pakai Kasut Emas

Bersama Roma sememangnya Salah cemerlang dan memenuhi apa yang diperlukan Roma ketika dibeli dari Chelsea namun siapa yang endahkan liga Italy dan Roma yang sudah sebati dengan Totti.

Ketika beraksi di Roma dua musim lalu merupakan musim terbaik Salah sepanjang karier sebelum ke Anfield. Salah mencetak 19 gol dan 15 daripanya di Serie A tapi ramai je buat tak tau termasuk penulis.

Ana dulu asal Roma tau!

Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan. Salah dari biasa-biasa menjadi luar biasa dalam musim debutnya dengan pakej tambahan istimewa yang tidak terjangka oleh sesiapa termasuk kau yang sedang membaca. Benar bukan?

Dari seorang pemain sayap, Salah bertukar menjadi Super Saiya dan mesin pencetak gol berprestasi tinggi seperti Safee Sali di zaman kegemilangan pemain Lagenda Malaysia itu.

Ana sudah jadi mesin cetak gol seperti anta ya akhi, Runaldu.

Penjualan Philippe Coutinho pada tanda harga yang sedap kepada Barcelona menjadi satu urusniaga yang genius, berbaloi dan menguntungkan bagi Liverpool. Satu urusniaga yang menguntungkan selepas Luxor.

Ramai menjangkakan Liverpool bakal mengalami penurunan prestasi dan kemurungan teruk dengan penjualan Coutinho. Namun Salah makin menjadi-jadi dan luar biasa.

Ana tidak diberikan peluang untuk mengibarkan bendera biru tua tinggi ke awan.

Salah telah muncul penjaring terbanyak Premier League sepanjang zaman dalam semusim dengan 32 gol dan membawa Liverpool ke final Champions League. Apa lagi kau nak?

Pada awal kehadiran Salah di Premier League , bookie jugak tidak menjangkakan Salah akan menjadi penjaring terbanyak musim ini.

Mereka meletakkan kebarangkalian Salah untuk muncul pemenang kasut emas pada kadar 66/1 di belakang pemain yang mungkin kelakar jika disebutkan namanya.

Bookie meletakkan Salah dibelakang pemain seperti di bawah sebagai penjaring terbanyak bagi musim 2017/18:

1. Diego Costa
2. Daniel Sturridge
3. Kelechi Iheanacho
4. Manolo Gabbiadini
5. Charlie Austin
6. Christian Benteke
7. Danny Welbeck
8. Sandro Ramirez, Sape ni Setan?

Diego Costa yang jelas akan meninggalkan Chelsea dan tidak bermain, hanya menunggu perpindahan Januari untuk berpindah lagi tinggi kebarangkalian bookie letakkan untuk menang penjaring terbanyak.

Betapa tidak powernya Salah di mata bookie dan ternyata mereka salah anggap dengan Salah.

Judi itu haram.

Sandro Ramirez merupakan sejarah hitam dalam urusan jual beli pemain buat Everton pada musim panas lalu. Pemain berasal dari Sepanyol itu dipancing dari Malaga.

Ramirez membuat 8 penampilan tetapi gagal menjaringkan sebarang gol sebelum dipinjamkan kepada Sevilla dan masih terus gagal menjaringkan gol.

Kebarangkalian yang diberikan kepada Salah tidaklah serendah Leicester City ketika mereka muncul juara Premier League. Bookie meletakkan Leicester City pada kadar 5000/1.

Ingatlah wahai pembaca sekalian bahawa judi itu haram.

#DoneDakwah

Judi Itu Haram disisi Islam

Dalam bahasa Arab, judi disebut al-Maysir, yang berasal daripada akar kata yasira atau yasura yang bererti menjadi mudah atau yasara(memudahkan).

Hal ini dapat difahami kerana judi menjanjikan keuntungan tanpa melalui cara yang wajar sebagaimana diajarkan dalam Islam.

Muhammad Rasyid Ridha, cendekiawan Islam yang berasal dari Mesir menafsirkan kata maysir dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan bekerja keras.

Para ulama setuju bahawa hukum berjudi adalah haram dalam Islam. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (al-Baqarah: 219)

Dalam ayat lainnya disebut bahawa judi termasuk dalam perbuatan syaitan, sehingga kita mesti menjauhinya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Alasan diharamkan judi juga dijelaskan dalam ayat berikutnya yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (al-Maidah: 91)

Baca Juga

Baca Juga