Borussia Dortmund Telah Menggantung Aubameyang

Selepas sejam Borussia Dortmund menyenaraikan Pierre Emerick Aubameyang dalam kesebelasan utama yang mungkin diturunkan menentang Stuttgart minggu ini, kelab Jerman itu membuat satu pengumuman mengejut bahawa Pierre Emerick Aubameyang digantung.

Laman Twitter rasmi Borussia Dortmund telah mengesahkan berita ini bahawa Pierre Emerick Aubameyang tidak akan bermain atas alasan disiplin.

Walaupun telah menjaringkan 10 gol dalam 11 perlawanan, Dortmund tidak teragak-agak dan bertolak ansur dengan pemain penyerang dari Gabon itu.

Ketika ditanya melalui laman Twitter, Dortmund telah mengeluarkan kenyataan berikut :

“Pierre Emerick Aubameyang telah dikeluarkan dari skuad untuk perlawanan esok atas sebab disiplin.”

Menurut satu laporan yang menyebut bahawa Pierre Emerick Aubameyang digantung kerana beliau membenarkan dirinya melanggar disiplin dengan datang lewat ke latihan secara konsisten dan menganggap dirinya tidak boleh ditegur atau bahasa mudahnya berlagak Diva.

Ini bukanlah kali pertama Pierre Emerick Aubameyang digantung oleh Borussia Dortmund atas sebab disiplin. Sebelum sepak mula menentang Sporting Lisbon di Champions League tahun lepas, Aubameyang telah disingkirkan dari skuad.

Pierre Emerick Aubameyang telah dikeluarkan dari skuad pada saat akhir dan digantung kerana telah pergi ke luar negara ketika pasukan mempunyai perlawanan penting.

Pemain penyerang Gabon itu telah meminta kebenaran daripada Thomas Tuchel untuk pergi ke Italy ketika hari rehat tetapi Tuchel tidak membenarkan kerana mereka bakal menghadapi Sporting Lisbon.

Baca Juga

Baca Juga