Boss Juventus Nafi Ronaldo Bakal Tinggalkan Pasukan Turin Tersebut

Selepas prestasi terumbang ambing musim ini, Juventus kini bergantung harap kepada ketercidukan seteru mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara UEFA pada musim depan, dengan baki 2 perlawanan liga.

Baru-baru ini, kekalahan 3-0 kepada AC Milan di laman sendiri telah menurunkan pasukan itu ke tangga kelima liga, satu mata di belakang Napoli.

Berdepan situasi yang tidak terbayangkan pada awal musim, timbul desas desus bahawa bintang mereka, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan pasukan Turin tersebut pada musim hadapan. Ye lah, takkan Ronaldo nak main Liga Europa macam bekas kelab dia dulu ye dak?

Pun begitu, Timbalan Pengerusi Kelab, Pavel Neded telah mengisytiharkan bahawa Ronaldo tidak akan pergi ke mana-mana dan akan kekal di Juventus pada musim 2021-22.

“Pirlo dan Ronaldo akan kekal di Juventus,” kata Nedved kepada media Itali, Striscia la Notizia.

Ronaldo dan Pirlo akan kekal – Nedved. Gambar : goal

Walaupun rakan sepasukannya agak kaku dan bingung di tengah padang, Ronaldo masih mampu menikmati musim yang cemerlang secara individu di mana dia telah menjaringkan 27 gol liga dan 34 secara keseluruhannya.

Inter Milan yang dilatih Antonio Conte telah pun sah merampas kejuaraan Scudetto daripada Juventus dan pada masa yang sama mereka masih lagi memburu satu lagi piala, Coppa Italia yang akan berlangsung hujung bulan ini menentang Atalanta.

Berita tentang perpindahan Ronaldo ini juga diulas oleh ejennya, Jorge Mendes yang menafikan bahawa Ronaldo akan kembali ke Sporting CP, pasukan yang baru sahaja menjuarai liga Portugal – kali pertama sejak 18 tahun lalu.

Ronaldo memulakan kariernya bersama kelab ibukota Portugal ini dan melakukan debut pada usia 17 tahun pada 2002, sebelum disambar Manchester United setahun kemudian.

“Cristiano amat bangga dengan kejayaan Sporting CP dan dia secara terang-terang tunjukkan apa yang dia rasa,” ujar Mendes kepada surat khabar Record.

“Tetapi buat waktu ini, plan dia tidak termasuk Portugal.”

Khabar angin mengatakan Ronaldo bakal kembali ke Lisbon selepas ibunya Dolores Aveiro menjanjikan penyokong Sporting bahawa dia akan cuba pujuk anaknya untuk kembali ke pasukan Primera Liga tersebut pada musim panas nanti.

“Makcik akan sembang dengan Cristiano supaya dia pulang ke pangkuan jalan,” katanya kepada penyokong Sporting.

“Tahun depannnnn, dia akan bermain di Alvalade!” laungnya lagi dari balkoni rumahnya kepada penyokong yang sedang berarak meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka menjuarai liga Portugal.

Selain Cristiano Ronaldo, Sporting CP sebenarnya telah melahirkan ramai pemain bintang seperti Luis Figo, Bruno Fernandes, Joao Moutinho, Nani, Simao Sabrosa, Rui Patricio, Fakri Saarani dan ramai lagi lah senang cerita.

Dengan baki 4 perlawnan lagi, Sporting CP masih belum tewas dan merekodkan 82 mata, jauh meninggalkan Benfica dan Porto masing-masing di tangga ketiga dan kedua.

Bekas pasukan Safawi Rasid, Partimonense sekadar berada di tangga ke-13, 6 mata di atas pasukan yang berada di zon penyingkiran, Farense.

Padan muka, kan? Kalau dia turunkan Safawi dulu, mesti kurang-kurang dah di tangga keempat atau kelima tu.

Baca Juga

Baca Juga