Brandon Williams Disiasat Kerana Dituduh Menghina Norwich City

Pemain Manchester United yang kini sedang beraksi bersama Norwich sebagai pemain pinjaman sedang disiasat oleh The Canaries berkait status Instagram pemain full back itu yang telah dipadam.

Williams mula sertai skuad utama setan merah pada musim 2019/20 namun beliau sepertinya sukar untuk mendapat tempat dan minit permainan di Old Trafford.

Hal ini kerana beliau perlu berdepan saingan seperti Luke Shaw dan Alex Telles yang lebih diberi kepercayaan berbanding dirinya.

Musim ini, beliau telah dipinjamkan ke Norwich City dalam usaha pihak kelab mahu beliau mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Beliau jelas sekali merupakan antara pemain terpenting Norwich dan harus diakui yang Williams juga merupakan antara pemain paling berprestasi dalam skuad The Canaries pada ketika ini.

Sepertinya agak sukar untuk melihat beliau kembali ke Old Trafford musim hadapan, dengan skuad kendalian Dean Smith itu setidak-tidaknya perlu menghabiskan satu musim di pentas saingan Championship selepas mereka sah tersingkir dari saingan Champions League musim ini.

Terbaru, pihak kelab dilaporkan sedang menyiasat kegiatan Williams di media sosial dengan The Athletic melaporkan yang beliau ada memuat naik status yang menunjukkan isyarat jari tengah berserta caption:

“Hari yang cukup indah. Santai Norwich City.”

Dengan Williams turut tagged lokasi beliau di Suffolk.

Muat naik aneh itu kemudiannya dipadam oleh Williams dengan beliau memuat naik beberapa gambar anjingnya sebagai ganti kepada status yang dipadam itu.

Muat naik pertama beliau memuat naik video anjingnya duduk di luar menikmati sinaran matahari dengan menulis:

“Untuk orang-orang yang mengikuti saya, dia sentiasa terjaga.”

Tulis Williams berserta emoji ketawa.

Beliau kemudiannya memuat naik gambar hitam putih seekor lagi anjingnya yang lain dengan menulis:

“Dia pun sama juga.”

Tulis beliau bersama empat ketul emoji senyum.

Beliau kini disiasat kerana dianggap memaki hamun kelab sendiri dan berpotensi untuk dihukum andai beliau benar-benar memaksudkan jari tengah itu kepada Norwich City sendiri.

Status tersebut dimuat naik selepas kekalahan 4-0 Norwich City di tangan West Ham United kemarin dan Williams ketika itu teruk menjadi mangsa cemuhan para peminat.

Beliau sebenarnya dari awal musim sudah menjadi mangsa cemuhan para peminat walaupun hakikatnya beliau merupakan antara pemain paling berprestasi dalam skuad.

Bukan hanya beliau, beberapa pemain lain turut melalui hal yang sama dan tindakan Williams menganjing penyokong sendiri di media sosial jelas sekali satu tindakan tidak bijak.

Walau bagaimanapun, memandangkan beliau masih muda dan belum cukup matang, tambahan pula beliau sebenarnya pemain United dan hanya beraksi sebagai pemain pinjaman di Norwich, maka tidak hairanlah mengapa beliau memutuskan untuk melakukan hal tersebut.

Insiden hampir sama turut pernah berlaku kepada pemain Brentford sebelum ini, dengan Ivan Toney pada awal musim lalu telah mencetuskan sensasi ketika beliau sedang bercuti.

Toney yang ketika itu sedang menikmati percutiannya di Dubai dilaporkan telah memaki hamun kelabnya sendiri dalam satu video yang tular pada ketika itu.

Beliau dikatakan menjerit F*** Brentford berulang kali dalam video tersebut dan hal itu mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Brentford kemudiannya menyiasat insiden tersebut dengan Ivan Toney tampil meminta maaf.

“Saya sudah menjelaskan kepada pengurus tentang apa yang berlaku dan saya meminta maaf kepada dia tapi saya juga mahu meminta maaf kepada semua penyokong Brentford.”

“Saya hormati cara bagaimana kamu semua menyokong kelab dan saya boleh katakan bagaimana sayangnya dan gembiranya saya dapat bermain bersama kelab untuk kamu.”

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga