Brendan Gan atau nama penuhnya Brendan Gan Seng Ling dilahirkan di Australia pada 3 Jun 1988 merupakan pemain tengah yang tidak asing lagi di liga Malaysia dan pasukan menjadi tonggak pasukan Malaysia, Harimau Malaya.
Pada 17 November 2011, Brendan Gan telah menyertai Sabah FA dan merupakan pasukan pertama yang beliau sertai dalam Liga Malaysia sebelum kembali ke Australia
Brendan Gan menyertai Kelantan pada 2014 sebagai pemain asing, Gan mempunyai darah Malaysia dan Australia kemudiannya mendapat kewarganegaraan Malaysia beberapa bulan selepas itu atas usaha keras penyelamat bola sepak Kelantan, Tan Sri Anuar Musa. Sejak itu Gan bermain untuk Malaysia dan negeri sebagai pemain tempatan.
Ketika masih dalam proses untuk pulih dari kecederaan ACL buat kali kedua, Gan mengumumkan keputusan meninggalkan pasukan Kelantan untuk fokus kepada pemulihan.
Pemain terbaik final unifi Piala Malaysia @brendan_gan mengalami dua kecederaan ACL yang panjang sebelum ini. Kini dinobatkan antara pemain terbaik negara untuk posisi beliau. Fans @mediaperaktbg, berapa RT untuk Brendan Gan? https://t.co/sjuhwAWp9E #BolaUntukSemua #GameOn pic.twitter.com/VkffIxui9h
— Football Malaysia on iflix (@FMonIFLIX) October 31, 2018
Selepas berehat panjang dan pulih, Brendan Gan menyertai pasukan Perak dan aksinya nyata tidak mengecewakan serta tidak seperti pemain yang pernah mengalami kecederaan yang mengerikan buat pemain bola sepak.
Kemuncak kerjayanya bersama Perak adalah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang menemukan Perak dan Terengganu. Ketinggalan 2 gol menyaksikan Gan mengepalai aksi kebangkitan Perak pada separuh masa kedua dengan bantuan gol untuk gol pertama hasil jaringan Firdaus Saiyadi.
Kemudian Gan sendiri menjaringkan gol penyamaan buat Perak ketika pengadil akan meniup wisel bila-bila masa sahaja untuk menobatkan Terengganu FC sebagai juara.
Gol itu telah mengheret perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya ke sepakan penalti lalu menjadi lipatan sejarah sebagai perlawanan akhir Piala Malaysia paling epik.
Kelayakkan Piala Dunia 2022 Qatar & Piala Asia China 2023 ~ Round 2
Keputusan penuh:
Malaysia ?? 2️⃣-1️⃣ ?? Thailand
⚽️ 7’ (0-1) Chanathip Songkrasin
⚽️ 26’ (1-1) Brendan Gan
⚽️ 57’ (2-1) Sumareh#asianqualifiers #wcq #harimaumalaya #malaysia #thailand pic.twitter.com/j4emDpNWo0— HSTV (@hstvcom) November 14, 2019
Itu kisah lalu dan bersama pasukan Harimau Malaya, Brendan Gan sekali lagi mempamerkan aksi epik membantu Malaysia mencipta kebangkitan penuh dramatik menewaskan Thailand 2-1 dikelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Brendan Gan menjadi nadi kebangkitan Harimau Malaya dengan gol penyamaan sebelum membuat satu bantuan gol yang bijak untuk Mohamadou Sumareh melakukan jaringan Volley yang sungguh padu.
Dalam perlawanan ini Gan seperti mempunyai 4 jantung apabila tidak segan untuk turun membantu barisan pertahan dengan beberapa bentesan penting mengeluarkan boal dari kawasan merbahaya.
Brendan Gan Mencuba Sarapan Kegemaran Penduduk Ipoh
Daripada berterusan melalut tak tentu pasal kita berbalik kepada tajuk artikel ini, Brendan Gan yang bermain bersama Perak pada tahun lalu telah mencuba sarapan yang menjadi kegemaran rakyat Ipoh.
Ditemani oleh rakan sepaksukannya ketika itu pemain pertahanan, Robert Cornthwaite, mereka telah pergi ke kedai yang popular di Ipoh untuk bersarapan iaitu New Hollywood.
Ini merupakan vlog food review pertama dan terakhir Brendan Gan yang dimuat naik ke saluran Youtubenya. Mungkin terpaksa dihentikan kerana tidak sesuai dengan dietnya sebagai pemain bola sepak profesional.
Brendan Gan dan Robert Cornthwaite telur mencuba Kuew Teow Goreng dan ternyata mereka menyukai masakan kegemaran rakyat Malaysia itu yang tersohor dan mempunyai pelbagai versi itu.
Selepas itu mereka berdua mencuba Lok Bak yang terdiri daripada sosej ayam, udang, ikan, tofu dan bermacam lagi yang digoreng sehingga rangup.
Sebelum pulang Robert Cornthwaite sempat lagi membeli Cakoi dan mereka bertemu Sharul Saat atau Badak yang baru saja tiba.
Restoran New Hollywood ini terletak di Taman Canning, Ipoh, Perak dan waktu operasi dari jam 7 pagi sehingga 4 petang.
Antara menu yang disediakan di Restoran New Hollywood :
- Roti Goyang
- Chee Cheong Fun
- Cakoi
- Mee Kari
- Mee Wantan
- Nasi Lemak
- Kuew Teow Goreng
- Sarapan macam orang Amerika (Roti bakar + chicken slice, baked beans, Hotdog dan telur)