Pemain kebangsaan dan juga pemain pasukan Kelantan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pahlawan merah, Gan mengumumkan pemergiannya dari pasukan pada ahad lalu.
Pemain berusia 28 tahun yang masih dalam proses untuk pulih dari kecederaan ACL itu mengumumkan keputusan itu melalui laman Instagramnya.
“Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan kerana saya perlu memberitahu anda semua bahawa masa saya untuk bersama TRW telah pun sampai ke penghujung’
Menyertai Kelantan pada 2014 sebagai pemain asing, Gan mempunyai darah Malaysia dan Astralia kemudiannya mendapat kewarganegaraan Malaysia beberapa bulan selepas itu. Sejak itu Gan bermain untuk Malaysia dan negeri sebagai pemain tempatan.
Gan mengucapkan terima kasih kepada semua dalam tempoh beliau berada di TRW.