Brendan Rodgers Jual Nama Luis Suarez Untuk Dapatkan Pemain

Bekas pengurus Liverpool yang hampir memenangi gelaran liga sebelum Gerrard tergelincir, Brendan Rodgers dikatakan telah menjual nama bekas pemainnya, Luis Suarez ketika mahu membawa Moussa Dembele dari Fulham ke Celtic.

Pada musim panas yang lalu, Dembele menjadi seorang pemain yang menjadi rebutan ramai antaranya ialah Bayern Munich, Real Madrid, Melaka United dan juga Manchester City. Menurut ejen kepada Dembele, Mamadi Fofana, Rodgers telah bertemunya untuk memancing Dembele ke Celtic dan Rodgers faham akan keadaan semasa itu bahawa Dembele sedang diburu kelab-kelab besar.

Salam rahsia Rodgers dengan Dembele

Namun, Rodgers dengan begitu yakin berkata Dembele boleh berkembang di bawah didikannya.

“Dembele muda lagi, masih banyak lagi benda yang dia boleh belajar. Jangan tengok duit sangat. Sekarang tumpu perhatian untuk menjadi pemain yang bagus. Duit tu akan datang sendiri nanti.

“Lagipun, kalau dia masuk Celtic, dia akan gembira di sini. Aku boleh bentuk dia jadi pemain yang hebat. Lebih hebat daripada Safiq Rahim.

“Kalau kau tak percaya, kau ambil telefon Lenovo aku ni, kau hubungi Luis Suarez, apa yang dia fikir pasal aku, hubungi Raheem Sterling. Aku dah bentuk ramai pemain dan dia boleh jadi macam mereka. Tapi ikut kau lah.

Dek kesungguhan Rodgers, Dembele akhirnya menyertai Celtic, dan telah menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan setakat ini, satu nombor yang cukup besar bagi seorang pemain yang baru berusia 20 tahun. Ramai pemain bintang Liga Scotland gagal menyinar di liga yang lebih besar, kecuali Henrik Larsson. Mampukah Dembele mengikut jejak langkah lagenda Sweden tersebut?

Baca Juga

Baca Juga