Brisbane Roar Didenda AFC Kerana Tidak Memberi Pegawai Perlawanan Makan

Kelab Australia, Brisbane Roar telah didenda £7500 (RM41,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tidak menyediakan makanan untuk pegawai perlawanan dalam satu perlawanan Liga Juara-juara AFC (ACL).

Perlawanan ACL memang dikenali dengan syarat-syarat yang ketat.

Untuk penyediaan makanan, tuan rumah dikehendaki menyediakan buffet makanan antarabangsa untuk enam pegawai perlawanan.

Kegagalan Brisbane ini adalah ketika bertemu Kashima Antlers dari Jepun, dan dalam perlawanan yang sama juga Brisbne didenda tambahan sebanyak £2350 (RM13000) kerana membenarkan dua jurugambar berada di tengah padang permainan tanpa kebenaran AFC.

Ini menjadikan jumlah denda keseluruhan yang dikenakan ke atas Brisbane ialah £9850 dan jumlah ini akan ditolak daripada duit ganjaran kemenangan ke atas Antlers, £29,000.

Kesian Brisbane Roar. Dah la asyik kalah, lepas tu kena denda. Semoga kelab dari Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan menyediakan makanan secukupnya buat pegawai AFC yang datang nanti, sekiranya ada pasukan dari Malaysia yang layak ke Liga Juara-juara nanti.

Prestasi Brisbane Roar di peringkat kumpulan ACL musim ini amatlah mengejutkan di mana mereka menamatkan saingan di tangga keempat, di belakang Ulsan, Muangthong dan Kashima.

Pada pusingan kelayakan awal tahun lalu, Brisbane mencuri perhatian dunia apabila mengenepikan cabaran kelab dari China, Shanghai Shenhua – kelab yang menjadikan Carlos Tevez sebagai pemain bola yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Denda yang dikenakan ke atas Brisbane ini bukanlah satu perkara yang pelik, jika nak dibandingkan dengan denda yang dikenakan ke atas Muangthong yang juga bertemu Brisbane pada awal musim ini.

Pasukan dari Thailand tersebut didenda £7,500 selepas penjaga gol Brisbane Roar, Jamie Young – bekas pemain Reading, tercedera selepas tangannya terbelah angkara terlanggar tiang gol pada bulan April lalu.

Muangthong dikatakan gagal menyediakan tiang gol yang berkualiti untuk perlawanan tersebut sekaligus menyebabkan Young mengalami kecederaan dan terpaksa menerima 26 jahitan di lengannya.

Brisbane tewas 3-0 perlawanan tersebut sekaligus menafikan sebarang kebangkitan pasukan tersebut dalam kempen ACL pada musim ini.

Sumber berita : Dreamteam

Baca Juga

Baca Juga