Brock Lesnar Bakal Kembali Ke Gelanggang UFC Untuk Merebut Taling Pinggang Heavyweight

Akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu peminat UFC telah tiba.

Penggusti tersohor WWE, Brock Lesnar akan kembali beraksi di gelanggang UFC untuk menentang juara UFC Heavyweight, Daniel Cormier.

Lesnar menyerbu masuk ke dalam gelanggang lalu menolak Cormier ketika UFC 226

Spekulasi bertiup kencang sebelum ini mengatakan Lesnar akan kembali bertarung dalam UFC selepas beliau memasuki program pemulihan dadah di bawah United States Anti-Doping Agency (USADA).

Terlebih dahulu, Lesnar yang kini berusia 41 tahun akan turun menentang Seth Rollins dalam WrestleMania 35 hujung minggu ini. Masa depan Lesnar bersama WWE selepas itu dilihat agak samar kerana beliau berminat untuk mencuba nasib bersama UFC sekali lagi.

Menurut laporan ESPN, presiden UFC Dana White mahu mengatur satu pertarungan terakhir buat Cormier yang akan bersara tidak lama lagi. Dan petarung yang berada di dalam mindanya ketika ini tidak lain dan tidak bukan adalah Brock Lesnar.

“Pihak UFC mahu Lesnar kembali, yang mana petarung itu juga mahu kembali. UFC bersedia menawarkan pertarungan merebut tali pinggang Heavyweight jika Lesnar kembali.” Ujar wartawan, Ariel Helwani kepada SportsCentre.

Suatu ketika dahulu, Brock Lesnar adalah pemegang tali pinggang juara UFC Heavyweight

“Daniel Cormier, juara Heavyweight juga mahu bertarung dengan Brock Lesnar.”

“Buat masa sekarang, rancangan UFC adalah untuk melangsungkan pertarungan ini pada bulan Ogos nanti, sekitar hujung musim panas untuk merebut kejuaraan Heavyweight. Tiada sebarang perjanjian telah ditandatangan setakat ini tetapi itulah rancangannya.”

Kali terakhir Lesnar bertarung dalam gelanggang UFC adalah pada Julai 2016 dimana beliau membuat kemunculan untuk UFC 200 menentang Mark Hunt.

Namun waktunya bersama UFC diselubungi pelbagai kontroversi kerana kegagalan beliau untuk melepasi ujian dadah. Beliau disahkan positif dadah ketika UFC 200 dan digantung dari bertarung selama setahun.

BACA:  Masvidal Mahu Bantu White Pecahkan Muka Jake Paul