Bruno Fernandes Alami Kesenakan Sejati

Pemain harapan dan tunjang pasukan Manchester United, Bruno Fernandes telah mengalami kesenakan yang sejati selepas ‘adiknya’ dicantas oleh kaki pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta Tanco.

Kejadian ini terjadi ketika separuh masa pertama di perlawanan separuh akhir FA Cup yang menemukan Manchester United dan Chelsea.

Chelsea mara ke final selepas mudah menewaskan Setan Merah 3-1 melalui gol-gol percuma dan gol saguhati Manchester United dijaringkan oleh Bruno Fernandes.

Kekalahan ini telah menamatkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah Manchester United sejak januari. Kali terakhir tewas di kaki Burnley.

Sejak membuat debut untuk Ole Gunnar Solksjaer pada Februari, Bruno Fernandes telah menjadi pemain paling banyak terlibat dalam gol dalam semua kejohanan berbanding pemain Premier League yang lain.

Pemain tengah Portugal itu telah terlibat dalam 17 gol di mana 9 gol dijaringkan dan 8 bantuan gol dicipta.

Dalam perlawanan ini Bruno Fernandes telah dikasari dengan dahsyat sekali oleh Cesar Azpilicueta dalam satu perebutan bola.

Bruno Fernandes cuba mengeluarkan bola namun Cesar Azpilicueta datang dari belakang cuba mencantas bola yang ditendang oleh Bruno.

Malangnya bola suda ditendang maka sasaran Cesar Azpilicueta tersasar lalu mencantas ‘bola’ Fernandes.

Dalam sekelip mata segalanya berubah kelam jadi terang riang jadi duka, lalu menggelupur Bruno Fernandes ke tanah menahan senak.

Dua keperitan yang dinikmati Fernandes dalam perlawanan ini, perit kepada kekalahan dan kesenakan.

Pemain tengah sensasi Manchester United ketika ini, Bruno Fernandes telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Premier League bagi bulan Februari.

Nama penuh anugerah ini adalah EA SPORTS Player of the Month.

Pemain antrabangsa Portugal ini telah membuat debut bersama Manchester Unitd pada 1 Februari 2020 dan terus memberi impak positid sehinggalah liga digantung.

Selepas Premier League kembali bersambung Bruno Fernandes terus cemerlang membantu Manchester United untuk mencatatkan 19 perlawanan tanpa kalah.

Kecemerlangan Bruno Fernandes ini membolehkan beliau sekali lagi dipilih sebagai pemain terbaik Premier League bagi bulan jun.

Pada bulan Mei yang lalu Bruno Fernandes sudah melayakkan diri berada di dalam senarai BBC Premier League Team of the Season selepas hanya 5 perlawanan sahaja.

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Bagaimana Isteri Main Peranan Jaga Stamina Dirinya Di Atas Padang