Bruno Fernandes Beri Penjelasan Ekoran Insiden Beliau Menyuruh Pep Guardiola Diam

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi sangat menarik sejak ketibaan beliau di Old Trafford. Fernandes adalah missing puzzle yang dicari United selama ini.

Pemain midfield Portugis itu menyertai setan merah dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai £47 juta.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia. Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan empat assist dalam sembilan perlawanan bersama United untuk semua pertandingan. Beliau juga menjadi pemain terbaik untuk hampir setiap perlawanan.

Sejak kehadiran pemain Portugis itu, United tidak pernah tewas dalam mana-mana perlawanan. Bermula dari perlawanan menentang Wolves hinggalah ke perlawanan menentang LASK.

Setan merah berjaya memenangi enam dari sembilan perlawanan terakhir mereka sejak kehadiran Bruno dan seri tiga perlawanan. Fernandes berjaya melakukan Invincible untuk United.

Dan dari tujuh perlawanan itu United hanya bolos dua gol dan telah menjaringkan 18 gol. Hebat bukan? Mungkinkah Ole Gunnar Solskjaer sudah menjumpai ramuan untuk membawa United menjuarai Liga Perdana musim depan?

Zaman kejatuhan United kian berlalu pergi. Kini United sudah bangkit dan akan terus menjadi kuasa besar di pentas Eropah. Fernandes memainkan peranan penting untuk perubahan itu.

Kepada yang menganggap penandatanganan Fernandes hanyalah berlebih-lebihan dan pemain itu tidak layak di anggap turning point untuk pasukan United, anda silap. Kehadiran Fernandes sememangnya memberi sinar baru buat United.

Fernandes tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan liga yang paling mencabar dalam bola sepak dunia, beliau membuktikan nilai yang dibayar United berbaloi dengan mempamerkan aksi luar biasa hebatnya dalam setiap perlawanan.

Semalam dalam perlawanan untuk Europa League, Fernandes telah melakukan satu assist yang sangat cantik untuk Odion Ighalo menjaringkan gol puskas.

Sebelum itu lagi Fernandes telah turun beraksi dalam perlawanan Manchester derby yang pertama dalam karier beliau. Fernandes mempamerkan aksi cukup mantap dalam perlawanan itu.

Pemain midfield Portugis itu berjaya melakukan satu assist yang terlalu cantik hingga membuat sesiapa menontonnya berasa kagum dan terpesona.

Sungkitan bijak beliau tepat menemui Martial yang berjaya menjaringkan gol untuk United dalam perlawanan derby menentang City.

Namun bukan aksi genius assist beliau saja yang berjaya mencuri tumpuan pada perlawanan derby itu. Terjadi satu insiden pada babak kedua perlawanan yang memperlihatkan Fernandes menyuruh Pep Guardiola diam dengan memberi isyarat menggunakan jarinya.

Ramai peminat yang perasan dengan tindakan yang dilakukan oleh Fernandes dan hal itu menjadi topik hangat juga di media sosiap para peminat Manchester.

Melihat wira baru pasukan mereka menyuruh pengurus pasukan City diam membuatkan para peminat teruja dan gembira dengan tindakan berani dari Fernandes.

Jika anda terlepas untuk menonton insiden itu boleh tonton di bawah.

Pemain berusia 25 tahun itu pada awalnya tidak mahu menjelaskan mengapa beliau menyuruh Guardiola diam ketika ditanya dalam temu ramah bersama Sky Sport.

Namun selepas itu Fernandes telah menjelaskan kenapa beliau melakukan hal itu kepada Pep. Menurutnya Guardiola telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan yang membuatkan beliau berang.

“Saya ada bercakap tentang hal ini kepada beberapa orang kawan. Ada antara mereka menganggap Pep telah memenangi semuanya, jadi siapa Bruno untuk melakukan hal sebegitu kepadanya? Tetapi saya rasa ini tentang rasa hormat.”

Jelas Fernandes.

“Kini saya sudah berada di luar padang,saya tidak fikir saya akan lakukannya lagi. Tetapi pada ketika itu, kata-kata yang keluar dari mulut dia membuatkan saya marah, dan sejujurnya saya adalah jenis pemain yang sedikit kelam dan gugup ketika beraksi di atas padang.”

“Saya menghormati Pep diatas segala kejayaan yang beliau kecapi dalam dunia bola sepak, beliau juga banyak mengubah mentaliti orang dalam bola sepak, tetapi pada ketika itu dia tidak menghormati saya dan saya rasa dia tidak berhak mendapat penghormatan dari saya ketika itu.”

“Tetapi pada saya itu semua tidak memberi masalah”

Video ini adalah sesi interview Fernandes dan dalam sesi sama beliau ada menyanyikan chant untuk Manchester United.

BACA:  Scholes Hentam Bruno Fernandes Sedap Mengata Kesalahan Orang