Bruno Fernandes Dilabel Sebagai ‘Kuat Mengeluh Dan Merungut’

Pemain tengah perancang Manchester United, Bruno Fernandes telah dilabel sebagai pemain yang ‘kuat mengeluh dan merungut’ di atas padang untuk sepanjang masa permainan.

Jika diamati setiap perlawanan boleh dikatakan sangat tepat dan benar apa yang dilabel ke atas pemain Portugal itu yang sentiasa merungut dan mengeluh meminta ihsan pengadil dan ketika tidak mendapat bola.

Lantaran itu bekas penyerang Chelsea dan Republik Ireland, Tony Cascarino percaya Manchester United terlalu tergesa-gesa untuk menawarkan kontrak baharu kepada Bruno Fernandes.

Pada pandangan, Tony Cascarino, Bruno Fernandes sendiri tidak melakukan apa-apa untuk melayakkan beliau mendapat kontrak lanjutan selain merungut dan mengeluh.

Hos TalkSPORT dan kolumnis Times, Tony Cascarino menyifatkan ia “sangat pelik” bahawaSetan Merah sudah mempertimbangkan untuk meningkatkan gaji yang mereka bayar kepada playmaker berusia 27 tahun itu.

Kontrak semasa Fernandes dilaporkan bernilai £100,000 seminggu, bermakna ramai pemain United memperoleh pendapatan lebih. Laporan dari Portugal mencadangkan perjanjian baharu boleh bernilai £220,000 setiap minggu, peningkatan lebih daripada dua kali ganda.

Bercakap di talkSPORT (melalui laporan Metro), Cascarino berkata:

“Ia adalah satu set keadaan yang sangat pelik di mana anda menawarkan seseorang yang mempunyai baki tiga tahun dalam kontrak mereka dengan kontrak baharu lima tahun.

“Apabila dia mencatat hatrik ketika menentangLeeds pada hari pembukaan musim, anda fikir, ‘Wah, ini akan menjadi musim untuk United.’ Dia mengecewakan saya.”

“Dia seorang yang berbakat, tetapi dia sentiasa melambai-lambaikan tangannya. Rasanya seperti dia mengeluh dan merungut tentang pasukannya sepanjang masa dalam permainan.”

Sudah pasti banyak yang perlu dikeluhkan di Old Trafford musim ini. Setan Merah tidak dapat mencabar di mana-mana bahagian walaupun terdapat tiga pemain power yang didatangkan pada musim panas iaitu Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan Raphaël Varane.

Mereka menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana dan telah tersingkir daripada semua pertandingan piala. Pertahanan, tengah dan serangan langsung tidak menakutkan.

Tony Cascarino menambah lagi, semua pemain melakukan gerak isyarat di padang jika rakan sepasukan dikasari atau keputusan pengadil berat sebelah, Roy Keane melakukannya.

“Jangan salah faham, Roy Keane juga melakukan perkara itu, tetapi dia tidak melambai-lambai tangannya.”

“Tetapi saya akan berasa sangat mengjengkelkan apabila seorang pemain mengabaikan permainan dan terlibat dalam masalah lain semasa permainan berlangsung.

“Saya tidak fikir mereka harus menawarkan dia kontrak lagi. Jika dia sampai ke peringkat di mana dia bermain seperti Bruno Fernandes yang pertama kali tiba di kelab, pada tahun depan saya akan berkata ‘ya’ kepada kontrak baru . Bukan sekarang.”

Roy Keane melakukan bantahan bukan mengeluh apabila keputusan pengadil tidak menyebelahi dan dilakukan pada masa yang tepat bukan ketika permainan masih lagi berjalan.

Ralf Rangnick bakal memberi laluan kepada pengurus baharu pada musim panas ini, satu tempoh masa masa yang pelik bagi kelab itu untuk merundingkan kontrak lumayan untuk pemain yang tidak mencapai tahap standard mereka musim ini.

Bruno Fernandes telah menjadi salah seorang pemain United yang bagus prestasinya, tetapi dia hanya menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan musim ini.

Musim lalu, Bruno Fernandes menjaringkan 18 gol dalam liga sahaja dan secara keseluruhannya telah menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan.

Ada yang berpendapat bahawa Bruno adalah masalah Manchester United dan menganggap Bruno seorang pemain yang bagus tetapi bukan pemain yang hebat.

Bruno Fernandes berada dalam kelas dunia kalau bab mengeluh. Tak boleh bawa bincang

BACA:  Tidak Puas Hati Dengan Pengadil, Pepe Suruh Bagi Piala Dunia Kepada Argentina