Bruno Fernandes Diundi Peminat Sebagai Pemain Terbaik Manchester United Musim Ini

Pemain yang paling boleh diharap Manchester United menepati ramalan apabila diundi sebagai pemain terbaik kelab pilihan penyokong sekaligus berjaya meraih trofi Sir Matt Busby Player of the Year.

Trofi yang dipersembahkan oleh Adidas itu berjaya dirangkul kali pertama oleh Bruno musim lalu walaupun hanya mula menyertai pasukan Syaitan Merah tersebut pada bulan Januari, menyingkirkan wonderkid Anthony Martial dengan beza 1.5 peratus undian sahaja.

Antara pemain yang pernah memenangi anugerah ini adalah Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan David De Gea.

Pada tahun ini, menerusi undian penyokong dari 200 negara, Bruno menyingkirkan Luke Shaw dan Edinson Cavani, masing-masing di tangga kedua dan ketiga, selepas mendapat 63 peratus undian.

Melengkapkan tempat lima teratas adalah Mason Greenwood dan Marcus Rashford, dengan masing-masing di tangga keempat dan kelima.

Pada musim ini Bruno tampil sangat cemerlang di mana setakat ini dia telah menjaringkan 18 gol dalam kempen liga, 9 gol dalam kempen Eropah โ€“ Liga Juara-Juara dan juga Liga Europa(jangan gelak), serta satu jaringan menerusi tendangan percuma yang cantik dalam kempen Piala FA menentang Liverpool.

Dari segi bantuan gol pula, Bruno telah merekodkan 11 kali bantuan dalam liga dan 5 kali di pentas Eropah. Rekod ini menjadikannya sebagai pemain tengah yang paling kreatif dan produktif dalam era Premier League, memecahkan rekod yang dipegang Frank Lampard yang dicipta dalam musim terbaiknya ketika memakai jersi Chelsea.

Dalam liga juga Bruno telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan sebanyak 12 kali, dengan Cavani berada di tangga kedua sebanyak 5 kali.

Power, bukan?

Lagi pula, pemain berusia 26 tahun selalunya akan memakai lilitan ketua pasukan sekiranya kapten Harry Maguire tidak diturunkan oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Nak cerita betapa Bruno ni mantap yang amat, dia juga merangkul anugerah pemain terbaik bulanan Premier League pada bulan November dan Disember, selain dicalonkan pada bulan Oktober dan Februari.

Walaupun bahagian kedua liga, pada tahun ini, Bruno dilihat kurang menjaringkan gol dan agak cepat emosi ketika di atas padang, dia selalu melakukan gerakan yang berbahaya dan membantu pasukannya menjana serangan ke pintu gol lawan.

Tapi tu lah, rakan sepasukan dia tu bernama Marcus Rashfordโ€ฆ.

Musim cemerlang Bruno ini pasti akan lebih lengkap sekiranya dia berjaya membawa pasukannya bergelar juara Liga Europa menentang Villareal di Gdansk nanti.

Buat masa ini, pemain berasal dari Portugal ini sedang dalam proses rundingan kontrak baru bersama United dan dia dikatakan mempunyai suara dalam menentukan pembelian pemain baharu nanti.

Dengar cerita Bruno dah ada pilihannya untuk pemain baru nanti. Kita tunggu tengok la siapa nanti ya. Harap ada la pemain Malaysia sorang yang jadi pilihan dia.

Manchester United membayar ยฃ47 juta untuk mengesahkan khidmat pemain Portugal itu pada Januari 2020 dan segera memberikan impak positif kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer.

Hanya beraksi di dalam lima perlawanan pada musim lalu, Bruno Fernandes sudah melayakkan diri berada di dalam senarai BBC Premier League Team of the Season.

Selepas pemain tersebut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Premier League bagi bulan Februari 2020, BBC turut menyenaraikan pemain itu di dalam kesebelasan terbaik mereka bersama-sama Jordan Henderson dan Kevin de Bruyne.

Henderson disertai oleh ramai rakan sepasukan yang lain dari Liverpool seperti Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Andy Robertson, Sadio Mane dan juga Mo Salah.

Ini cerita musim lepas sebab tu ramai pemain Liverpool, tahun ni ada ke tak?

Baca Juga

Baca Juga