Bruno Fernandes Laung Amaran, Manchester United Sapu Semua Piala Musim 2022/23

Perancang tengah berkelas dunia Manchester United, Bruno Fernandes telah mendedahkan matlamat yang ingin dicapai oleh pasukannya pada musim 2022/23.

Di mana Bruno Fernandes melaungkan amaran kepada lawan mereka bahawa Red Devils akan terus memenangi kesemua trofi kejuaraan bersama Erik Ten Hag.

Ini bermakna Manchester United akan berjaya menamatkan musim 2022/23 dengan quadruple. Mereka bertanding dalam 3 trofi domestik dan 1 pertandingan Eropah iaitu Liga Europa.

Ini bukan pertama kali Bruno Fernandes melaung amaran kepada lawannya. Tetapi kali ini dia benar benar serius.

Musim lalu adalah musim yang buruk untuk Manchester United. Di Mereka gagal memenangi walaupun satu trofi kejuaraan dan hanya mampu menamatkan saingan di tempat keenam dalam kedudukan akhir EPL.

Pada musim panas ini, United suda memulakan proses untuk memperbaiki diri mereka. Kelab yang paling diminati ramai itu telah melantik pengurus baharu, Erik Ten Hag sebagai pengurus mereka pada musim 2022/23.

Bruno Fernandes sangat bersemangat tentang era baru Manchester United. Dia mahu setan merah terus mencapai kejayaan segera bersama Ten Hag.

Fernandes tidak mahu ‘bermain selamat’ atau play safe ketika meletakkan sasaran yang mesti dicapai oleh Manchester United pada musim 2022/23.

Playmaker itu berkata bahawa Red Devils perlu melakukan segala yang mereka mampu untuk memenangi semua piala yang mereka sertai.

“Walau apa pun liga atau pertandingan yang kami hadapi, kami perlu memenangi setiap trofi yang ada,” katanya kepada O Jogo.

Fernandes optimis United boleh memenangi semua trofi yang mereka ikuti musim depan.

Dia optimis dengan bimbingan Ten Hag, Red Devils boleh menamatkan kemarau panjang mereka untuk memenangi trofi. Namun dia meminta peminat bersabar dengan proses yang dilalui pasukannya.

“Kami tak menang sebarang piala sejak beberapa tahun lalu, tetapi kami akan mencuba [memenagi] semua pertandingan.”

“Ini projek baharu. Kami memulakan segala-galanya dari awal, dan kami perlu memberi masa supaya apa yang kami lakukan membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Nampaknya peminat peminat Man United sudah tak sabar sabar berarak di hadapan Old Trafford sekali lagi, hari hari macam ni letih la siall, ni apa benda ni hanat…

Dalam temuramah yang sama Fernandes yakin Cristiano Ronaldo akan terus kekal dan terus menjadi kunci kepada kejayaan Manchester United.

Manchester United sendiri kini sedang mengadakan sesi pramusim. Mereka berlatih seminggu lebih awal daripada kebanyakan pasukan Liga Perdana Inggeris lain bukti betapa seriusnya mereka mahu memburu piala musim akan datang. Pasukan lain hanyalah layak mendapat sijil penghargaan ataupun set buku nota.

Minggu depan mereka akan memulakan lawatan pramusim mereka ke Asia dan Australia. Sudah tentunya peminat mereka sudah tak sabar melihat United berwajah baru.

Bruno Fernandes seringkali dianggap nadi pencetus kebangkitan Manchester United ketika dia tiba di kelab itu.

Dia diberikan kontrak baharu musim lalu selepas aksi cemerlangnya sejak tiba di kelab tersebut.

Namun harus diakui musim lalu bukan musim terbaiknya. Tetapi itu bukan bermakna zaman kegemilangannya di Unite sudah berakhir. Silap besar kepada mereka yang beranggapan sebegitu.

Bruno Fernandes pasti akan menjadi pemain penting Ten Hag. Malah dipertimbangkan untuk calon kapten Manchester United jika Maguire tidak menjadi kapten.

Manchester United masih memburu beberapa sasaran mereka dalam jendela perpindahan kali ini untuk memperkuatkan pasukan mereka.

Manchester United dikaitkan dengan nama nama seperti Frenkie De Jong, Timber, Pau Torres dan juga Antony.

Mereka juga dikatakan sudah semakin hampir mendapatkan Tyrel Malicia. Di mana United berjaya menyailang Lyon dalam usaha mendapatkan pemain tersebut.

BACA:  Peminat Mahu Bruno Jadi Kapten Ganti Lord Maguire Selepas Video Ini