Bruno Fernandes Maki Hamun Fred Dan Telles Kerana Terlalu Asyik Merakam Video

Bruno Fernandes dirakam telah menjerit memaki hamun rakan sepasukannya, supaya berhenti bermain-main dan beri tumpuan kepada bola sepak.

Video rakaman Bruno Fernandes memaki hamun pemain midfield, Fred dan pemain full-back, Alex Telles tular di media sosial pada ketika ini dengan para peminat hangat membincangkan tentang hal tersebut.

Fred dan Telles dilihat merakam video di pusat latihan Manchester United dan tindakan kedua-dua mereka itu sepertinya tidak disenangi oleh Bruno Fernandes.

Fernandes melihat duo tersebut sedang asyik merakam video dengan beliau kemudiannya terus menjerit ke arah kedua-dua pemain itu.

“Kau datang sini untuk main bola sepak, bukan untuk buat filem.”

Selepas Fernandes teruk memaki hamun Fred dan Telles, bintang Portugal itu kemudiannya menyatakan bahawa:

“Rakam bebird aku lah.”

Fred yang masih terkejut selepas teruk dimaki hamun kemudiannya menyatakan bahawa:

“Kau sabar lah sikit f****r!”

Walau bagaimanapun, semua insiden itu sebenarnya hanyalah gurauan mesra kesemua mereka dengan Telles ketika itu sedang merakam iklan bersama syarikat agensi marketing dari Brazil, O Clube Football.

Pemain full back itu merakam video berjudul ‘A day in the life’ yang mana ia merakam segala kegiatan seharian Telles yang tidak diketahui oleh peminat sebelum ini.

Perbualan antara Fernandes bersama mereka bermula ketika Telles tiba di padang latihan bersama bintang Brazil, Fred.

Para peminat tertarik dengan komen dari Bruno Fernandes itu dengan mereka berharap insiden itu benar-benar menjadi kenyataan.

Ada juga peminat di media sosial yang terpedaya dengan lakonan mereka itu dan menganggap ia sememangnya benar-benar berlaku di pusat latihan Man Utd.

“Tak ada orang lain yang lebih memerlukan rehat musim panas ini berbanding Fernandes, dia nampak betul-betul sedang tertekan.”

“Walau ada yang kata ini hanya gurauan, tapi kenyataan dari Bruno Fernandes sudah cukup untuk sempurnakan hari saya pada hari ini.”

“Saya rasa dulu Fernandes memang pernah marah Fred dan Telles kerana mereka bermain-main di padang latihan.”

“Saya rasa dengan melihat video ini sahaja kita sudah boleh tahu siapa calon ketua pasukan sebenar.”

“Tak ada orang lain yang lebih layak untuk memimpin skuad kita selain Bruno Fernandes.”

Alex Telles menyertai Manchester United dari Porto pada tahun 2020 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £15.4 juta.

Beliau di bawa masuk untuk memberi saingan kepada Luke Shaw dengan bintang England itu juga berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaiknya pada awal ketibaan Telles sebelum ini.

Pemain kebangsaan Brazil itu hanya mampu mendapatkan minit permainan ketika Luke Shaw mengalami kecederaan atau kadang kala beliau turut diberi peluang untuk dimasukkan sebagai pemain gantian.

Sehingga hari ini, Telles telah membuat 50 penampilan untuk skuad setan merah dengan menjaringkan satu gol sepanjang tempoh tersebut.

Satu-satunya gol yang mampu Telles jaringkan adalah ketika aksi bertemu Villarreal dalam saingan Champions League pada September tahun lalu.

Telles bersama rakan sepasukannya pada ketika ini sangat berharap akan mampu menghadapi saingan musim baru nanti dengan lebih baik berbanding musim lalu.

Manchester United pada ketika ini sedang sangat berharap untuk kembali menjadi kuasa besar dalam saingan bola sepak Eropah dan mereka percaya Ten Hag akan mampu merealisasikan hal tersebut.

Pengurus dari Belanda itu bakal berdepan tugas yang sangat berat dengan beliau perlu menerapkan falsafah sendiri untuk membina skuad baru setan merah di bawah kendaliannya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Bukan Tempat Yang Sesuai Untuk Declan Rice