Bruno Fernandes Palau Ronaldo Di Kem Skuad Portugal?

ronaldo fernandes

Satu video telah tersebar hari ini di kem skuad kebangsaan Portugal yang memperlihatkan seolah-olah Cristiano Ronaldo telah dipalau oleh Bruno Fernandes dalam satu situasi yang agak dingin dan kekok.

Persepsi pelbagai timbul dari video ini hanya disebabkan oleh temuramah berskala letupan yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo bersama Piers Morgan.

Pada isnin semua pemain 32 pasukan yang sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 akan berkumpul untuk persediaan akhir sebelum bertolak ke Qatar.

Portugal tidak terkecuali untuk mengumpul 26 pemain yang telah terpilih dan merakamkan detik ketibaan para pemain dan telah memuat naik video itu dilaman rasmi mereka.

โ€œ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐˜† ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—˜๐—ฅ ๐—ข๐—ก๐—˜ ? ๐ŸŽฎ ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง โ–ถโ€

โ€œThe World starts here! #VesteABandeira #WearTheFlagโ€

Cristiano Ronaldo sudah tiba lebih awal dan sudah berada dalam bilik persalinan, kemudian Bruno Fernandes tiba dan memasuki bilik persalinan itu.

Bruno Fernandes tiba dan memegang lengan Ronaldo sambil berjalan melepasinya untuk meletakkan begnya di dalam loker di sebelahnya sebelum cuba berpaling untuk menghadap seluruh bilik persalinan.

Ronaldo telah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Bruno Fernandes, Ronaldo terpaku ketika menghulurkan tangan seperti tidak disedari Fernandes yang kemudiannya menyambut tangan Ronaldo.

Situasi yang sedikit kekok ini telah menjadi bualan peminat bola sepak dunia. Kedua-duanya berbual ringkas sebelum Bruno berpaling untuk menyambut ahli skuad yang lain.

Tanggapan negatif mula hadir yang menyatakan Ronaldo di palau Fernandes dan Ronaldo pula kelihatan sedikit terkesima. Mungkin langsung tiada apa yang terjadi antara mereka.

Namun tidak bagi sesetengah peminat yang masih marah dengan kenyataan mengejut dikeluarkan oleh Cristiano Ronaldo.

Pengurus Manchester United, Erik Ten Had dan barisan pemainnya termasuklah Bruno Fernandes dilaporkan kecewa teruk dengan perangai buruk yang terkini dari Cristiano Ronaldo yang sangat tidak kena pada masanya.

Cristiano Ronaldo tidak dapat beraksi untuk perlawanan menentang Fulham atas alasan tidak sihat namun benda lain pula dilakukannya ketika perlawanan berlangsung.

Menurut laporan daripada ketua wartawan Sky Sports dan juga Sky Sports News, Kaveh Solhekol melalui ciapannya di Twitter menyatakan Erik Ten Hag dan pemain hanya mengetahui perbuatan Ronaldo itu ketika bersedia untuk penerbangan pulang dari London.

Untuk menyatakan bahawa Bruno Fernandes dan Ronaldo bergaduh mungkin tidak terjadi tetap cukup untuk mewujudkan satu suasana yang kekok seperti dalam video itu.

Masalah antara Ronaldo dan kelab mungkin boleh diketepikan ketika Piala Dunia bakal menjelang dalam tempoh beberapa hari lagi dan tidak mungkin mereka akan membawa masalah di kelab ke skuad Portugal.

Skuad Rasmi Piala Dunia 2022 โ€“ Portugal

Akhirnya Fernando Santos telah membuat keputusan untuk memilih 26 pemain yang akan mewakili skuad Portugal di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Seperti Perancis, Portugal juga mempunyai kedalaman skuad atau squad depth yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia dan pasti memeningkan kepala pengurus untuk membuat pilihan.

Fernando Santos telah memanggil 26 pemain untuk fasa penentu Piala Dunia di mana Portugal berada dalam Kumpulan H, bersama Ghana, Uruguay dan Korea Selatan.

Penjaga Gol:

Diogo Costa (Porto)
Rui Patricio (Roma)
Jose Sa (Wolverhampton Wanderers)

Pertahanan:

Joao Cancelo (Manchester City)
Diogo Dalot (Manchester United)
Pepe (Porto), Ruben Dias (Manchester City)
Danilo Pereira (Paris Saint-Germain)
Antonio Silva (Benfica)
Nuno Mendes (Paris Saint-Germain)
Raphaรซl Guerreiro (Borussia Dortmund)

Tengah:

William Carvalho (Real Betis)
Ruben Neves (Wolverhampton Wanderers)
Joรฃo Palhinha (Fulham)
Bruno Fernandes (Manchester United)
Vitinha (Paris Saint-Germain)
Otavio (Porto)
Matheus Nunes (Wolverhampton Wanderers)
Bernardo Silva (Manchester City)
Joao Mario (Benfica)

Penyerang:

Cristiano Ronaldo (Manchester United)
Joao Felix (Atletico Madrid)
Rafael Leao (AC Milan)
Ricardo Horta (Braga)
Andre Silva (Red Bull Leipzig)
Goncalo Ramos (Benfica)

BACA:ย  Thierry Henry Menegaskan Yang Hanya Ada Seorang Sahaja 'Ronaldo' Dalam Dunia Bola Sepak