Bruno Fernandes: Pemain Terbaik Premier League Bulan Februari

Pemain tengah sensasi Manchester United ketika ini, Bruno Fernandes telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Premier League bagi bulan Februari.

Nama penuh anugerah ini adalah EA SPORTS Player of the Month.

Pemain antrabangsa Portugal ini telah membuat debut bersama Manchester Unitd pada 1 Februari 2020 dan terus memberi impak positid sehinggalah liga digantung.

Bruno Fernandes membuka mata ramai dalam perlawanan pertama menentang Wolverhampton Wanderers yang berakhir seri tanpa jaringan.

Perlawanan menentang pasukan perempuan simpanan, Chelsea, Bruno Fernandes membuktikan kehebatan dengan mencipta assist dalam kemenangan 2-0.

Bruno Fernandes meneruskan permainan cemerlang ketika menewaskan Watford 3-0 dengan satu gol dan satu assisst.

Perlawanan menentaang Watford dianggap Bruno Fernandes sebagai hari yang istimewa.

Pemain harapan Manchester United ini telah menewaskan 5 calon yang lain untuk anugerah ini.

Mereka adalah:

1. Marcos Alonso – Chelsea

2. Pierre-Emerick Aubameyang – Arsenal

3. Dominic Calvert-Lewin – Everton

4. Matt Doherty – Wolverhampton Wanderers

5. Nick Pope – Burnley

Permulaan Idaman

Bercakap selepas mengambil anugerah ini, Bruno Fernandes menanggap prestasinya bersama Manchester United sebagai permulaan yang menjadi idaman.

β€œSejak kecil lagi aku telah berimpian untuk bermain bersama Manchester United dan berada di Old Trafford adalah impian terbesar dalam karier aku.”

β€œBila kau sampai ke kelab baru kau sentiasa mahu jaringkan gol dan gol pertama sangat istimewa.”

β€œTak kisahlah bagaimana gol itu dijaringkan, apa yang penting adalah gol itu sangat berbaloi.”

β€œAku gembira dengan permulaan ini dan sekarang aku perlu berikan lebih lagi untuk menjadi yang terbaik.”

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia.

Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Impak Bruno Bersama Setan Merah

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi sangat menarik sejak ketibaan beliau di Old Trafford. Fernandes adalah missing puzzle yang dicari United selama ini.

Pemain midfield Portugis itu menyertai setan merah dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai Β£47 juta.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia.

Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan empat assist dalam sembilan perlawanan bersama United untuk semua pertandingan. Beliau juga menjadi pemain terbaik untuk hampir setiap perlawanan.

Sejak kehadiran pemain Portugis itu, United tidak pernah tewas dalam mana-mana perlawanan. Bermula dari perlawanan menentang Wolves hinggalah ke perlawanan menentang LASK.

Setan merah berjaya memenangi enam dari sembilan perlawanan terakhir mereka sejak kehadiran Bruno dan seri tiga perlawanan. Fernandes berjaya melakukan Invincible untuk United.

Dan dari tujuh perlawanan itu United hanya bolos dua gol dan telah menjaringkan 18 gol. Hebat bukan?

Mungkinkah Ole Gunnar Solskjaer sudah menjumpai ramuan dan formula untuk membawa United menjuarai Liga Perdana musim depan?

Senarai Pemenangan EA SPORTS Player of the Month Musim 2019/20

Pemain Norwich City, Teemu Pukki yang namanya menjadi igauan setiap lelaki menjadi pemain pertama memenangan anugerah EA SPORTS Player of the Month musim 2019/20 bagi bulan Ogos.

Ketika ini Premier League telah ditangguhkan sehingga april kerana penularan Coronavirus yang melanda dunia.

Bruno Fernandes mungkin menjadi pemain terakhir memenangi anugerah bagi musim ini jika Pandemic ini berterusan.

Senarai Pemenangan EA SPORTS Player of the Month Musim 2019/20:

Ogos: Teemu Pukki – Norwich City

September: Pierre-Emerick Aubameyang – Arsenal

Oktober: Jamie Vardy – Leicester City

November: Sadio Mane – Liverpool

Disember: Trent Alexander-Arnold – Liverpool

Januari: Sergio Aguero – Manchester City

Februari: Bruno Fernandes – Manchester United

BACA:Β  Bruno Fernandes Meniru Sepakan Penalti Unik Dan Aneh Jorginho?