Bruno Fernandes Remaja Yang Gagal, Kini Namanya Meniti Di Bibir Setan Merah

Bruno Fernandes nama yang sangat sensasi ketika ini dikalangan peminat Manchester United kerana membawa sinar harapan yang sudah lama malap di Old Trafford.

Mungkin masih awal untuk menobatkan Bruno Fernandes sebagai satu pembelian yang berbaloi tetapi impak yang di bawa hingga kini sangat padu.

Impak segera diberikan Bruno Fernandes sejak perlawanan pertama lagi dan berterusan ke hari ini.

Pemain Portugal ini juga telah disebut-sebut sebagai pembelian paling berbaloi selepas era Sir Alex Fereguson.

Untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti hari ini bukanlah mudah buat Bruno Fernandes.

Ketika remaja, Bruno Fernandes adalah pemain yang gagal tapi apa yang penting bukanlah kegagalan di alami tetapi bagaimana Bruno Fernandes kembali bangkit.

Pemain akademi yang gagal

Fernandes lahir di Maia, Metropolitan Area of Porto, Fernandes dan karier bola sepak ketika remaja banyak dihabiskan bersama pasukan tempatan Boavista FC.

Tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkan beliau gagal di mata kelab lamanya Boavista di Portugal.

Bruno menyertai mereka dari muda, di peringkat akademi. Apabila usianya semakin dewasa, Bruno Fernandes diberitahu bahawa beliau tidak layak untuk diserap masuk ke pasukan senior.

Bruno tidak pasti kenapa beliau gagal untuk menambat hati kelabnya itu. Luluh dan remuk hati Bruno Fernandes ketika itu.

Bruno Fernandes mendapat tahu Boavista mahu melepaskannya ke pasukan lain.

Berkelana ke Novara Calcio

Akhirnya pada On 27 August 2012 Bruno Fernandes dijual ke Novara Calcio, kelab kecil di Itali. Beliau menyertai pasukan tersebut sebagai pemain remaja.

Di mata kelab Novara Calcio, Bruno Fernandes sangat istimewa dan mereka nampak potensi pada pemain muda itu.

Fernandes terus diserapkan ke dalam pasukan utama kerana kualiti yang ada padanya. Fernandes sangat cepat matang di dalam permainannya.

Ketika di Novara, Fernandes sangat cemerlang dan terpilih mewakili pasukan remaja dan peringkat belia Portugal.

Pada usianya yang sangat muda, Fernandes menjadi pemain utama Novara di Serie B sepanjang musim 2012/13.

Udinese mengesan bakat beliau dan menawarkan beliau kontrak. Fernandes tidak menoleh ke belakang lagi dan beliau mencatatkan 11 gol, 13 assist dalam 95 perlawanan.

Beliau bersama Udinese selama 3 musim.

Ruginya adalah Boavista yang melepaskan beliau terlalu awal satu ketika dahulu, kerana ternyata Bruno Fernandes memiliki nilai harga yang cepat naik.

Jika tidak dilepaskan mungkin Bruno Fernandes tidak akan menjadi seperti hari ini.

Namun selepas itu, beliau tidak sehaluan dengan pengurus Udinese dan dipinjamkan ke Sampdoria.

Semusim di Sampdoria, Fernandes ditawarkan kontrak oleh Sporting Lisbon pada 2017. Ini selepas aksi cemerlang beliau dalam kejohanan Euro B-21 pada 2017.

Beliau tidak berlengah untuk menyertai salah sebuah pasukan terbesar di Portugal dan dikenali di Eropah itu.

Membuka Mata Dunia dan Memikat Hati Ole

Sporting Lisbon mendapatkan Bruno Fernandes dan memasukkan klausa pelepasan €100 juta.

Dari situ karier beliau terus mekar mewangi dan menjadi pemain utama kebangsaan Portugal.

Beliau kemudian dilantik menjadi kapten Sporting Lisbon dan mulai dikaitkan dengan pasukan pasukan elit Eropah.

Fernandes akhirnya berjaya berpindah ke Manchester United pada Januari 2020. Beliau memeterai perjanjian dengan nilai perpindahan sekitar €65 juta termasuk bonus.

Selepas 135 perlawanan bersama Sporting Lisbon, Bruno Fernandes mencatatkan 63 gol dan 51 assist daripada posisi pemain tengah.

Beliau menyatakan, legenda Man United, Cristiano Ronaldo sebagai antara individu yang banyak mempengaruhi beliau di dalam perpindahan.

Selain daripada kehebatan beliau sebagai pemain yang prolifik, Bruno Fernandes juga dikenali dengan kepimpinan beliau di atas padang.

Menjadi kapten Sporting Lisbon pada usia yang sangat muda. Fernandes juga menjadi pemain penting bagi pasukan negaranya.

Jadi tidak hairanlah kalau Ole Gunnar Solskjaer terbayang kelibat Paul Scholes dan Veron apabila melihat aksi Bruno Fernandes di atas padang.

BACA:  Scholes Hentam Bruno Fernandes Sedap Mengata Kesalahan Orang