Bruno Fernandes Semakin Hampir ke Manchester United

Manchester Unired dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Sporting CP bagi mendapatkan Bruno Fernandes dan menjadi pemain pertama diikat pada jendela perpindahan januari.

Perpindahan Bruno Fernandes yang sentiasa tertangguh ini melibatkan harga sebanyak £68 termasuka Klausa dan syarat tambahan.

Selepas beberapa kali dilaporkan perpindahan akan selesai dalam tempoh 48 jam sejak hujung tahun lalu, Bruno Fernandes tak kunjung tiba.

Pembelian ini hampir saja terbatal selepas beberapa syarat tambahan yang diletakkan Manchester United ditolak kerana tidak masuk akal.

Namun ketika jendela perpindahan hampir tamat perjanjian ini kembali menjadi serius dan hati peminat Setan Merah terus menjadi satu permainan.

Bruno Fernandes merupakan pemain kebangsaan Portugal yang menjadi rebutan banyak pasukan di seluruh dunia termasuk Real Madrid.

Sebelum ini kelibat kelibat Bruno Fernandes dilihat berada di perkarangan Manchester United dan kelibat itu dirakam namun tiada pengesahan bahawa itu adalah Bruno.

Lebih menarik lagi pada ketika itu ejen kepada pemain itu telah mengetik like pada tweet oleh legenda Manchester United, Rio Ferdinand yang menjerit: Brunoooo!

Dan harapan kembali menjelma, namun selepas beberapa belas kali 24 jam tiada khabar berita sehinggalah hari ini.

Baca Juga

Baca Juga