Bruno Fernandes Yakin EPL Musim Ini Milik Setan Merah: ‘This Year Is Our Year’

Bintang sensasi dan paling power di Manchester United, Bruno Fernandes percaya bahawa pasukannya Manchester United akan menjadi juar EPL pada musim ini.

Ini kerana Man United memiliki segala ramuan dan formula untuk bergelar juara di bawah kendalian ayahanda Ole Gunnar Solskjaer.

Sejak menyertai Red Devils, Bruno Fernandes ibarat penyelamat kepada kelab. Membantu kelab Setan Merah naik dan memberikan impak di atas padang.

Selain daripada kreatif, Bruno Fernandes juga pemain yang tajam di hadapan gol.

Penalti lonjakan kijangnya menjadi mimpi ngeri kepada mana mana penjaga gol di Eropah.

Fernandes mengakui dia kecewa gagal membantu pasukannya mara ke kalah mati UCL musim ini.

Namun fokus kini adalah Liga Perdana Inggeris yang menjadi impiannya bersama dengan Red Devils.

Fernandes dikurniakan dengan satu lagi trofi Pemain Terbaik Bulanan EPL bagi November. Beliau gembira dengan trofi itu namun katanya, kegembiraan sebenar adalah apabila dia berjaya mendakap Liga Perdana Inggeris.

Ketika berucap selepas menerima trofi itu, pemain berkad pengenalan Portugal itu berkata:

“Bukan senang untuk memenangi salah satu daripada trofi (pemain terbaik EPL) ini, jadi saya sangat bangga memiliki yang ketiga.”

“Tetapi saya hanya akan menjadi sangat gembira ketika saya memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Itu adalah tujuan utama saya datang ke England, datang ke kelab yang begitu besar ini, iaitu memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Dan saya rasa pasukan kami berpeluang untuk melakukannya.”

Kali terakhir Manchester United menang Liga Perdana Inggeris adalah pada musim 2012/13.

Fernandes melaung keyakinan bahawa mereka akan menamatkan penantian itu, tanpa perlu menunggu 30 tahun lamanya.

Pada hari ini, Manchester United akan berhadapan dengan pasukan Manchester City yang juga merupakan calon juara Liga Perdana Inggeris.

Baca Juga

Baca Juga