Bruno Tampil Membela Ronaldo Yang Dituduh Terdesak Claim Gol

Bruno Fernandes tampil untuk membela Cristiano Ronaldo yang telah dituduh sangat terdesak untuk claim gol pembukaan Portugal yang akhirnya diberikan kepada Bruno Fernandes selaku penjaring.

Pemain perancang Portugal itu menyatakan dia menyangka Cristiano Ronaldo telah menanduk masuk hantaran lintangnya itu dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lusail.

Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo meraikan gol itu dan niat sebenar Bruno melakukan hantaran itu sememangnya untuk mencari kepala Ronaldo dan misinya berjaya.

Becakap selepas perlawanan Bruno Fernandes mengakui bahawa dia sendiri pun tidak tahu milik siapakah gol tersebut dan meraikannya kerana menyangka Ronaldo adala penjaring.

β€œSaya meraikan [gol] seolah-olah ia adalah gol Cristiano.” kata Fernandes.

β€œSaya nampak dia telah menyentuh bola. Matlamat saya adalah untuk menyilangkan bola untuknya.

Bruno Fernandes langsung tidak kisah siapa yang menjaringkan gol kerana yang teramat penting Portugal sudah lepas peringkat kumpulan mencapai matlamat pasukan.

Ronaldo sebagai kapten pasti meletakkan pasukan negara di hadapan berbanding rekod dan keinginan peribadi.

β€œKami gembira dengan kemenangan tanpa mengira siapa yang menjaringkan gol.”

β€œPerkara yang paling penting ialah kami mencapai matlamat kami iaitu untuk berada di pusingan seterusnya.”

Buat masa ini sekurang-kurangnya, gol itu telah dikreditkan kepada Bruno Fernandes yang kini telah mencatatkan dua gol dan dua bantuan untuk pemenang Euro 2016 di Qatar.

Dan apabila ditanya sama ada dia tahu siapa yang menjaringkan gol pembukaan, jurulatih Fernando Santos juga tidak dapat menjelaskan identiti penjaring itu.

β€œSaya rasa ia perlawanan yang hebat, Dua kemenangan dari dua perlawanan itulah saya mahukan dari pasukan.” kata Santos.

β€œPasukan kami bermain dengan sangat baik dan selebihnya, bagi saya, tidak penting.”

Matlamat pasukan telah pun dicapai dengan begitu selesa maka siapa penjaring bukanlah satu perkara yang penting lagi bagi Bruno dan Santos serta Ronaldo.

Jelas Ronaldo juga tidak ambil pusing perkara itu apabila kelihatan sangat gembira selepas melihat Bruno Fernandes menjaringkan gol kedua dari bangku simpanan.

Bruno Fernandes telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan apabila telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini yang merupakan dua gol pertama Bruno di pentas keagungan Piala Dunia.

Prestasi menakjubkan dipamerkan oleh Bruno Fernandes setakat ini dengan dua gol dan dua assist yang telah dicipta ketika perlawanan menentang Ghana.

Portugal 2-0 Uruguay

Bruno Fernandes menjaringkan kedua-dua gol ketika Portugal mengesahkan tempat 16 terakhir Piala Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di Stadium Lusail.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal berjaya membalas dendam kekalahan 2-1 kepada Uruguay dalam pusingan 16 terakhir pertandingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Peluang tidak dicipta tidak berjaya diterjemah dengan percubaan tepat apatah lagi jaringan selepas setengah jam pembukaan, dengan kedua-dua pasukan gagal untuk percubaan tepat.

Tendangan voli William Carvalho terlalu tinggi selepas Ronaldo melakukan assist gila dengan bahu, manakala Jose Gimenez menghantar tandukan gelembung buaya melepasi palang.

Percubaan tepat dalam permainan hadir pada minit ke-32 hampir menjaringkan salah satu gol terbaik kejohanan apabila Rodrigo Bentancur memulakan larian dari bawah melepasi pertahanan Portugal.

Tetapi penyudah pemain tengah Uruguay itu mengecewakan, di mana dia merembat tepat ke arah Diogo Costa begitu saja.

La Celeste menyasarkan untuk menjadi negara pertama yang mencatat rekod enam perlawanan tanpa bolos berturut-turut dalam peringkat kumpulan Piala Dunia, tetapi mereka diberi amaran apabila percubaan Joao Felix terkena jaring tepi pada minit ke-51.

Pada minit ke-54 Portugal akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan selepas hantaran silang cantik telah ditanduk masuk oleh Cristiano Ronaldo.

Ketika Ronaldo meraikan sakan jaringan itu, entah sedar atau tidak jaringan telah diberikan kepada Bruno Fernandes dan assist kepada Raphael Guerreiro.

Ronaldo langsung tidak menyentuh bola tersebut ketika cuba menanduk dan bola terus masuk tetapi jika Ronaldo tidak melonjak naik pasti mudah untuk Sergio Rochet Alvarez menyelamatkan bola.

Ini merupakan gol pertama Bruno Fernandes di pentas Piala Dunia untuk Portugal.

Uruguay sedaya upaya untuk kembali menyamakan kedudukan dengan beberapa percubaan termasuklah dari Luis Suarez tapi tak masuk-masuk.

Jose Gimenez telah dinutmeg Bruno Fernandes sehingga terjatuh kerana hilang keseimbangan badan dan malangnya ketika jatuh tangannya telah menyentuh bola.

Bruno Fernandes membantah keras pengadil merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) di tepi padang lalu menghadiahkan sepakan penalti.

Malang buat Jose Gimenez dikenakan penalti dalam situasi benar-benar tidak sengaja, jika bola tidak terkena tangan, bola itu akan sampai kepada pemain Portugal yang dalam posisi terbaik untuk jaringkan gol.

Menurut pundit di Astro Jose Gimenez sengaja menyentuh bola bagi mengubah haluan bola dari sampai kepada pemain Portugal kerana di pemain terakhir.

Bagi Saldado tiada pemain yang akan meletakkan jari terlebih dahulu ketika jatuh yang boleh menyebabkan jari mereka patah dan logik jika dikenakan kad merah.

Bruno Fernandes mengambil sepakan dan cubaan pemain Uruguay merosakkan spot penalti gagal, Bruno Fernandes mudah menewaskan penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet Alvarez.

Di penghujung perlawanan, Bruno Fernandes hampir menjaringkan gol ketiga dan mencipta hatrik dengan satu rembetan leret malangnya dinafikan tiang gol.

Bruno Fernandes cemerlang menjadi nadi Portugal setakat ini dengan 2 gol dan 2 assist selepas hanya dua perlawanan sahaja.

Kesebelasan Utama Portugal : Digo Costa; Cancelo, Dias, Pepe, Mendes; Neves, Carvalho, Bernardo Silva, Bruno Fernandes; Felix, Ronaldo.

Pemain Simpanan : Rui Patricio, Sa, Dalot, Mendes, Antonio Silva, Palhinha, Vitinha, Joao Mario, Nunez, Andre Silva, Leao, Horta, Ramos

Kesebelasan Utama Uruguay : Rochet; Gimenez, Godin, Coates; Varela, Valverde, Bentancur, Vecino, Olivera; Nunez, Cavani.

Pemain Simpanan : Muslera, Sosa, Vina, Caceres, Rodriguez, Ugarte, Torrreira, Canobbio, De La Cruz, Arrascarta, Pellistri, Suarez, Torres, Gomez.

Portugal 3-2 Ghana

Kumpulah H yang menempatkan Portugal, Ghana, Uruguay dan Korea Selatan dalam undiannya telah pun bermula dan semua pasukan turun untuk perlawanan pertama masing-masing.

Dalam perlawanan berlangsung lebih awal Uruguay dan Korea Selatan hanya seri tanpa jaringan dengan deretan percubaan gagal disudahkan kedua-dua pasukan.

Portugal dengan barisan dan kualiti pemain yang mereka ada sepatutnya dapat melepasi peringkat kumpulan turun menentang Ghana.

Tumpuan pasti memfokuskan kepada Cristiano Ronaldo yang telah menimbulkan keributan sebelum Piala Dunia sehingga kontraknya bersama Manchester United terbatal.

Ramai berpendapat Ronaldo tidak lagi relevan untuk bermula dari kesebelasan utama lantaran impak yang diberikannya kurang menyengat.

Entah kenapa sebelum perlawanan bermula, Cristiano Ronaldo telah mengalirkan air matanya ketika menyanyikan lagu kebangsaan Portugal.

Minit ke-10 Portugal memperoleh peluang terbaik untuk berada dihadapan selepas lorongan cantik dihasilkan oleh Bernardo Silva yang gagal disudahkan Cristiano Ronaldo.

Penjaga gol Ghana, Lawrence Ati Zigi terus meluru keluar untuk membuat hadangan dan Ronaldo hanya sempat menyentuh bola saja.

Peluang patut disudahkan namun mungkin bola itu terlalu laju atau Ronaldo terlalu perlahan atau Lawrence Ati Zigi sudah dapat membaca lebih awal.

Dua minit kemudian Ronaldo mencuba lagi selepas melonjak tinggi untuk melakukan sundulan namun tidak tepat ke sasaran.

Selepas 30 minit permainan, Portugal terus menguasai perlawanan tapi gagal menghadirkan ancaman kepada Ghana yang masih gagal membuat sebarang percubaan.

Ghana terus berkampung di kawasan sendiri dengan penuh disiplin dan sukar untuk Portugal menerobos.

Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya merampas bola dari Alexander Djiku namun gol itu dibatalkan kerana Ronaldo mengasari Alexander Djiku.

Menurut kata pengulas perlawanan itu adalah situasi 50-50.

Pada minit ke-37 barulah Ghana mendapat sepakan penjuru pertama dan kedua mereka tanpa membuahkan sebarang hasil.

Jaringan masih tidak kunjung tiba sehingga tamat 45 minit pertama dan selepas sejam perlawanan masih lagi tanpa gol.

Ghana walaupun lambat tetapi mula mendapat rentak bagi mengimbangi serangan yang dilakukan oleh Portugal.

Pada minit ke-61, Cristiano Ronaldo telah dijatuhkan oleh Mohammed Salisu di dalam kotak penalti dan pengadil telah memberikan sepakan penalti.

Kedai mamak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi bergema dengan laungan Siu!!! selepas Ronaldo berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Dengan jaringan ini, sejarah dan rekod tercipta apabila Cristiano Ronaldo menjadi manusia dan pemain bola sepak pertama menjaringkan gol di lima Piala Dunia berbeza secara berturut-turut.

Ghana langsung tidak panik apabila ketinggalan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 melalui tolakan mudah Andre Ayew.

Hantaran Mohammed Kudus seperti tidak berbahaya dan bertukar menjadi ancaman selepas Danilo Pereira melakukan kesilapan budak sekolah atau blunder.

Bola terlepas dan tiba ke kaki Andre Ayew untuk gol mudah serta menamatkan kemarau jaringan pasukan Afrika di Piala Dunia 2022 dan gol penyamaan Ghana hanya bertahan selama 5 minit sahaja.

Joao Felix meletakkan Portugal kembali di depan dengan satu penyudah yang penuh ketenangan menyempurnakan hantaran genius Bruno Fernandes.

Hanya tiga minit diperlukan Rafael Leao berada di padang untuk memberi impak segera selepas masuk menggantikan Ruben Neves dengan jaringan ketiga pada minit ke-80.

Gol ini sekali lagi berpunca dari hantaran cantik Bruno Fernandes yang seakan telah membunuh perlawanan. Cun-cun saja Rafael Leao lepas perangkap offside.

Dua minit kemudian Ronaldo hampir menjaringkan gol keempat namun digagalkan Lawrence Ati Zigi dan Ronaldo pula terlebih awal offside.

Sejurus selepas Ronaldo keluar Osman Bukari yang masuk menggantikan Mohamed Kudus merapatkan jurang dengan gol kedua Ghana melalui sundulan bebas.

Kekasaran Danilo Pereira ke atas Inaki William tidak berakhir dengan baik apabila Inaki William membalas kekasaran itu dan kekecohan tercetus.

Pengadil berjaya mengawal situasi, Danilo Pereira dan Inaki William dilayangkan kad kuning. Ghana belum terbunuh dengan 9 minit masa kecederaan diberikan.

Penjaga gol Portugal, Diogo Costa membuat aksi kelakar dan hampir memberi satu lagi gol bodo untuk Ghana.

Gagal terus menekan untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata namun gol penyamaan gagal hadir hingga wisel penamat.

Kesebelasan Utama Portugal: Diogo Costa, Joao Cancelo, Danilo Pereira, Ruben Dias, Raphael Guerreiro, Ruben Neves, Bernardo Silva, Bruno Fernandes, Otavio, Joao Felix, Cristiano Ronaldo.

Kesebelasan Utama Ghana: Lawrence Ati-Zigi, Abdul-Rahman Baba, Daniel Amartey, Alexander Djiku, Mohammed Salisu, Alidu Seidu, Thomas Partey, Salis Abdul Samed, Mohammed Kudus, Andre Ayew, Inaki Williams

BACA:Β  Piala Dunia 2022: Brazil 2-0 Serbia