Budak Emas Haaland Jaring Empat Gol Di Separuh Masa Kedua

Budak Emas, Erling Braut Haaland telah menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua ketika Borussia Dortmund mencipta kebangkitan sensasi menewaskan Hertha Berlin dengan jaringan 5-2 di Bundesliga.

Borussia Dortmund ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama dan serba tidak menjadi dan tidak kena permainan mereka untuk tempoh 45 minit pertama.

Namun Haaland membuktikan kenapa beliau telah dianugerahkan dengan gelaran budak emas dua minit selepas permainan bersambung untuk mengikat kedudukan.

Kurang lima minit separuh masa kedua Haaland telah menjaringkan dua gol dalam tempoh 2 minit untuk meletakkan Dortmund di depan, kambek itu benar!

Selepas melakukan satu tolakan mudah dan berjaya melepasi perangkap offside, Haaland mencetak hatrik pada minit ke-62 dan terus melebarkan kedudukan.

Haaland mempamerkan kepantasan tidak boleh bawa bincang beliau mengambil kesempatan atas kesilapan lawan dan mempamerkan sentuhan penyudah buat kali ketiga.

Tidak cukup dengan hatrik, Haaland menjaringkan gol keempat dengan aksi liar dan kelajuan yang nyata tidak mampu dikekang gawng.

Raphael Guerreiro turut mencetak nama selaku penjaring dan Matheus Cunha menjaringkan gol kedua Hertha Berlin melalui sepakan penalti.

Kemenangan dengan aksi kebangkitan ini telah melonjakkan Borussia Dortmund ke tangga kedua Bundesliga, satu mata dibelakang Bayern Munich.

Selepas hanya lapan perlawanan, Haaland telah menjaringkan 10 gol di Bundesliga sahaja dan ini merupakan satu pencapaian menakjubkan bagi pemain muda.

Carta kasut emas Bundesliga masih lagi diterajui Robert Lewandowski yang telah menjaringkan 11 gol juga dalam lapan perlawanan.

BACA:  Penjaga Garisan Keluarkan Kad Kuning Untuk Haaland Sign Autograf