Budak Ini Hijack MUTV Untuk Sebut ‘Ole Out’

Dua orang peminat kanak-kanak tular di media sosial hari ini selepas mereka melaungkan Ole Out secara langsung di MUTV.

Kedua-dua mereka melaungkan Ole Out dan turut mengutuk pemain selepas tamat aksi seri 1-1, Manchester United bertemu Everton malam semalam.

United terlebih dahulu mendahului aksi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu menerusi Anthony Martial yang menerima umpanan cantik dari Bruno Fernandes.

Hasil kesilapan Fred yang gagal untuk menewaskan Demarai Gray, Everton berjaya melakukan serangan pantas yang disudahi dengan jaringan oleh Andros Townsend.

Keputusan seri ini menjadikan United hanya sekadar mampu mencatatkan dua kemenangan sahaja dari enam perlawanan terakhir mereka setakat ini.

Tentunya pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer antara individu paling tertekan pada ketika ini dengan tekanan yang diletakkan oleh semua pihak ke atasnya.

Sam Homewood dari MUTV memutuskan untuk mendapatkan reaksi dari para peminat berkait persembahan United dalam perlawanan semalam.

Namun ia sepertinya berjalan dengan tidak seperti diharapkan dan jauh sekali dari dirancang.

“Apa kamu rasa tentang perlawanan itu?”

Tanya beliau kepada salah seorang peminat yang pantas menjawab:

“Ole Out”

Lalu terus berjalan meninggalkan mereka.

Kawan kepada budak pertama yang ludah Ole tadi kemudiannya di tanya soalan yang sama, dengan harapan beliau akan memberi jawapan lebih positif.

Namun sayangnya budak kedua turut memberi jawapan sama, bahkan ditambah perasa sedikit dengan beliau turut mengkritik penandatanganan terbaru United, Jadon Sancho.

Ketika di tanya soalan sama, beliau menjawab:

“Sama juga, Ole Out, Sancho sembang.”

Jawab beliau seterusnya berjalan meninggalkan Sam Homewood.

Kedua-dua kanak-kanak itu memakai mafla yang separuh Everton dan separuh United, jadi agak sukar untuk ramal mereka penyokong pasukan mana.

Homewood kemudiannya dengan sayu melihat kamera dan mengakui:

“Saya akan jujur dengan kamu, saya jangkakan yang lebih baik dari kanak-kanak. Itu pelajaran untuk saya.”

“Saya tidak akan percaya pada kanak-kanak lagi….. Di mana saja.”

MUTV sebenarnya antara kelompok yang masih menyokong perjuangan Ole dan mereka sama sekali tidak pernah menghentam kelab secara terbuka.

Namun tiada apa boleh mereka lakukan, jika budak kecik sendiri pun sudah ada pandangan negatif terhadap pasukan, bahkan berani dengan terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Budak kecik memang jujur kan? Mana diorang pandai menipu nak jaga hati ni.

Para peminat mula bercakap tentang video yang tular itu, dan mereka menganggap ia klip rakaman terbaik yang pernah dikeluarkan oleh MUTV.

Solskjaer melakukan beberapa pertukaran dalam skuadnya berbanding ketika aksi bertemu Villarreal kemarin, dengan Cristiano Ronaldo dan Pogba tidak berada dalam kesebelasan utama.

Beliau mempertahankan keputusannya selepas tamat perlawanan dengan menyatakan bahawa:

“Tidak. Kamu buat keputusan berdasarkan situasi satu musim secara keseluruhannya. Kamu perlu uruskan pemain termasuk tentang kecergasan mereka, jadi keputusan saya adalah tepat.”

“Anthony Martial buat dengan baik, dia turut menjaringkan gol. Edinson Cavani memerlukan minit permainan, dan dia juga hampir menjaringkan gol. Kita perlu sentiasa membuat keputusan seperti itu.”

United akan kembali beraksi bertemu Leicester City selepas rehat antarabangsa nanti, sebelum melayan kunjungan Atalanta dalam saingan Champions League minggu berikutnya.

United kini sudah dua kali kehilangan mata ketika beraksi di Old Trafford dalam dua perlawanan terakhir mereka. Tewas kepada Aston Villa dan seri dengan Everton.

Kehilangan lima mata dari dua perlawanan sebenarnya satu hal yang sangat merugikan dan tidak keterlaluan untuk menganggap sedikit sebanyak ia akan menjejaskan peluang mereka untuk terus mencabar kejuaraan liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer Anggap Sanchez Seperti Botol Sos