Budak Milo Ajax Baling Bola Ke Muka Pemain Roma Kerana Lengahkan Masa

Budak Milo atau ball boy Ajax telah berkelakuan agak kurang ajar apabila membaling bola ke muka pemain AS Roma, Riccardo Calafiori kerana melengahkan masa permainan.

Ajax telah tewas 2-1 kepada AS Roma dalam perlawanan suku akhir pertama Europa League sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah mereka bagi tahun 2021.

Walaupun rekod tanpa kalah tahun ini telah lebur, namun peluang Ajax untuk mara masih lagi ada pada perlawanan suku akhir kedua.

Selepas mendahului 2-1 dan ketika permainan memasuki fasa terakhir AS Roma cuba memperlahankan permainan sehabis daya termasuklah melengah-lengahkan masa.

Ternyata tindakan pemain AS Roma itu tidak disukai dan menimbulkan amarah seorang budak milo yang bertugas mengutip bola dan melancarkan perlawanan.

Ketika Riccardo Calafiori cuba untuk mengambil bola di tepi padang untuk lontaran ke dalam budak milo itu melepaskan dendam kesumat dihati.

Enak Riccardo Calafiori berlari anak untuk mendapatkan bola yang tergolek, budak milo itu dengan tiba-tiba membaling bola ke muka Riccardo Calafiori.

Headshot, Riccardo Calafiori cuba berlakon memberi reaksi berlebihan dengan memegang lehernya namun membatalkan hasrat itu kerana itu perbuatan sia-sia.

Riccardo Calafiori kelihatan sangat marah dan berdepan dengan budak milo yang sedikit tidak goyang, tegak berdiri bersemuka dengan Riccardo Calafiori.

Lebih parah, seperti menabur garam ke luka sambil diperah limau, Riccardo Calafiori telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana membazirkan masa.

Namun dengan kemenangan ini dan membawa bekalan gol tempat lawan sudah pasti dapat mengurangkan kemarahan Riccardo Calafiori yang dipermainkan budak milo.

Davy Klaasen meletakkan Ajax di depan pada minit ke-39 perlawanan selepas bermain satu dua dengan Dusan Tadic dan perlawanan separuh masa pertama berakhir 1-0.

Kapten Ajax, Dusan Tadic telah dijatuhkan dalam kotak penalti selepas tujuh minit permainan bersambung, malangnya sepakan Dusan Tadic berjaya diselamatkan penjaga gol Roma, Pau Lopez.

Selepas Dusan Tadic gagal menyempurnakan sepakan penalti, penjaga gol Ajax, Kjell Scherpen membuat kesilapan mudah yang mengundang padah.

Sepakan percuma Lorenzo Pellegrini mudah masuk apabila Kjell Scherpen terlucut bola yang berada ditangan.

Gol kedua Roma dan juga gol kemenangan dijaringkan oleh Roger Ibanez yang mendada kemas bola sepakan penjuru sebelum melakukan voli.

Dua gol padu dihasilakan Roma mana tak panas budak milo tu.

Ajax: Scherpen, Rensch (Klaiber 78), Timber, Martinez, Tagliafico, Klaassen, Alvarez, Gravenberch, Antony (Idrissi 88), Tadic, Neres (Brobbey 64)

Subs not used: Ekkelenkamp, Kudus, Traore, Taylor, Kotarski, Kasanwirjo, Timber, Reiziger

Roma: Paul Lopez, Gianluca Mancini, Cristante, Roger Ibanez, Bruno Peres, Diawara, Veretout (Villar 77), Spinazzola (Calafiori 29), Lorenzo Pellegrini, Pedro (Perez 89), Dzeko (Mayoral 77)

Subs not used: Santon, Ciervo, Milanese, Mirante, Fuzato

BACA:  Selepas Gambar Tertomos Ketika Main Ragbi Jadi Bahan Troll, Sanusi Buat Counter Attack 'Kita Pelit, Depa Yang Koyak'