Budak Perempuan Berusia 10 Tahun Merumuskan Masalah Man Utd

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun yang merupakan seorang peminat Manchester United telah merumuskan masalah yang dihadapi Manchester United kini.

Pandangan dari seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun ini mungkin akan dipandang remeh dan tiada siapa mahu mendengar namun selepas mendengarnya pasti ramai yang bersetuju.

Dalam tempoh beberapa hari ini kita agak penat mendengar kritikan dan ulasan orang ramai sehinggalah kepada pengulas bertauliah tentang apa yang terjadi kepada Manchester United.

Satu video temuramah telah dimuat naik oleh saluran Youtube, United View yang agak istimewa kerana mereka telah bertanyakan pendapat seorang peminat cilik perempuan yang berusia 10 tahun.

Ketika ditanya apa perasaan tentang kekalahan kepada Manchester United kepada Liverpool, ini jawapan si cilik:

“Kita ada Ronaldo kita ada Sancho, awak tahu kita bayar berjuta kot untuk dieorang dan kita juga ada Fernandes yang sangat cemerlang musim lalu.”

“Kita tahu Liverpool dah belasah Watford 5-0 minggu lepas, tapi kita jauh lebih baik dari Watford tapi kena tibai 5-0 jugak, mereka seperti tidak buat apa pun.”

Kemudian adik itu ditanya adakah Manchester United boleh menjadi lebih baik?

“Kita duk sebut benda tu, kita juga sebut akan jadi lebih baik musim lalu selepas kalah di final, tapi kita kalah dengan Liverpool, 5-0 pulak tu. Sangat jelas kita tidak bertambah baik.”

“Pemain dibelakang seperti Luke Shaw, nampak jelas terperangkap sepanjang masa. Shaw ni pemain yang padu tapi anda tak tau samada Shaw ada dalam padang atau tidak.”

“Walaupun kita ada Jadon Sancho sekarang tapi pemain pertahanan macam duk fikir kita ada Sancho, kita ada Cristiano Ronaldo, kita ada beberapa pemain terbaik dunia kot, jadi kita tak payah buat apa-apa. Mereka semua ni boleh serang. Mereka seperti tidak belajar apa-apa.”

Adik yang comel itu juga menyebut kembali musim yang agak bagus buat Manchester United yang berada di tempat kedua Premier League dan berjaya mara ke perlawanan akhir Europa League.

Disebalik pencapaian itu semua, jelas ketika ini ramai merasakan bahawa Setan Merah kini seakan semakin mundur kebelakang, malah bergelut menentang pasukan kerdil.

“Kami berjaya ke perlawanan akhir Europa League musim lepa. Kini kami bergelut untuk menewaskan pasukan yang kecil.”

“Tapi sekarang kami tidak boleh mengalahkan pasukan kerdil. Saya tidak fikir kami akan menjadi lebih baik kerana saya fikir mereka tidak mencuba.”

Melihatkan kepada video-video masa lalu Manchester United membuatkan adik ini merasa malu kerana adik ini yakin Setan Merah boleh jadi lebih hebat dari Liverpool.

“Itu membuatkan saya rasa malu. Kami mempunyai pasukan yang teruk, seperti tahun lepas kami mempunyai pasukan yang lebih teruk dan kami tidak mempunyai Ronaldo.”

“Kita boleh jadi lebih baik dari Liverpool dan kita boleh membantai Liverpool tapi kita semakin tahun semakin teruk.”

Ditanya mengenai prestasi Ole Gunnar Solskjaer yang diambang kejatuhan.”

“Saya fikir dia tidak berusaha keras, saya rasa bila tamat separuh masa pertama, dia akan cakap ‘mereka pasukan hebat, Liverpool kot, pasukan besar’ tapi Liverpool bukan macam tu pun kerana tiada perubahan pada separuh masa kedua.”

“Jangan salah faham, Liverpool mempunyai pemain-pemain yang hebat, mereka ada Virgil van Dijk, Salah, tapi kita boleh kalahkan mereka dengan pemain kita ada.”

“Kalau mereka berusaha kalau kalah pun mungkin 1-0 atau 2-0 paling teruk pun mungkin 5-3 tapi bukan 5-0, kalah ngan Liverpool kot.”

Walaupun adik ini berusia 10 tahun namun dari pandangannya adalah sama seperti pendapat majoriti peminat Manchester United cuma dijawab dengan penuh beradab dan berakhlak serta tidak menghina mana-mana pihak.

Daripada bahagian komen di video tersebut ramai memuji adik cilik ini yang mereka anggap mempunyai pengetahuan yang lebih luas berbanding Ole dan tutur katanya lebih masuk akal berbanding Gary Neville.

BACA:  Xavi Ternyata Goyang Diundi Bertemu Manchester United