Buffon Tinggalkan Juventus Selepas 17 Tahun

Penjaga gol lagenda hidup Juventus dan Italy, Gianluigi Buffon mengumumkan akan meninggalkan Juventus di penghujung musim ini dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Jangkaan awal sidang media tersebut diadakan kerana Buffon mahu mengumumkan persaraannya namun apa yang diujarkan adalah jodoh Buffon dan Old Lady telah berakhir.

Sabtu ini merupakan perlawanan terakhir Buffon bersama Juventus yang akan menentang Hellas Verona. Sudah pasti perlawanan yang akan dipenuhi dengan emosi dan air mata.

Gigi yang merupakan panggilan manja Buffon belum membuat sebarang keputusan untuk masa depannnya sama ada akan terus bermain dengan kelab lain atau menyertai bidang kejurulatihan atau pun berniaga online.

Sepanjanh 17 tahun bersama Juventus, Gigi Buffon telah memenangi 26 gelaran dan dua gelaran diperoleh dalam musim terakhirnya.

Pada penghujung tahun lalu Buffon telah mengumumkan rancangan bersara tetapi kini hanya berpisah dari Juventus.

Kemana hala tuju Buffon? Hijau, Oren , Biru tua atau Biru Muda?

Gianluigi Buffon Umumkan Rancangan Untuk Bersara

Penjaga gol lagenda bola sepak dunia dan pemenang anugerah penjaga gol terbaik The Best FIFA Awards 2017, Gianluigi Buffon telah mengumumkan satu berita sedih buat peminat bola sepak dunia apabila mengumumkan rancangan persaraannya.

Penjaga gol Jeventus yang berusia 39 tahun itu telah mengharungi perjalanan kerjaya yang penuh gemilang samada bersama kelab atau negaranya Italy. Apa yang belum digapainya bersama Juventus adalah kejuaraan Champions League.

Buffon cuba meniru gaya pakar seminar terkenal.

“Tiada benda yang mampu mengubah kerana aku begitu yakin dengan pilihan yang aku buat.

“Ini musim terakhir aku dan aku pasti dengan keputusan yang aku buat. Setahun atau dua tahun lagi tidak akan mampu menambah atau mengambil dari apa yang telah aku kecapi.

“Pasti kau disaat ini, berselingdung di balik senyum mu.

Buffon belanja Like

Buffon yang juga merupakan antara penjaga gol terbaik sepanjang zaman telah kempunan untuk merasai menjulang trofi Champions League dalam 3 kali aksi final. Barcelona dan Real Madrid telah melukakan hati Buffon di final 2015 dan 2016.

Jika Juventus memenangi Champions League mungkin Buffon akan mengubah fikiran.

“Apa aku dambakan sekarang adalah untuk menjulang Champions League.”

“Pada tahap ini untuk memenangi Club World Cup, mungkin Szczesny akan bermain satu perlawanan dan aku bermain perlawanan yang lain.

“Tapi pada firasat aku dengan penjaga gol seperti Szczesny adalah normal jika tahun depan aku sekadar berdiri di tepi padang sahaja.

Bersama Juventus dan pasukan kebangsaan Italy , Buffon telah memenangi :

– 10 gelaran juara Serie A.
– 3 Coppa Italia
– Menang Piala Dunia 2006

Buffon meninggalkan kelab di zaman remajanya, Parma untuk menyertai The Old Lady dengan memecah rekod perpindahan dunia pada 2001 dengan yuran £31 juta. Bersama Parma Buffon telah memenangi UEFA Cup (kini dikenali sebagai Europa League) dan Coppa Italia pada 1999.

“Aku rasa tahun lepas merupakan musim yang luar biasa bagi aku dan pasukan. Cuma apa yang tidak cukup adalah kami tidak menang di Eropah. Aku harap tahun ini lebih baik samada bersama Juve atau Italy.

“Aku mahu tamatkan kerjaya aku dengan satu kejayaan yang penuh gemilang, terbilang lagi cemerlang. 12 tahun lalu aku menang Piala Dunia kemudian aku merasai kekalahan dalam 3 perlawanan akhir Champions League.

Baca Juga

Baca Juga