Bukan Cristiano Ronaldo Atau Messi Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Pilihan Mourinho

Jose Mourinho telah mengabaikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi selepas di tanya siapa pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman pilihan beliau.

Berbanding semua pemain handalan dunia, Jose Mourinho lebih memilih Ronaldo Nazario sebagai pemain terbaik sepanjang zaman pilihannya.

Sebelum ini ketika ditanya kepada sesiapa sahaja untuk memilih pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman, nama pemenang lima dan enam kali gelaran Ballon d’or itu pasti disebut. Tetapi ianya tidak untuk Jose Mourinho.

Bekas pengurus pasukan Real Madrid itu telah ditanya oleh LiveScore siapa pemain terbaik sepanjang zaman pilihannya dan beliau memilih Ronaldo Nazario.

Beliau pernah bekerja bersama Ronaldo ketika di Barcelona. Menurut Mourinho:

“Ronaldo, El Fenomeno. Cristiano Ronaldo dan Leo Messi mempunyai karier yang panjang, mereka sentiasa berada dipuncak dalam tempoh 15 tahun ini.

“Walau bagaimanapun, jika kita bercakap tentang skill dan bakat, tiada siapa mampu mengatasi Ronaldo Nazario. Ketika dia beraksi bersama Bobby Robson di Barcelona, saya mula sedar bahawa dia adalah pemain terbaik pernah saya lihat beraksi dalam padang.”

“Kecederaan telah memusnahkan kariernya yang sepatutnya boleh berkembang lebih baik, tetapi bakat yang dimiliki olehnya adalah sesuatu yang sangat luar biasa.”

Ronaldo hanya beraksi selama satu musim bersama Barcelona ketika kempen 1996/97, sebelumnya beliau beraksi selama dua musim untuk PSV dan telah berjaya menjaringkan 34 gol dari 37 perlawanan.

Dengan memecahkan rekod yuran perpindahan bernilai £13.2 juta ketika itu, Barcelona telah menjualnya setahun kemudian dengan sekali lagi memecahkan rekod perpindahan tertinggi bernilai £19.5 juta ke Inter Milan.

Pada tahun 1997, Ronaldo ketika itu beliau berusia 21 tahun, pemain kebangsaan Brazil itu telah berjaya memenangi dua kali anugerah pemain terbaik tahunan FIFA.

Pada tahun 2002 beliau sekali lagi muncul sebagai pemenang untuk anugerah yang sama buat kali ke tiga dalam kariernya.

Ronaldo juga memenangi Golden Ball ketika aksi di Piala Dunia 1998 dan pada ketika itu beliau sentiasa menjadi perhatian.

Beliau kemudian terlepas tiga musim untuk beraksi bersama Inter selepas mengalami kecederaan lutut yang panjang.

Bermula dari kecederaan berpanjangan itu lah kariernya mula terganggu tetapi Ronaldo tidak pernah menyerah dan terus berusaha untuk mendapatkan semula rentak aksinya yang mantap.

Dengan bakat hebat yang dimiliki, walau baru pulih dari kecederaan, Ronaldo kembali mendapatkan aksi terbaiknya dan kerana itu lah beliau mempunyai karier yang gemilang.

Pemain kebangsaan Brazil itu berjaya menjaringkan 352 gol dari 518 penampilan untuk kelab dalam semua pertandingan.

Jika bukan kerana masalah kecederaan berpanjangan, Ronaldo pasti akan menjaringkan lebih banyak gol lagi dari yang telah diciptanya.

Sudah tentu Messi dan Cristiano Ronaldo telah mempamerkan aksi luar biasa hingga memecahkan pelbagai rekod.

Tetapi El Fenomeno tetap salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman dan itu lah hal yang sama difikirkan oleh Jose Mourinho.

BACA:  Lihat Kemewahan Hotel Milik Cristiano Ronaldo