Bukan Messi Atau Ronaldo, Mourinho Jelaskan Kenapa Ronaldo Ori GOAT Sebenar

Bukan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, Jose Mourinho tampil menjelaskan kepada Ronaldo Nazario adalah Greatest of All Time (GOAT) sebenar dalam dunia bola sepak yang menjadi perdebatan ramai.

Perbincangan dan perdebatan mengenai siapa KAMBING terunggul dalam bola sepak tidak pernah padam dan Messi telah menang dalam persaingan dengan Ronaldo apabila menjulang Piala Dunia.

Namun ada pula yang menyatakan Messi masih tidak dapat menandingi kehebatan mendiang Pele dan Diego Maradona pula, ini semua berkisar kepada pendapat masing-masing.

Tiada justifikasi yang jelas untuk menyatakan siapakah yang terhebat dan semuanya berdasarkan kepada minat dan persepsi sendiri dengan apa yang telah dicapai oleh pemain seperti Ronaldo, Messi, Pele, Maradona, Ronaldo, Cryuff dan ramai lagi.

Bagi Jose Mourinho dia telah memilih Ronaldo Nazario kerana dia telah melihat dengan batang hidung sendiri betapa berbakat dan berskilnya pemain Brazil itu.

Ketika ditanya oleh Livescore siapa pemain terbaik Mourinho menjelaskan:

“Ronaldo El Fenomeno! Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah mempunyai karier yang panjang, mereka berdua telah kekal berada di atas setiap hari untuk tempoh 15 tahun.”

“Bagaimanapun, jika kita berbicara secara tegas mengenai bakat dan kemahiran tiada siapa yanga akan dapat mengatasi Ronaldo Nazario.”

Pilihan Jose Mourinho ini adalah berdasarkan pengalamannya ketika menjadi pembantu Bobby Robson di Barcelona dan melihat sendiri keupayaan Ronaldo Nazario.

“Bila dia di Barcelona bersama Bobby Robson, saya sedar bahawa dia adalah pemain terbaik yang pernah saya lihat di padang.”

“Kecederaan telah membunuh kariernya yang boleh menjadi lebih menakjubkan tapi bakat yang dipunyai oleh budak berusia 19 tahun itu sudah sangat menakjubkan.”

Kecederaan telah membantutkan karier Ronaldo, walaupun gagal dan tidak pernah mencapai tahap potensi yang sebenar Ronaldo sudah teramat terpaling menakjubkan. Bayangkan kalau sampai ke potensi sebenar.

Ronaldo Nazario bukanlah pemain yang mempunyai karier bola sepak yang panjang dan sering dilanda kecederaan serius membabitkan lututnya membataskan aksinya di padang.

Namun kehebatannya tiada tolok banding lagi sehingga dinobatkan sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dan terbaik dalam sejarah dunia bola sepak.

Sebelum duopoly bola sepak oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sehingga ke hari ini Ronaldo merupakan pemain terbaik dunia pada zaman itu.

Yang lebih menarik majoriti bersetuju akan kehebatan Ronaldo dan tiada pergaduhan atau perdebatan malah Ronaldo terlalu hebat untuk dibandingkan dengan pemain lain.

Ronaldo telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia dengan memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 1997 dan juga 2002. Dalam tempoh ini Ronaldo merupakan nama besar dalam dunia sukan.

Ronaldo memulakan karier bersama Cruzeiro sebelum melebarkan karier ke Eropah bersama PSV kemudiannya Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan dan bersara di Corinthians.

Semasa musim tunggalnya bersama Barcelona pada kempen 1996/97, Ronaldo tidak terhalang lagi apabila telah menjaringkan 47 gol dalam 49 penampilan dalam semua pertandingan. Dalam semusim di usia 20 tahun.

Datang ke Barca dari PSV tak payah nak sesuaikan diri dengan tempat baru dengan rakan sepasukan baru, corak permainan baru, bagi bola main terus score.

Kecermerlangan itu menyebabkan Ronaldo mendapat lamaran dan berpindah ke Inter Milan di mana kecederaan mula menghantui, walaupun mengalami masalah kecederaan Ronaldo menjaringkan 59 gol dalam 99 perlawanan.

Real Madrid menandatanganinya dengan harga €46 juta pada 2002 dan Ronaldo telah menjaringkan 104 gol untuk gergasi Sepanyol itu dalam hanya 177 perlawanan.

Sementara itu, bersama Brazil, Ronaldo menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan dab membantu mereka memenangi Piala Dunia pada 1994 dan 2002.

Walaupun terbatas dengan kecederaan sepanjang kariernya sehingga gagal memenuhi potensi sebenar sepenuhnya Ronaldo telah mencipta fenomena dan menjadi pemain terbaik dunia.

BACA:  Tammy Abraham Dedah Ayat Mourinho Ketika Yakinkan Beliau Sertai Roma