Bukan Sahaja Messi, Shevchenko Pun Masih Simpan Hati Kalah Kepada Liverpool Pada 2005

Genap setahun yang lalu, Lionel Messi dan Barcelona dikejutkan oleh Liverpool dengan kekalahan 4-0 di perlawanan timbal balik separuh akhir Champions League.

Itu baru setahun. Kami yakin pedih tetap masih terasa pahit di hulu hati Messi dan rakan sepasukannya di Barcelona.

Ini pula kisah 15 tahun yang lali. Bekas penyerang AC Milan dan kebangsaan Ukraine, Andriy Shevchenko juga berkata beliau masih belum boleh melupakan kenangan kekalahan dari Liverpool di final Champions League pada musim 2004/2005.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk, Turki itu Shevchenko dan AC Milan sedang gagah mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan.

Namun kehebatan Milan gagal diteruskan pada 45 minit berikutnya sehingga perlawanan diheret ke masa tambahan, dan seterusnya penalti.

Shevchenko adalah penyerang utama Milan pada ketika itu, gagal menghasilkan gol sepanjang waktu normal, dan turut gagal menyempurnakan penalti selesai masa tambahan.

“Sampai sekarang saya tidak mampu melihat perayaan [Jerzy] Dudek yang menggagalkan penalti saya pada final Istanbul 2005,” ujar Shevchenko dalam temubual dengan bekas pemain Itali, Christian Vieri di media sosial.

“Beberapa bulan lalu UEFA melakukan throwback perayaan Dudek di Instagram. Saat saya melihatnya, saya terus padam dan melempar telefon pintar. Saya berkata pada diri saya, ‘cukup, cukup’,” kata pemilik gelar Ballon d’Or 2004 itu di Sky Italia.

Untuk melupakan kekecewaan itu, Schevchenko berkata beliau cuba menganggap kegagalan 15 tahun lalu itu sebagai sebahagian daripada pahit manis kehidupan.

Tidak seperti ketika melihat Liverpool berjaya, Shevchenko lebih tenang menerima nasib yang tidak menjadi bersama The Blues.

“Saya tidak suka melihat ke belakang. Chelsea adalah sebahagian daripada pengalaman walaupun ia sukar. Itu membantu saya menemukan diri saya. Dalam hidup segalanya tidak selalu berjalan baik, kemudian ada pilihan pada saat saya berusia 30, lantas saya kembali ke Milan,” kata beliau yang kini adalah jurulatih Ukraine.

BACA:  De Bruyne Didakwa 'Copy Paste' Teknik Alexander-Arnold Hasilkan Assist Padu Lawan Liverpool