“Bukan Tiru Rangnick” – Lijnders Dedah Tok Guru Klopp Yang Sebenarnya

Kebanyakan peminat sebelum ini menganggap yang Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel merupakan anak murid kepada Ralf Rangnick.

Mereka percaya yang kesemua sistem serta philosophy yang digunapakai oleh kedua-dua pengurus dari Jerman itu sepenuhnya dari falsafah Ralf Rangnick.

Namun begitu, pembantu jurulatih Liverpool, Pep Lijnders menjelaskan yang kebanyakan falsafah dan philosophy yang digunapakai oleh Jurgen Klopp sebenarnya bukan dari Ralf Rangnick.

Beliau menjelaskan yang Klopp sebenarnya menjadikan legenda AC Milan, Arrigo Sacchi sebagai sumber Inspirasi beliau dalam menghasilkan sebuah skuad yang mantap.

Ketika temu bual sebelum aksi bertemu AC Milan dalam saingan Champions League, Pep Lijnders telah mendedahkan tentang beberapa hal termasuk tentang Arrigo Sacchi.

“Dalam kumpulan yang sukar ini, kamu tak sepatutnya buang masa, kamu perlu terus kutip mata. Kita sudah mengambil langkah besar untuk layak awal ke pusingan kalah mati dan kita perlu sedikit persembahan ‘old school’ dari LFC.”

“Dalam kedua-dua saingan Champions League dan Premier League, ia adalah kempen yang mana kamu perlu berikan yang terbaik sepanjang musim, yang terbaik di setiap fasa. Kualiti pasukan lawan tak akan benarkan kamu untuk lalui fasa terburuk kamu.”

“Konsistensi dan penambahbaikkan adalah sesuatu yang akan jadi penentu siapa bakal jadi pemenang tahun ini.”

Jelas Pep Lijnders.

“Ia sangat istimewa kerana skuad Liverpool pada ketika ini telah diinspirasikan dari legenda Milan, Arrigo Sacchi, tu sudah pasti. Jurgen pernah kata sebelum ini yang kebanyakkan asas dalam falsafah beliau adalah datang dari jurulatih Milan itu.”

“Kerana itulah cara bagaimana dia mencipta satu organisasi dalam skuad kendalian dia, dengan disiplin, taktikal dan jarak antara setiap pemain dia di atas padang, ataupun di padang latihan. Itu semua merupakan asas penting untuk cipta pasukan yang konsisten seperti kita ada sekarang.”

“Namun untuk 90 minit di Milan ia adalah tentang memenangi perlawanan. Kita hanya fikirkan tentang ini sahaja sebelum dan selepas perlawanan.”

Jika melihat kepada kenyataan dari Pep Lijnders ia membuktikan yang Klopp sebenarnya lebih banyak terpengaruh dari falsafah dan philosophy Arrigo Sacchi dalam sistem beliau dan bukanlah Ralf Rangnick seperti yang digembar gemburkan oleh para peminat.

Arrigo Sacchi merupakan legenda AC Milan yang pernah mengendalikan gergasi Serie A itu dan turut memenangi pelbagai kejayaan sepanjang kariernya di sana.

Beliau berjaya memenangi gelaran Serie A pada musim debutnya pada musim 1987/88 dan kemudiannya beliau turut cemerlang membantu Milan mendominasi pentas Eropah pada musim berikutnya.

Beliau berjaya membantu AC Milan memenangi dua gelaran Champions League secara berturut-turut pada musim 1989 dan 1990 dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pengurus terhebat sepanjang zaman kelab.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan juga yang Jurgen Klopp sebenarnya ada menggunakan falsafah dan philosophy Ralf Rangnick dalam sistemnya.

Ralf Rangnick sendiri bahkan turut mengakui yang beliau juga turut menginspirasikan falsafah Arrigo Sacchi dalam sistemnya dengan beliau menyatakan bahawa:

“Ketika karier saya sebagai jurulatih, saya juga terinspirasi dengan falsafah dan sistem yang digunapakai oleh Arrigo Sacchi bersama Milan pada era 80 an. Mereka bukan hanya mendominasi bola sepak Eropah, tapi mereka juga mencipta gaya bola sepak yang sangat hebat, yang sangat istimewa, gaya bola sepak yang sangat unik.”

Ralf Rangnick puji Klopp walau menggunakan falsafah dan philosophy beliau

Ralf Rangnick dianggap sebagai salah seorang pengurus paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak Jerman, dan ramai pengurus modern pada hari ini yang menjadikan beliau sebagai inspirasi.

Agak mengejutkan untuk melihat Rangnick memberikan pujian menggunung kepada rakan senegaranya Jurgen Klopp, walaupun falsafah yang digunapakai oleh mereka sama.

Pengurus Liverpool itu sering diberi pujian dan dianggap sebagai pakar dalam mengamalkan corak permainan Gegenpressing dan bermain secara high-intensity, sejak dari kariernya bersama Borussia Dortmund lagi.

Walau bagaimanapun, falsafah yang digunapakai oleh Jurgen Klopp itu sebenarnya telah digunakan terlebih dahulu oleh Rangnick ketika kariernya bersama Stuttgart dan Ulm.

Ia secara tidak langsung membuktikan yang Rangnick adalah pengasas sebenar corak permainan Gegenpressing yang diamalkan oleh Jurgen Klopp.

Ketika Klopp mula masuk ke dunia pengurusan bersama Mainz pada awal tahun 2000 yang lalu, beliau menggunakan dan menggabungkan kesemua prinsip ini dalam taktikalnya.

Dua dekad kemudian, walaupun Rangnick merupakan pengasas kepada asas permainan tersebut, namun beliau tetap memberikan pujian yang menggunung atas hasil kerja yang ditunjukkan oleh Jurgen Klopp itu.

Beliau sangat berbangga dan teruja melihat bagaimana Jurgen Klopp membina gandingan trio serangan Liverpool yang kini dianggap sebagai jentera serangan terhebat dunia itu.

“Salah, Firmino dan Mane. Tiga pemain dari tiga negara berbeza.”

Jelas Rangnick kepada Coaches Voice.

“Ketika mereka menyertai Liverpool, tidak ada sesiapa antara mereka yang semula jadi dilahirkan sebagai ball winners. Mereka bukan mesin pressing.”

“Jadi cara bagaimana mereka bermain bersama Liverpool merupakan kerja keras dari pengurus dan jurulatih.”

Beliau tidak dinafikan lagi seorang professor taktikal dalam dunia bola sepak dan beliau juga jelas sekali sudah sangat faham dengan semua falsafah yang ada.

Kerana itulah beliau tidak berselindung memuji kemampuan Jurgen Klopp dan mengakui bekas pengurus Borussia Dortmund itu memiliki bakat semula jadi yang sungguh hebat.

Ketika beliau masih lagi menjadi pengurus RB Leipzig pada tahun 2019 yang lalu, beliau telah menjelaskan tentang persamaan antara pendekatan yang beliau gunakan dan falsafah yang Klopp pegang.

“Corak permainan hampir sama dengan Jurgen Klopp. Ia proaktif, high pressing, counter-pressing. Sebaik kita memenangi bola, kita tidak perlu buang masa untuk bermain square passes atau back passes.”

Jelas Rangnick kepada Sky Sports.

“Ia jelas sekali bukan kebetulan yang Jurgen Klopp ada empat bekas pemain saya, (Roberto Firmino, Naby Keita, Sadio Mane dan Joel Matip) kerana ia menunjukkan kami sama. Bahkan dia juga mencari jenis pemain yang sama, aset yang sama dengan mentaliti yang sama.”

Rangnick sememangnya mengangkat Klopp sebagai seorang pengurus yang hebat, dengan Jurgen Klopp sendiri tentunya sangat menghormati beliau.

Awal pagi nanti, kedua-dua pengurus akan berdepan satu sama lain dalam aksi perlawanan yang menemukan antara Manchester United bertemu Liverpool di Anfield.

Adakah sifu akan menang? Atau anak murid akan aibkan tok guru? Bincangkan diruangan komen.

BACA:  Klopp Mengakui Beliau Sukar Untuk Melihat Minamino Pergi Meninggalkan Kelab