Bukayo Saka Jadi Bahan Ketawa Kem England Selepas Aksi Kelakar Dua Kali Tebas Angin Ketika Cuba Bermain Golf

Dalam karier bola sepaknya setakat ini, Bukayo Saka telahpun membuktikan bahawa dia merupakan bakat yang luar biasa, baik sama ada ketika beraksi dengan England ataupun di peringkat kelab bersama Arsenal.

Saka juga telah menjadi tonggak Arsenal dan muncul sebagai pemain yang spektakular ketika bersama England, di mana dia diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan ketika pasukan Tiga Singa itu bertemu Republik Czech dalam perlawanan terakhir kumpulan D tempoh hari.

Ketika sesi berehat di ibu pejabat FA England, Saka mencuba satu sukan yang baharu buat dirinya – golf.

Selepas aksinya dirakam rakan sepasukan, Harry Maguire, boleh dikatakan Saka bukanlah bakal pengganti Tiger Woods.

Maguire memuat naik satu video di Instagram Story akaun peribadinya, menayangkan bagaimana Saka cuba memukul bola golf, di simular golf di pusat latihan England, St. George’s Park.

Tapi apa yang berlaku, selepas dua kali cubaan dengan badan yang agak kaku, Saka sekadar mampu menebas angin tanpa kena bola sekalipun.

Walaubagaimanapun, Saka akhirnya berjaya memukul bola, walaupun bola sekadar meleleh rendah ke sebelah kanan. Memandangkan aksi ini agak kelakar, Maguire mesti lah kongsi video tersebut ke media sosialnya.

Di sebelah emoji gelak, Maguire turut menulis – “Golf memang bukan untuk kau.”

Video ini turut dikongsi oleh pemegang akaun now_arsenal, yang disertakan dengan kapsyen :

“Aku suka dia ni sangat dooo – tengoklah dia cuba main golf.

“Kau kelakar lah @BukayoSaka87! Nasib baik dia bagus sikit main bola daripada golf.

“Nasib baik dia ni bagus sikit dalam main bola daripada dia main golf.”

Selepas dilihat oleh para pengikut akaun tersebut, para pengguna Twitter terus memberikan reaksi mereka.

“Akhirnya ada juga benda yang dia tak reti,” ciap seorang pengguna dengan katanama @SakaDaxe.

@AFC_ranga pula menciap,”Ini adalah emas [emoi menangis][emoji menangis].”

Manakala @Obongowoibesik1 turut tidak mahu ketinggalan memberikan komen, apabila dia menciap, “Main bola je lah [emoji gelak]”

Tapi apapun nasib baik lepas ni Saka dah tak perlu main golf dah kerana dia dijangka akan diturunkan dalam perlawanan pusingan 16-pasukan antara England menentang Jerman pada hari Selasa nanti.

England sebelum ini muncul sebagai juara kumpulan D, mengatasi Croatia, Republik Czech dan juga Scotland, manakala Jerman menempuh laluan sukar apabila terpaksa menunggu pada hujung perlawanan untuk menyamakan kedudukan 2-2 ketika bertempur dengan Hungary dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka pada har Rabu yang lalu.

Selain Saka, beberapa pemain lain turut memperagakan aksi mereka di simulator golf tersebut dan ternyata mereka lebih bagus daripada Saka dalam sukan tersebut. Malah, memandangkan mereka mempunyai masa rehat yang panjang, ada sebahagian pemain yang sempat turun ke padang golf.

Bercakap kepada FA Diary Room, Maguire berkata: “Kami ada enam atau tujuh hari nak tunggu perlawanan berikutnya, jadi kami ada beberapa hari untuk rehat dan rawat.

“Ada juga di kalangan kami yang keluar bermain golf. Aku, Stonsey (John Stones), Pickers (Jordan Pickford), Walks (Kyle Walker)..Tripps (Kieran Trippier) semua ada turut serta dan Harry (Kane) pun tumpang sekaki aku rasa.

“Memang elok juga lah sebab kami dapat keluar dan berseronok sikit dan hilangkan beberapa bola.”

Aksi Mason Mount memukul bola golf. Gambar : Daily Mail

Pada masa yang sama, pemain England mengambil bahagian dalam cabaran pukulan golf untuk memenangi bola atau jersi yang ditandatangani untuk para penyokong, sebagai sebahagian daripada program YouTube Lions’ Den ketika kejohanan ini berlangsung.

John Stones bermain golf. Gambar : Daily Mail

Pemain Chelsea, Mason Mount, berjaya melakukan hole in one dan mendapat lima mata secara keseluruhan, lantas memenangi cabaran ini dan menandatangai sebiji bola dan sehelai jersi.

Stones pula berjaya mendapat tiga mata, untuk tandatangani bola.

Berita : DailyMail

BACA:  Tiket Percuma Buat Penyokong Swansea