Bukayo Saka Jadi Mangsa Cacian Perkauman Selepas Gagal Sudahkan Penalti

Persatuan Bola Sepak dan pasukan England mengutuk tindakan mereka yang memainkan api perkauman ke atas pemain mereka selepas pasukan Tiga Singa tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah atau Euro 2020.

Dalam perlawanan tersebut. Itali mematikan impian England untuk muncul juara buat kali pertama dalam pentas tertinggi kejohanan bola sepak Eropah itu apabila menang 3-2 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan berlangsung. Selain itu, perlawanan itu juga menyaksikan ramai penyokong England telah memecah masuk ke stadium tanpa tiket, dan menonton perlawanan secara haram.

Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho – kesemuanya gagal menolak bola melepasi garisan gol yang dijaga Gianluigi Donnarumma dan ini menyebabkan mereka menjadi mangsa serangan dan cacian perkuman.

Sebaik Itali sah bergelar juara, para penyokong yang tidak beradab telah mula menyerang akaun media sosial ketiga-tiga pemain terbabit, lantas membuatkan FA England menyelar tindakan tersebut dan melabelkannya seabagai perangai jijik.

Laman Twitter rasmi pasukan England telah menciap menyatakan sokongan kepada pemain mereka.

“Kita semua berasa sangat jijik yang ada daripada pemain kita – yang telah berikan segalanya dalam menyarung jersi ini sepanjang musim panas – menjadi mangsa kepada diskriminasi dalam talian selepas perlawanan pada malam ini.

“Kami berdiri bersama pemain kami.”

Pada masa yang sama, FA England juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk mereka yang membangkitkan isu perkauman.

“FA dengan lantang membidas segala jenis bentuk diskriminasi dan terkejut dengan cacian berbentuk perkauman yang ditujukan kepada pemain England kami di media sosial.

“Kami juga dengan jelas ingin mengatakan bahawa sesiapa yang mempunyai perangai jijik begitu tidak dijemput untuk mengikuti pasukan ini.

“Kami akan lakukan segala yang termampu untuk menyokong para pemain yang terkesan dan pada masa yang sama akan mengenakan hukuman yang paling berat kepada mereka yang didapati bersalah.”

Selain itu, pasukan Polis Met juga turut menyelar buli siber tersebut dan mengatakkan ‘sangat tidak boleh diterima’.

Pasukan tersebut menciap di Twitter;

“Kami sedar bahawa ada banyak komen di media sosial yang meyinggung perasaan dan berbaur perkauman ditujukan kepada para pemain selepas perlawanan akhir Euro 2020.

“Tindak tanduk ini sangat tidak boleh diterima pakai dan ia tidak akan diberi ruang dan akan disiasat.”

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, pula menyeru supaya syarikat media sosial lebih bertanggungjawab dan melakukan sesuatu ke atas akaun yang didapati bersalah.

Dia menulis di Twitter:

“Memang tak ada tempat buat isu perkauman dalam bola sepak atau di mana sahaja.

“Mereka yang bertanggungjawab ke atas perbuatan jijik tersebut di dalam talian perlu diambil tindakan dan syarikat media sosial perlu mengambil tindakan segera untuk membuang dan mencegah komen berunsur kebencian ini.”

Bukayo Saka menjadi mangsa kutukan perkauman. Mohd ni biasanya nama orang Malaysia.

Awal pagi tadi, Saka dimasukkan dari bangku simpanan pada separuh masa kedua ketika perlawanan terikat 1-1.

Pasukan Tiga Singa telah bermula dengan cemerlang apabila Luke Shaw menjaringkan gol pertama perlawanan ketika permainan belum pun masuk minit kedua. Selepas waktu rehat, Leonardo Bonucci telah menyamakan kedudukan buat Itali.

Gareth Southgate telah memanggil Saka ketika England semakin huru-hara dan Itali mengawal permainan. Walaubagaimanapun, Saka gagal memberikan impak yang diharapkan sama ada dalam baki 20 minit waktu biasa ataupun 30 minit dalam masa tambahan.

Selepas perlawanan tamat, England mendapat kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti berjaya diselamatkan oleh Jordan Pickford. Walaubagaimanapun harapan England hanya tinggal harapan selepas sepaka Rashford, Sancho dan Saka gagal menepati sasaran.

Pemain Arsenal itu jelas kesedihan di atas kegagalannya namun ditenangkan oleh rakan sepasukan dan pengurus, Southgate, yang juga memikul tanggungjawab di atas kekalahan tersebut.

Sumber : MIrror

BACA:  Rangkuman Aksi Saka Menghantui Pertahanan Republic Czech Mencuri Tumpuan Peminat